Antara Influenza Flu Dan Selesema Biasa, Apa Bezaannya & Mana Lebih BAHAYA?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan. Ini semua adalah simptom demam selsema biasa.

Walau bagaimanapun, ia mungkin juga bukan. Sebaliknya, influenza (juga dikenali sebagai flu) berkemungkinan adalah penyebabnya.

Apa yang lebih menakutkan, dengan penularan wabak COVID-19, anda mungkin mahu semak kembali adakah simptom itu benar-benar hanya demam selsema biasa.

Artikel berkaitan:

Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

Dua penyakit ini berkongsi simptom yang hampir sama, namun kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza.

Influenza dan demam selsema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus

Virus adalah agen penyebab bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza.

Bagi demam selsema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C.

Terdapat sekitar 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.

Influenza atau flu pula disebabkan oleh virus influenza. Ia terdiri daripada jenis A, B, C dan D.

Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil.

Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1.

Bagaimana ingin membezakannya?

Tanpa ujian makmal yang khusus, mustahil untuk membezakan kedua-duanya hanya melalui tanda dan simptom.

Namun, secara amnya simptom flu lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba.

Berbeza dengan demam selsema biasa yang kebiasaannya ringan dan datang secara beransur.

Beberapa perbezaan lain pula adalah:

  • Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C.
  • Flu menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu.
  • Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa.
  • Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa.
  • Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom flu.
  • Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam flu.

demam selsema

Awasi tanda-tanda amaran. Jika berlaku, dapatkan bantuan perubatan segera kerana dikhuatiri komplikasi:

  • Sesak nafas.
  • Bibir dan kulit berwarna biru.
  • Ruam.
  • Terlalu penat sehingga tidak mampu bangun.

Mungkin bukan kedua-duanya, tetapi denggi

Demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi.

Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.

Apa pun penyakit yang mungkin menjangkiti badan anda, amalan gaya hidup sihat sentiasa menjadi langkah terbaik dalam mencegah daripada pelbagai jenis penyakit.

Amalkan pemakanan sihat dan senaman berkala. Jangan lupa juga untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun bagi mendapatkan perlindungan yang berkesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Influenza: Kenali Jenis-Jenisnya

    Tidak semua influenza atau flu adalah sama. Terdapat beberapa jenis influenza yang berbeza. Ada yang menyebabkan simptom yang teruk, ada juga yang ringan. Apakah jenis influenza? Ada 3 jenis virus influenza: A ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Bagaimana Ingin Mengelakkan Influenza Tersebar?

    Demam dan selesema seperti influenza sangat mudah tersebar kepada orang sekeliling. Jika langkah yang sepatutnya tidak diambil, virus boleh menjangkiti seluruh isi rumah atau bahkan termasuk kawasan kejiranan terbabit. Sebagai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Influenza: Apa yang Anda Perlu Tahu

    Influenza adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan. Juga dikenali sebagai flu, ia disebabkan oleh virus, yang dinamakan virus influenza. Di negara bermusim, penyakit ini biasanya berlaku pada musim sejuk iaitu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Iyafin junior

    Kenali apa itu Iyafin junior. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

    Artikel lain untuk anda

    vaksin

    Vaksin Influenza Di Premis KKM Bukan Untuk Orang Awam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/01/2020
    bahaya-influenza-kepada -ibu-mengandung

    Bahaya Influenza Kepada Ibu Mengandung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/01/2020
    influenza

    Hati-Hati! Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/01/2020

    Selesema Burung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 24/07/2018