Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan

Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk zuriat mereka. Disebabkan itu, banyak yang perlu dilakukan dan disediakan oleh mereka termasuklah pengambilan vaksin anak.

Meskipun banyak golongan berhaluan kiri seperti mereka yang menyokong idealisme anti-vaksin, janganlah anda sebagai ibu bapa terpedaya dan percaya dengan golongan ini.

Buat anda yang masih mempunyai persoalan mengenai vaksin anak, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk meneliti jawapan pakar tentangnya!

Situasi terkini di Malaysia

Tidak dinafikan, wujud segelintir ibu bapa di negara kita sendiri yang masih ragu-ragu mengenai kepentingan pengambilan vaksin anak.

Lebih-lebih lagi di musim pandemik COVID-19 ini, makin ramai ibu bapa yang takut dan risau untuk membawa anak ke hospital bagi mendapatkan imunisasi.

Sebenarnya, tiada apa yang kalian perlu risaukan kerana segala prosedur akan dilakukan dengan cermat dan teliti oleh petugas di mana-mana pusat kesihatan.

Lagipun, ia adalah satu kewajipan yang sangat dituntut oleh ibu bapa bagi memastikan kesihatan si kecil berada pada tahap yang baik.

Jika masih mempunyai soalan tentang vaksin anak, sila teruskan pembacaan anda!

kepentingan vaksin

5 soalan lazim tentang vaksin anak, terjawab!

Pakar Perunding Pediatrik dan Ketua Perkhidmatan Klinikal Pediatrik di Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul akan membantu kita semua dalam merungkai setiap soalan lazim tentang vaksin anak.

#1. Mengapa kanak-kanak perlu mendapatkan vaksinasi?

Infeksi adalah salah satu penyebab kematian kanak-kanak di seluruh dunia. Dianggarkan kira-kira 1.5 kematian kanak-kanak adalah disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah melalui pengambilan vaksin.

Sebagai contoh, demam campak telah menjadi punca kepada sekitar 2 juta kematian kanak-kanak pada setiap tahun. Dengan mengambil vaksin, jumlah ini dapat dikurangkan kepada 140,000 kematian setahun.

Ini kerana pengambilan vaksinasi akan menghalang infeksi dari terus merebak serta menghilangkannya dengan lebih cepat. Untuk pengetahuan anda, inilah yang dikenali sebagai imuniti kelompok.

Jadi, adalah sangat penting untuk si kecil anda mengambil vaksin dalam usaha negara serta dunia menghapuskan sejenis penyakit secara total – seperti yang berlaku kepada virus smallpox pada 1980.

#2. Apa jenis vaksin anak yang disarankan mengikut umur?

Di Malaysia, vaksin yang disarankan untuk kanak-kanak mengikut Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) adalah seperti berikut:

polio

Sebelum berusia 1 tahun

  • 1 dos BCG – untuk melindungi dari batuk kering
  • 3 dos Hepatitis B
  • 3 dos DTP-IPV-Hib – untuk melindungi dari difteria, tetanus, batuk kokol, polio dan penyakit yang disebabkan oleh kuman Haemophilus influenzae type b (Hib)
  • 1 dos MMR – untuk melindungi dari demam campak, beguk dan rubella

Antara 1 – 2 tahun

  • 1 dos MMR
  • 1 dos DTP-IPV-Hib

Di sekolah rendah

  • 1 dos MMR
  • 1 dos DTP
  • BCG akan diberikan jika tiada parut pada tempat yang disuntik sebelum ini

Di sekolah menengah

  • 1 dos MMR
  • 3 dos vaksin kanser serviks

Atas beberapa faktor yang tertentu, ibu bapa akan disarankan oleh doktor untuk memberi anak vaksin tambahan untuk melindungi dari penyakit seperti pneumokokus, rotavirus, cacar air dan meningitis.

#3. Apa kesan sampingan jika kanak-kanak tidak menerima vaksin mengikut jadual?

Pada abad ini, Malaysia telah mengalami peningkatan kes demam campak yang mendadak sehingga mengatasi jumlah kes difteria dan polio. Ini berlaku akibat penurunan jumlah pengambilan vaksin di seluruh dunia.

Ini adalah punca kepada penurunan tahap imuniti kelompok pada tahap paling minimum lantas menyebabkan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin muncul semula.

Dalam pada itu, ia juga berlaku akibat tindak-tanduk ibu bapa sendiri yang percaya dengan kefahaman anti-vaksin.

Contohnya, ada golongan yang percaya bahawa vaksin MMR boleh menyebabkan anak autisme sedangkan tiada bukti saintifik tentangnya. Inilah antara punca pengambilan vaksin anak menurun.

vaksin

#4. Berapa lama vaksin boleh ditangguhkan sebelum ia memberi kesan kepada anak?

Jadual imunisasi yang telah ditetapkan akan memberikan perlindungan optimum mengikut kumpulan umur dan populasi. Tiada sebarang kesan sampingan sekiranya ia ditangguhkan.

Pun begitu, kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun adalah sangat berisiko tinggi mendapat penyakit. Inilah sebab mereka perlu diberikan vaksin seawal kelahiran lagi dan diberikan dos tambahan seiring perjalanan usia.

Selain itu, penangguhan pengambilan vaksin anak akan mengakibatkan kesan vaksinasi itu menjadi suboptimum (kurang berkesan) atau menyebabkan mereka perlu mengambilnya semula.

Jadi, sila berbincang dengan doktor sekiranya anda terlepas atau terlambat memberikan vaksin kepada anak ya?

#5. Apa nasihat kepada ibu bapa yang takut membawa anak ke hospital ketika pandemik COVID-19?

Pertama sekali, sila periksa sama ada vaksinasi tersebut adalah sangat penting atau boleh ditangguhkan. Kemudian, periksa juga polisi pusat kesihatan yang anda ingin kunjungi.

Dengan ini, anda dapat mengetahui sama ada tempat yang kalian ingin pergi itu adalah dikhaskan untuk pesakit COVID-19 sahaja atau tidak.

Dalam pada itu, anda juga perlu pastikan sama ada terdapat tempat untuk menunggu yang selamat untuk meminimumkan risiko jangkitan.

Akhir sekali, pastikan anda sentiasa melindungi anak anda dan diri sendiri. Pakai penutup muka, amalkan penjarakan sosial serta minimumkan interaksi dengan individu ketika temu janji bersama doktor di hospital.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 27/05/2020 . 3 minit bacaan

Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/05/2020 . 3 minit bacaan

Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jalinan-kasih-antara-ibu-dan-anak

Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan

Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan
air liur bayi

Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
vaksin corona

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan