Jangkitan Saluran Kencing dan Batu Karang: Apakah Perbezaannya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Penyakit batu karang dan jangkitan saluran kencing (UTI) mungkin memberi kesan terhadap saluran kencing dan kerap menyerang individu yang bergelar lelaki, tetapi kedua-dua penyakit ini adalah jauh sekali berbeza antara satu sama lain. Walaupun masih terdapat persamaan kecil antara keduanya, terdapat banyak lagi faktor luaran dan dalaman yang membezakan kedua-dua jenis penyakit ini.

Penyakit Batu Karang VS Jangkitan Saluran Kencing

  • Batu karang

Batu karang adalah kewujudan mineral yang tidak normal di buah pinggang. Ia juga dikenali sebagai nephrolithiasis dan lithiasis buah pinggang. Kebanyakan batu karang terdiri daripada garam asid dan mineral.

Beberapa faktor menyumbang kepada pembentukan batu karang adalah apabila air kencing berkumpul, mineral menjadi kristal, mengakibatkan pembentukan batu. Walaupun keadaan ini selalunya tidak menyebabkan kerosakan kekal pada tubuh, pengaliran batu ginjal melalui saluran kencing mungkin sangat menyakitkan.

  • Jangkitan saluran kencing (UTI)

UTI adalah jenis jangkitan yang boleh menjejaskan ureter, uretra, pundi kencing dan buah pinggang. Keadaan perubatan lebih cenderung kepada wanita. UTI biasanya melibatkan bahagian saluran kencing yang lebih rendah seperti uretra dan pundi kencing.

UTI biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Secara anatomi, uretra iaitu tiub kecil yang melepaskan air kencing di luar badan terletak berhampiran pembukaan dubur. Akibat jaraknya yang dekat, bakteria dari usus besar dapat masuk ke dalam saluran kencing dengan mudah melalui uretra sehingga menyerang pundi kencing.

Apabila tidak dirawat, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang. Oleh kerana uretra wanita lebih pendek, mereka lebih terdedah untuk mendapat UTI berbanding lelaki.

Perbezaan Batu Karang dan Jangkitan Saluran Kencing

Konklusinya, kedua-dua penyakit ini adalah sama sekali berbahaya buat anda. Jika anda mendapati bahawa terdapat beberapa simptom-simptom penyakit-penyakit ini pada diri anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut