home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ibu Ayah Harus PEKA Perkembangan Gigi Anak, Pastikan Gigi Si Kecil Tumbuh Dengan Sihat

Ibu Ayah Harus PEKA Perkembangan Gigi Anak, Pastikan Gigi Si Kecil Tumbuh Dengan Sihat

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penjagaan Gigi Kanak-Kanak, sila dapatkannya di sini.

Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa.

Untuk lebih lanjut, berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.

Jenis gigi anak

Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:

−Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.

−Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.

Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.

Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.

Gigi sebelum lahir

doktor gigi bantu atasi dengkur

Semasa dalam kandungan, bayi sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan. Hakikatnya, tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.

Enamel mula untuk berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi lahir, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.

Gusi selepas lahir

Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.

Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.

Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.

Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.

Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.

Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.

Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.

Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?

gigi rosak

Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.

Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.

Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.

Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.

 

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

THE STAGES OF A CHILD’S TOOTH DEVELOPMENT. http://www.therabreath.com/articles/oral-care-tips-and-advice/the-stages-of-a-childs-tooth-development-37086/ Accessed February 26, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 04/02/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x