Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi 27 Bulan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anak anda sedang menjalani perkembangan sosial yang penting. Dia sudah bergerak dari bermain berseorangan kepada bersama kanak-kanak lain. Walaupun semasa kanak-kanak tersebut tidak berinteraksi semasa bermain, mereka menyedari keberadaan satu sama lain. Bermain dengan kanak-kanak lain adalah sangat penting di umur ini. Kanak-kanak kebiasaannya menggunakan permainan jenis ini untuk menyertai permainan yang sudah pun bermula.

Terdapat bukti bahawa kanak-kanak mempelajari bahasa dengan lebih mudah dalam tahun-tahun awal kerana otak mereka sedang berhubung dengan aktif. Kanak-kanak yang membesar dalam suasana dwibahasa dilihat mempunyai kosa kata yang lebih sedikit bagi setiap bahasa tetapi jumlah perkataan yang mereka tahu adalah sama dengan mereka yang bercakap satu bahasa dan menjadi seorang yang bercakap dua bahasa dilihat mempunyai manfaat kognitif yang kekal.

Kadangkala, anak anda kelihatan seperti mempunyai fokus dan kegigihan seorang saintis. Malah, anak anda dirangsang untuk melakukan perkara tertentu berulang kali. Pengulangan meningkatkan skil motornya. Sebab itulah anak anda akan terus memanjat walaupun sudah berulang kali melarangnya.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Jika anak anda di dalam keluarga dwibahasa, cara terbaik baginya untuk mempelajari bahasa adalah melalui perbualan dengan punutur asli. Video atau kelas mingguan adalah kurang efektif.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Jika anak anda dilihat tidak mencapai pencapaian perkembangannya, jangan risau walaupun anak anda dilihat terkebelakang  asalkan ada kemajuan dalam perkembangan bahasanya setiap bulan.

Jika tiada kemajuan, sila berbicang dengan doktor tentang evaluasi bahasa. Terapi percakapan kebiasaannya ada untuk umur prasekolah, kanak-kanak yang lambat bercakap. Kadangkala ia adalah percuma dan hasilnya sangat memberangsangkan. Sungguhpun begitu, sila ketahui bahawa kos terapi percakapan ini berbeza-beza bergantung kepada keperluan anak anda dan servis yang tersedia di kawasan anda.

Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

Anda harus tahu bahwa menyediakan aktiviti fizikal kepada anak anda adalah sangat penting. Ini akan membantu mencegah obesiti dan mengekalkan kesihatan anak anda. Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan anak anda kekal aktif:

  • Berada di luar. Tiada ganti bagi udara segar dan kehangatan matahari. Bawa anak anda berjalan atau ke taman. Mereka akan mempunyai ruang untuk melompat dan berlari.
  • Masukkan aktiviti kecergasan di dalam rutin anda. Anda boleh berjalan ke pasaraya berbanding memandu kereta dan boleh menggunakan tangga berbanding eskalator.
  • Hadkan masa di atas sofa. Walaupun keinginan untuk memberikan anak anda Ipad atau memasang rancangan Disney, anda mungkin akan mengehadkan perkembangan anak anda. Mengehadkan masa menonton televisyen kepada kurang dari 2 jam adalah disyorkan.
  • Sertai mana-mana pasukan. Anda boleh memasukkan anak anda ke pasukan bola sepak. Bermain bersama kanak-kanak lain menggalakkannya menjadi lebih aktif dari sudut fizikal.
  • Jadi contoh yang baik. Jika anda mahu anak anda aktif, anda juga perlu menjadi aktif. Bersenam bersama adalah idea yang baik. Buatkan aktiviti tersebut seronok.

Apa yang dijangkakan

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang mengelakkan anak anda dari sakit. Cara yang terbaik adalah memastikan tangan mereka kekal bersih dan ajarkan mereka cara membasuh tangan.

Pertamanya, pastikan ada perkakas membasuh tangan seperti sabun cecair, tuala, kerusi untuk anak anda sampai ke sinki. Untuk benar-benar menghalang penyebaran kuman, kanak-kanak dan dewasa harus membasuh tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 15 saat dan pastikan bahagian depan, belakang, di bawah kuku, kulit mati dan antara jari digosok.

Jelaskan kepada anak anda kenapa dan bila perlu basuh tangan. Masa yang terbaik adalah selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan selepas bermain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Tarikh Reviu: 16/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 05/12/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

rabun warna

Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan awam

Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
penyakit fobia

Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
oral seks

Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

Ramai yang fikir kita boleh ambil pil morning after tanpa had. Persoalannya, berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Apa Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus? Kalau Hitam, Kena Jumpa Doktor Cepat!

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hingus terhasil bukan? Selain itu, artikel ini juga akan menerangkan tentang rahsia 7 warna hingus!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

Alamak, anda period tapi mahu buat seks? Tenang, ini petua untuk isteri cuba cara melayan suami ketika haid. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/07/2020 . 3 minit bacaan