Rasa Anak Mungkin Ada Tekanan Darah Tinggi? Ini Yang Perlu Parents Tahu…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/05/2020 . 3 minit bacaan

Adakah anak anda mengalami hipertensi atau tidak? Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui tanda tekanan darah tinggi kanak-kanak yang mungkin dialami anak anda.

Apa itu tekanan darah tinggi kanak-kanak?

Tekanan darah tinggi (hipertensi) pada kanak-kanak dinilai berdasarkan kumpulan kanak-kanak dengan tekanan darah yang sama atau lebih tinggi daripada 95% kanak-kanak yang sama umur, jantina dan ketinggian dengan anak anda.

Keadaan tekanan darah tinggi kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun biasanya disebabkan oleh keadaan perubatan, berlebihan berat badan, diet yang kurang baik dan tidak bersenam.

Apakah punca kanak-kanak mengalami hipertensi?

Tekanan darah tinggi pada anak-anak yang lebih muda sering dikaitkan dengan faktor-faktor berikut:

  • Berlebihan berat badan
  • Tidak bersenam
  • Makan makanan yang tidak sihat
  • Mempunyai sejarah keluarga dengan tekanan darah tinggi

Antara faktor yang memungkinan seseorang kanak-kanak mengalami hipertensi bergantung kepada:

  • Keadaan kesihatan
  • Genetik
  • Tingkah-laku

Apakah simptom jika kanak-kanak mengalami hipertensi?

Secara amnya, simptom hipertensi yang dialami kanak-kanak tidak jelas. Tetapi sesetengah kanak-kanak  mungkin akan menunjukkan keadaan seperti:

Jika anak anda mempunyai faktor risiko untuk mengalami tekanan darah tinggi, seperti kelahiran pramatang, berat badan berlebihan atau obes, anda harus berbincang dengan doktor.

mengalami hipertensi

Apakah komplikasi tekanan darah tinggi kanak-kanak?

Antara komplikasi yang mungkin dialami oleh kanak-kanak dengan keadaan kesihatan ini adalah:

Melakukan diagnosis

Sekiranya anak anda didiagnosis dengan hipertensi, doktor akan dan  boleh melakukan ujian berikut untuk memastikan jika wujud keadaan atau faktor lain menyebabkan masalah tekanan darah tinggi anak anda:

  • Ujian darah untuk memeriksa gula dalam darah anak anda, jumlah sel darah dan fungsi buah pinggang
  • Ujian sampel air kencing (urinalisis)
  • Echocardiogram, ujian untuk memeriksa aliran darah melalui jantung anak anda. Ujian ini akan dilakukan jika doktor mengesyaki wujud masalah struktur jantung mungkin menyebabkan tekanan darah tinggi
  • Ultrabunyi pada buah pinggang anak anda

Merawat masalah tekanan darah tinggi

Merawat tekanan darah tinggi pada kanak-kanak adalah sama seperti merawat pada orang dewasa. Anda perlu berbincang dengan doktor anak anda untuk mengetahui rawatan terbaik untuknya.

Ini adalah beberapa garis panduan umum yang boleh diikuti:

  • Kekal pada pelan pemakanan DASH. Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hipertensi (DASH) termasuk makan makanan yang kurang lemak serta makan lebih banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran serta makanan bijirin.
  • Memantau berat badan anak anda. Ini kerana berlebihan berat badan adalah tanda-tanda peningkatan gula dalam darah dan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, anda harus meminta bantuan daripada doktor untuk mendapatkan pelan yang sesuai untuk menjaga berat badan anak anda dalam julat normal.
  • Menghindari asap tembakau. Asap tembakau tidak hanya meningkatkan tekanan darah anak anda, tetapi juga merosakkan jantung dan saluran darah anak anda secara langsung. Anda harus memastikan anak anda menghindari asap rokok, termasuk secondhand smoke.
  • Menggunakan ubat. Pendekatan ini akan digunakan jika rawatan lain tidak berfungsi kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan. Oleh itu, anda harus berhati-hati dan mengikuti arahan doktor. Ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi termasuk:
  1. – Ubat-ubatan ini boleh membantu tubuh anda menyingkirkan air dan garam yang tidak diperlukan melalui air kencing
  2. – Perencat ACE, penyekat alfa, dan penghalang saluran kalsium. Ubat-ubatan ini adalah untuk membantu menjaga saluran darah daripada ketegangan.
  3. – Penyekat beta. Ubat-ubatan ini adalah untuk mencegah tubuh daripada membuat adrenalin hormon.

apa-yang-ibu-bapa-perlu-tahu-jika-anak-mempunyai-tekanan-darah-tinggi

Sentiasa memantau keadaan anak

Untuk mengawal tekanan darah tinggi pada anak anda, anda boleh mengikuti tip berikut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

    Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 17/02/2020 . 4 minit bacaan

    5 Tanda Anda Menghidap Hipertensi, Salah Satunya Berkaitan Dengan Kencing Anda!

    Jika anda tertanya-tanya bagaimana individu boleh menghidap masalah darah tinggi, baca artikel ini untuk tahu tentang tanda darah tinggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/02/2020 . 4 minit bacaan

    Ini 5 Punca Sebenar Tekanan Darah Tinggi! Ia Ada Kaitan Dengan Buah Pinggang?

    Darah tinggi berlaku disebabkan pelbagai faktor dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia. Tetapi apakah punca darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 28/01/2020 . 3 minit bacaan

    Jom Ketahui Simptom Darah Tinggi

    Tekanan darah tinggi antara masalah kesihatan sering dialami kebanyakan individu di Malaysia. Adakah cara membantu mengenal pasti simptom darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 13/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara menurunkan gula darah pada ibu hamil

    Ibu Hamil, Nak Turunkan Paras Gula Darah? Ikut 7 Cara Simple Ini, Barulah Tak Alami Diabetes Gestasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan
    klasifikasi hipertensi

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan
    penawar darah tinggi

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020 . 4 minit bacaan