Apakah Kemungkinan Kesan Sampingan Vaksin?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/11/2019

Sama seperti ubat-ubatan yang lain, terdapat kebarangkalian risiko dan kesan sampingan vaksin. Walau bagaimanapun, risiko reaksi alergik serius adalah jarang-jarang berlaku. Selamat untuk dikatakan bahawa manfaat vaksinasi adalah jauh lebih besar daripada risiko. Semua vaksin melalui prosedur ujian keselamatan yang ketat dan keselamatannya berterusan dipantau. Vaksin juga dikaji untuk diberikan bersama, bagi berhasil antara satu sama lain untuk meningkatkan keselamatan sistem imun anak anda dan meningkatkan perlindungan.

Kesan sampingan vaksin yang biasa didapati

Dipercayai bahawa kebanyakan kesan sampingan yang mengaitkan vaksin adalah amat kecil dan selalunya akan beransur pergi dalam hanya beberapa hari. Beberapa kesan sampingan vaksin yang biasa dialami adalah:

  • Demam, suhu > 38.5°C
  • Kemerahan, bengkak, dan kesakitan pada bahagian suntikan
  • Sakit kepala, letih, dan loya
  • Cirit-birit, muntah, dan sakit otot atau sendi

Kaji selidik mendapati 1 kepada 10 dalam setiap 100 orang mengalami kesan sampingan ini. Kemungkinan vaksin menyebabkan anda atau anak anda mendapat kesan sampingan yang serius adalah sangat kecil.

Tambahan pula, bagi menyingkirkan kesan sampingan ini, anda dan anak anda perlu ada semua vaksin yang disyorkan pada masa yang disarankan, jika pakar kesihatan anda tiada menasihatkan anda untuk tidak mengambil vaksin atas sebab medikal.

Apa yang perlu anda ingat

Perlu diingat bahawa sebelum anak anda mengambil sebarang vaksin, sentiasa beritahu penyedia penjagaan kesihatan anda jika anak mempunyai sebarang alahan atau sebarang reaksi kepada vaksin sebelum ini, kerana sesetengah individu mungkin mengalami alahan pada beberapa bahagian vaksin. Contohnya, amat sedikit jumlah protein telur dalam vaksin flu, atau antibiotik yang kadangkala digunakan dalam proses membuat vaksin. Oleh itu, individu yang alah kepada protein telur tidak harus diberikan vaksin yang diformulasi dengan protein telur.

Meskipun terdapat hanya jumlah kecil bahan dalam vaksin, namun seseorang dengan alergi mungkin mendapat reaksi serius teruk yang dipanggil anaphylaxis. Anaphylaxis adalah keadaan sangat jarang berlaku, tetapi sekali ia berlaku, ia boleh membawa maut dan sentiasa memerlukan rawatan medikal segera. Bagaimanapun, kurang daripada satu dalam sejuta individu yang mengalami anaphylaxis selepas vaksinasi.

Jika anda mengalami reaksi kepada vaksin sebelum-sebelum ini, ingatlah untuk sentiasa memaklumkan doktor anda dengan terperinci. Penyedia penjagaan kesihatan boleh merujuk anda ke klinik imunisasi khas, di mana anda boleh dinilai dan dipantau dengan rapi selepas anda mendapatkan vaksin.

Menangani kesan sampingan vaksin dalam kalangan kanak-kanak

Kebanyakan kesan sampingan biasa vaksin yang dialami bayi dan anak kecil adalah disebabkan oleh suntikan (bengkak, kemerahan, dan satu ketulan keras kecil). Ini biasanya akan hilang dalam beberapa hari dan anda tidak perlu berbuat apa-apa tentangnya. Kanak-kanak juga mungkin kadangkala mengalami demam. Jika ini terjadi, pastikan demam anak anda kebah. Pastikan anak tidak pakai terlalu banyak lapisan pakaian atau selimut dan berikan mereka minum banyak air sejuk. Selain itu, anda juga boleh berikan anak dos paracetamol untuk kanak-kanak atau cecair ibuprofen mengikut arahan yang ada di botol atau bertanyakan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

    Tahukah anda, bilakah waktu bayi mula belajar duduk dan merangkak? Jika tidak tahu, ketahui berkenaan waktu bayi merangkak dan bayi duduk di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Belum Pun Seminggu Raya, Tapi Badan Makin Kembang? Ikut 23 Cara Ini Kalau Nak Slim Kembali

    Alamak, seluar dan baju makin ketat!!! Sedang mencari cara nak kurus? Jangan risau, ini Hello Doktor kongsikan 23 tip penjagaan berat badan untuk dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    lelaki suka payudara

    Kenapa Lelaki Suka Payudara? Tiada Jawapan Mudah Untuk Persoalan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    tabiat-mengunyah-ais

    Bakal Ibu Suka Kunyah Ais? Ini 11 Perkara PENTING Perlu Tahu, #3 Paling BAHAYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/05/2020