Herba untuk Anemia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Anemia, keadaan yang lebih biasa berlaku dalam kalangan wanita, berpotensi untuk menyebabkan simptom seperti letih, otot lemah, sakit kepala, kulit pucat, dan bahkan hilang ingatan. Kita mengambil tahu mengenai anemia dan simptom-simptomnya secara serius.

Anemia sangat biasa berlaku dalam kalangan kita, tetapi kebanyakan orang tidak tahu akan kewujudan keadaan ini. Dijangkakan lebih kurang tiga juga orang yang mempunyai anemia di Amerika Syarikat.

Apakah itu Anemia?

Anemia merupakan keadaan yang mana darah tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi atau sel darah merah sihat yang normal. Hemoglobin adalah komponen utama dalam sel darah merah yang mana bertanggungawab untuk membawa oksigen. Oleh itu, jika anda mempunyai anemia, sel dan organ badan anda tidak menerima oksigen yang cukup, membuatkan anda berasa letih, pucat, dan sukar bernafas.

Terdapat banyak jenis anemia. Antaranya:

  • Genetik: talassemia, sel sabit, anemia pernisius
  • Masalah malserapan: anemia megaloblastik
  • Kurang pemakanan: kekurangan vitamin, kekurangan zat besi

Herba yang boleh membantu anda dengan anemia

Dock Kuning (Yellow Dock)

Oleh sebab Dock Kuning mempunyai kebolehan bagus dalam meningkatkan paras hemoglobin dengan pantas, herba ini sangat disarankan kepada anda untuk merawat anemia. Dock Kuning boleh meningkatkan kemampuan hati untuk menyimpan zat besi, jadi ia sangat berkesan dalam membantu anda merawat anemia. Biasanya, herba ini tidak memberi sebarang kesan sampingan, jadi herba ini betul-betul selamat. Anda masih lagi boleh menggunakan Dock Kuning semasa anda sedang hamil.

Tambahan pula, terdapat banyak zat besi yang tersimpan di dalam Dock Kuning. Anda boleh meningkatkan keberkesanan herba ini dengan mengambil herba lain seperti cengkih merah, peony.

Alfalfa

Alfalfa boleh meningkatkan darah anda kerana terdapat jumlah fotokimia yang tinggi di dalam herba ini. Alfalfa juga mengandungi jumlah zat besi yang tinggi, di mana sangat membantu dalam pesakit anemia. Orang biasanya meletakkan herba ini di dalam sandwic, salad dan bahkan dalam masakan.

Amla

Terdapat banyak jumlah vitamin C di dalam amla, dan diketahui bahawa vitamin C memainkan peranan penting dalam penyerapan zat besi di dalam darah. Anda boleh memberi rasa kepada jus amla dengan menambah sedikit madu.

Akar Dandelion dan Bundock

Orang yang mempunyai anemia boleh mendapat manfaat daripada penggunaan bersama akar dandelion dan bundock. Kombinasi ini, dengan kebolehan untuk meningkatkan serapan zat besi daripada makanan, dianggap sebagai satu cara yang bagus untuk mengurangkan anemia. Ia membantu terutamanya dalam anemia kurang vitamin B12

Anemia kurang zat besi

Anemia biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi. Zat besi, yang mana memainkan peranan penting dalam menghasilkan hemoglobin, boleh didapati dalam daging, hati, sayur-sayuran berdaun hijau gelap. Selain daripada menambah zat besi melalui makanan, anda juga boleh memilih pelbagai jenis herba di bawah yang mana dapat memberi sumbangan yang baik dalam mengatasi anemia kurang zat besi.

  • Buah-buahan sitrus kaya dengan vitamin C, yang mana boleh meningkatkan penyerapan zat besi dengan lebih banyak lagi. Antara buah-buahan sitrus, jus lemon merupakan yang paling efektif untuk menghasilkan kesan ini
  • Selain daripada kaya dengan zat besi, ulat beluncas juga mengandungi vitamin A, B dan K. Semua ini merupakan kunci penyumbang kepada serapan zat besi yang lebih baik di dalam badan
  • Mengandungi banyak zat besi serta rasa yang sedap menjadikan avokado sebagai pilihan yang baik untuk merawat anemia

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut