Minggu demi minggu

Perkembangan Gigi Anak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Apakah peringkat perkembangan gigi anak anda? Perkembangan gigi kanak-kanak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa. Berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.

Jenis-jenis gigi

Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:

Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
Gigi taring adalah tajam, dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.

Gigi geraham depan adalah gigi berpermukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.

Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.

Gigi sebelum lahir

Semasa dalam kandungan lagi, bayi anda sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan. Hakikatnya, tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu. Enamel mula untuk berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi lahir, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.

Gusi selepas lahir

Kanak-kanak akan mula fasa hendak tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi. Kanak-kanak selalunya tumbuh kesemua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.

Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali. Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digntikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.

Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.

Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, yang akan tumbuh sekitar usia 17 hingga 21 tahun. Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika kesemua gigi sudah terbentuk, seorang dewasa akan mempunyai 32 batang gigi.

Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi

Walaupun ia merupakan proses semula jadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut. Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak anda menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi dan tumbuh gigi kekal. Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan. Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Tarikh Reviu: 19/02/2019 | Kali terakhir kemaskini: 08/12/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

kes terkini

Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020
hamil

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020
vaksin anak

Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/05/2020
stres bunuh diri

Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tegas & Garang Itulah Sifat Anak Ke-3 Tapi Dalam Diam Manja, Nak Tahu Fakta Menarik Lagi? Baca Ini

Mesti anda pernah terbaca mengenai fakta anak ketiga. Adakah ia benar atau tidak? Jom ketahui keperibadian anak nombor 3 yang mungkin tidak disedari.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

Ada perokok tegar yang mula beralih daripada rokok biasa kepada rokok gulung kerana sangka ia lebih baik. Klik untuk tahu bahaya rokok gulung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid