Mahu membuat perubahan dalam penjagaan kesihatan

Dr. Zaliha tekad mahu melakukan reformasi khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia.
Ini termasuklah isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan dilema doktor kontrak.
Selain itu, antara perkara yang akan diberikan lebih tumpuan adalah berkaitan pentadbiran kementerian kesihatan, infrastruktur kesihatan, perkhidmatan kesihatan dan juga perkhidmatan hospital.
Pertimbang semula Dasar Generasi Penamat (GEG)
Selain daripada isu-isu di atas, Dr. Zaliha turut memberikan bayangan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2020 akan dinilai semula.
Sebelum ini, RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2020 telah dibawa ke Parlimen namun belum sempat untuk bacaan kali ketiga sebelum diluluskan disebabkan oleh pembubaran Parlimen.
Antara tujuan RUU tersebut diperkenalkan adalah untuk melahirkan generasi baharu rakyat Malaysia yang bebas rokok menjelang tahun 2025.
Jika RUU tersebut diluluskan kelak, Malaysia akan menjadi negara kedua di dunia yang berjaya mewujudkan dasar sedemikian selepas negara New Zealand.
Kesimpulan
Sebagai rakyat Malaysia, kita berharap agar menteri kesihatan yang baharu ini akan terus memacu sektor kesihatan negara ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.
Teruskan segala usaha yang terbaik hasil kerja menteri-menteri sebelum ini dan wujudkan inisiatif-inisiatif baharu yang lebih bagus untuk rakyat Malaysia.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen