100 Pilihan Nama Bayi Lelaki Yang Unik & Ada Maksud Bagus, Buat Pilihan Bijak Buat Si Manja!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 6 minit bacaan

Jebat Jaydeen Ahmad. Itulah nama putera sulung kepada pelakon tanah air Sharnaaz Ahmad dan pasangannya, Noor Nabila. Sesuai dengan namanya, sudah pasti bayi tersebut akan membesar menjadi seorang lelaki yang gagah perkasa bak perwira legenda yang dinamakan sempena namanya. Jika anda dan pasangan ditakdirkan untuk mempunyai seorang bayi lelaki kelak, apakah nama bayi lelaki itu? Ya, mungkin agak sukar ditentukan kerana terdapat banyak pilihan nama bayi lelaki yang unik dan menarik untuk diabadikan sebagai nama putera anda.

nama bayi lelaki

Cahaya mata adalah anugerah paling bermakna dan berharga buat kita. Bukan itu sahaja, anak juga merupakan rezeki dan tanggungjawab yang perlu kita terima dengan rasa syukur dan redha. Tanpa mengira jantina mereka, kita sebagai ibu bapa perlu mengasihi dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Dalam pada itu, nama yang baik juga perlu diberikan kepada mereka. Jika si comel anda adalah bayi lelaki, ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui beberapa contoh nama bayi lelaki yang mempunyai maksud yang indah.

Selamat memilih!

Apa agaknya nama yang anda ingin diberikan kepada anak anda sekiranya anda berjaya mendapat anak lelaki? Teruskan pembacaan anda untuk mendapatkan idea nama bayi lelaki yang unik dan menarik.

Nama bayi lelaki atau perempuan merupakan sesuatu yang sangat penting dan melambangkan setiap individu. Oleh itu, nama yang diberikan kepada bayi oleh ibu bapa perlu difikirkan dengan sebaik mungkin. Di Malaysia, pemilihan nama anak-anak oleh ibu bapa dibahagikan kepada dua kategori.

Kategori yang pertama adalah pemilihan nama yang moden dan kedua pula merupakan pemilihan nama yang tradisional. Jika digabungkan kedua-duanya, nama bayi lelaki atau perempuan yang terhasil akan menjadi unik dan cantik.

Berikut merupakan antara nama bayi lelaki yang popular dan sering digunakan oleh ibu bapa di Malaysia beserta dengan maksudnya:

Huruf A

  • Aafi – Yang Mengampuni
  • Aakif – Insan Yang Berik’tikaf
  • Abdul Bari – Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan
  • Abdul Basit – Hamba Allah Yang Melimpah Nikmat
  • Abdul Dayyan – Hamba Allah Yang Kekal
  • Adiel – Hiasan
  • Afri – Malam 13 Purnama
  • Ahlan – Keselamatan
  • Ahlam – Impian, Kesabaran
  • Ahnaf – Hamba Allah Yang Berpegang Teguh Pada Ajaran Agama
  • Ahsan – Yang Terbaik
  • Ahza – Yang Beruntung
  • Alzam – Yang Tekun
  • Amnan – Tempat Yang Aman
  • Anaqi  – Keindahanku Yang Menawan Hati
  • Anmar – Air Yang Bersih
  • Aqil – Bijak, Terpelajar
  • Arman – Harapan, Aspirasi
  • Asytar – Yang Menawan
  • Atif – Belas Kasihan
  • Athar – Suci, Bersih
  • Awwam – Perenang
  • Aysar – Yang Mudah
  • Azka – Semakin Maju
  • Azhad – Yang Zuhud, Warak

Huruf B

  • Baihaqi – Imam Perawi Hadis
  • Baqir – Sangat Pandai, Terpelajar
  • Basit – Pereka, Pembuat
  • Bazil – Yang Pandai
  • Bisyrun – Berita Gembira
  • Bustani – Tamanku
  • Busyairi – Pemberi Khabar Gembira

Huruf C

  • Caden – Teman, Sahabat
  • Cairo – Ibu Kota Mesir
  • Carim – Dermawan

Huruf D

  • Daim – Kekal Abadi
  • Dailami – Askarku
  • Darwisy – Warak
  • Dini – Agamaku
  • Dhiyaulhaq – Sinaran Kebenaran
  • Dhiauraahman – Sinaran Yang Pengasih
  • Durrani – Permataku
  • Dzafri – Bersinar
  • Dzikri – Petanda Yang Baik

Huruf E

  • Emiir – Pangeran Yang Kacak Dan Mempesonakan
  • Elhasiq – Seorang Yang Cerdas Dan Berketerampilan
  • Ezhar – Bunga-bungaan Yang Berseri

Huruf F

  • Fahim – Yang Memahami
  • Fahrezzi – Kesatria
  • Faiq – Yang Mengungguli
  • Faisel – Pemisah Antara Hak Dan Batil
  • Farran – Pembuat Roti
  • Fattah – Yang Mulia
  • Firas – Kecerdikan
  • Fuadzi – Hati
  • Fuhaid – Harimau

nama bayi lelaki

Huruf G

  • Ghadi – Singa
  • Gathan – Bukit Putih
  • Ghaly – Yang Berharga Dan Mahal
  • Ghibran – Yang Memulihkan Dan Mengembalikan Harmoni
  • Ghiffari – Pemaaf
  • Ghozy – Parajurit Di Medan Perang
  • Gibran – Yang Paling Pandai

Huruf H

  • Hadrami – Nisbah
  • Hadwan – Ketenangan
  • Hafuza – Pemberi Semangat
  • Hajid – Yang Bersolat Di Malam Hari
  • Hakmani – Pengadil
  • Hamimi – Teman Karibku
  • Haidar – Berani, Singa
  • Harzan – Penjaga
  • Hasnawi – Kecantikan
  • Hibatullah – Kurniaan
  • Hilal – Bulan Sabit
  • Hulawi – Yang Manis/Menarik
  • Hulmdi – Yang Memuji
  • Huzaifah – Nama Sahabat Nabi Muhammad Saw

Huruf I

  • Idlan – Keadilan
  • Iffat – Kehormatan Diri
  • Iftiqar – Keperluan
  • Ihtisyam – Kehebatan
  • Ikhtiari – Pilihanku
  • Imadi – Sokonganku
  • Imdad – Sokonganku, Bantuan
  • Inayat – Pertolongan Yang Diberi
  • Inas – Kelembutan
  • Izzan – Kepatuhan
  • Izzat – Kemuliaan
  • Izdihaar – Wahyu
  • Izdan – Orang Yang Mahu Berkorban
  • Izzul Islam – Kemulian Islam

Huruf J

  • Jabar – Besar Dan Kuat
  • Jabir – Keamanan Dan Kenyamanan
  • Jaffan – Yang Terkawal
  • Jahmal – Tampan
  • Jaide – Ketuhanan
  • Jallal – Keagungan, Keunggulan
  • Jannata – Surga
  • Jarrah – Kapal
  • Jauhar = Permata
  • Jauzan – Pertengahan
  • Jazzmyn – Bunga Yang Harum
  • Juma – Lahir Pada Hari Jumaat

Huruf K

  • Kabir – Agung, Kebesaran
  • Kailani – Nisbah
  • Kamaluddin – Kesempurnaan Agama
  • Kamarul Ariffin – Orang Yang Arif
  • Karman – Kemuliaan
  • Khair – Kebaikan
  • Khaizuran – Ketua, Pemimpin
  • Khalis – Suci, Ikhlas
  • Khayam – Pembuat Khemah
  • Khazindar – Penjaga Kekayaan
  • Khabir – Pakar, Berpengalaman
  • Khairul Anam – Sebaik-baik Manusia
  • Khairun Nas – Sebaik-baik Manusia
  • Khairul Amirin – Sebaik-baik Pembina
  • Kiram – Yang Mulia

Huruf L

  • Labib – Cerdik, Munasabah
  • Lazim – Tetap
  • Lais – Berani
  • Luzman – Tetap
  • Lutfan – Lemah-lembut
  • Leron – Laguku

nama bayi lelaki

Huruf M

  • Maaz – Lelaki Yang Berani
  • Mahad – Bagus, Baik
  • Mahbeer – Berani
  • Mahbub – Kesayangan
  • Mahdi – Yang Diberi Petunjuk
  • Maher – Berkemahiran
  • Mahmud – Yang Dipuji
  • Malik – Tuan, Pemilik
  • Maqil – Bijaksana
  • Marwan – Yang Kukuh
  • Masood – Bertuah
  • Mateen – Yang Gagah
  • Mensur – Pemenang
  • Misbah – Cahaya
  • Miftah – Kunci
  • Muhammad – Nama Nabi
  • Muhsin – Pembantu, Yang Menarik
  • Mostafa – Yang Terpilih
  • Muazzam – Yang Dihormati
  • Muammar – Ketua, Yang Sulung
  • Murtaza – Dermawan
  • Mustakim – Jalan Yang Lurus
  • Muzammil – Yang Berselimut

Huruf N

  • Nabeel – Lelaki Yang Dihormati
  • Nabhan – Yang Peka
  • Nadim – Sahabat, Peneman
  • Nafis – Berharga
  • Naqi – Suci
  • Naseem – Angin
  • Naveed – Berita Gembira
  • Nidal – Pahlawan, Yang Bertahan
  • Nuri – Yang Bersinar
  • Naeem – Yang Mudah, Anugerah
  • Naim – Penenang, Ketenangan
  • Najam – Bintang
  • Najeeb – Dari Kelahiran Yang Mulia
  • Najid – Yang Suka Membantu
  • Naqeeb – Ketua
  • Naqi – Suci
  • Nawaz – Putera, Baik Hati
  • Nawfal – Pemurah
  • Nazar – Yang Suka Memberi
  • Nizam – Pentadbir
  • Nuh – Nama Nabi
  • Nu’man – Darah
  • Numair – Anak Harimau
  • Nubaid – Penyebab Kegembiraan

Huruf O

  • Omar – Yang Panjang Umur
  • Osama – Singa
  • Obaid – Hamba Kecil
  • Omair – Bijaksana
  • Owais – Nama Sahabat Nabi

Huruf P

  • Parsa – Orang Alim
  • Parvez – Nama Raja Parsi, Kejayaan
  • Pervaiz – Angin

Huruf Q

  • Qadi – Hakim
  • Qamar – Bulan
  • Qani – Yang Berasa Cukup
  • Qaadir – Yang Mampu
  • Qabeel – Nama Anak Nabi Adam
  • Qaim – Yang Berdiri
  • Qanit – Yang Patuh
  • Qareeb – Yang Hampir
  • Qasid – Penyampai Mesej
  • Qasim – Yang Membahagikan
  • Qawee – Yang Kuat
  • Qudamah – Nama Sahabat Nabi
  • Qudoos – Suci
  • Qutub – Personaliti

nama bayi lelaki

Huruf R

  • Radi – Yang Berpuas Hati
  • Rafan – Cantik
  • Rafeek – Sahabat
  • Rakeem – Penulis
  • Rameez – Simbol
  • Raza – Kacak
  • Rehan – Raja
  • Raashid – Yang Pandai
  • Rais – Kaya
  • Rahil – Yang Menunjuk Jalan
  • Raihan – Bunga Syurga
  • Raiyan – Kepuasan
  • Rajaa – Harapan
  • Rashdan – Penunjuk
  • Rayan – Pintu Syurga
  • Riaz – Taman
  • Roshan – Terang, Bersinar
  • Ruwayfi – Yang Ditinggikan

Huruf S

  • Sadiq – Yang Benar
  • Sahab – Awan
  • Salim – Tenang, Selamat
  • Sameer – Penghibur
  • Shakir – Yang Berterima Kasih
  • Shiraz – Manis
  • Syed – Yang Dalam Kawalan
  • Sa’id – Gembira
  • Saad – Nama Sahabat Nabi
  • Saafir – Duta, Kacak
  • Saaqib – Bintang
  • Safeer – Pengembara
  • Safiyy – Yang Terpilih
  • Saiful Islam – Pedang Agama
  • Safwan – Batu
  • Saheim – Pahlawan
  • Sajid – Yang Bersujud
  • Salman – Selamat
  • Saud – Pemurah

Huruf T

  • Taj – Mahkota
  • Tamir – Tinggi
  • Tanveer – Sinaran Cahaya
  • Taslim – Tenang, Aman
  • Tabassum – Senyuman
  • Taha – Nama Surah Dalam Al Quran
  • Tahir – Suci
  • Tahmeed – Hamba Allah
  • Taimur – Besi
  • Tajuddin – Mahkota Agama
  • Talha – Pokok
  • Talib – Pelajar
  • Tameem – Sempurna
  • Tanweer – Pencerahan
  • Taufiq – Petunjuk
  • Tawseef – Pujian
  • Tufayl – Bayi

Huruf U

  • Umair – Bijak
  • Uzayr – Berharga
  • Ubayd – Ahli Ibadah
  • Ubaydulah – Hamba Allah
  • Umar – Nama Sahabat Nabi/Khalifah
  • Umayr – Nama Anak Arab Lama
  • Umayyah – Periwayat Hadis
  • Uqbah – Penamat Segalanya
  • Urwah – Sokongan
  • Usman – Nama Sahabat Nabi/Khalifah
  • Uzair – Nama Nabi

nama bayi lelaki

Huruf W

  • Wadi – Tenang
  • Wafa – Kesetiaan
  • Wafi – Yang Setia
  • Wafiq – Kejayaan
  • Waheed – Unik, Satu
  • Wais – Raja
  • Wajid – Yang Menjumpai
  • Waqas – Pahlawan
  • Waseem – Yang Kacak
  • Waseef – Lelaki Berkualiti
  • Waleed – Yang Baru Lahir
  • Wildan – Anak Lelaki Syurga
  • Wazir – Menteri

Huruf Y

  • Yasir – Kaya
  • Yahya – Nama Nabi
  • Yaman – Diberkati
  • Yaqub – Nama Nabi
  • Yunus – Nama Nabi
  • Yusri – Kesenanganku
  • Yusuf – Nama Nabi

Huruf Z

  • Zafar – Kemenangan
  • Zahir – Terang, Bersinar
  • Zahar – Baik Hati, Kacak
  • Zaki – Bijaksana
  • Zarar – Beran

Baca juga

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

    Bukan mudah untuk mereka yang menghidapi PCOS untuk hamil. Terdapat beberapa langkah penting yang perlu dipatuhi sebagai persediaan awal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Ada segelintir ibu hamil yang mengalami masalah warna najis bertukar menjadi hijau. Mengapa perkara tersebut berlaku? Adakah ia normal atau tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

    Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    perkembangan bayi

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara makan pil perancang

    5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    perancang keluarga

    Ingin Merancang Keluarga Secara Natural? Boleh Cuba Metode NFP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan
    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan