home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tidur Awal Boleh Cegah Obesiti Kanak-kanak

Tidur Awal Boleh Cegah Obesiti Kanak-kanak

Tidak terlalu awal untuk anda mengajar anak mengamalkan tabiat tidur yang baik. Dan sebenarnya, tabiat ini juga boleh melindungi kanak-kanak daripada menjadi obesiti apabila mereka besar nanti, menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat.

Kesan obesiti kanak-kanak pada kesihatan fizikal dan mental

Obesiti kanak-kanak berlaku lebih dua kali ganda pada kanak-kanak dan empat kali ganda terjadi pada remaja sejak 30 tahun lalu. Masalah obesiti bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak, tetapi juga menimbulkan banyak masalah kesihatan semasa mereka dewasa, antaranya:

  • Tahap kolesterol tinggi;
  • Tekanan darah tinggi;
  • Toleransi glukosa tidak normal;
  • Diabetes jenis 2;
  • Asma;
  • Apnea tidur.

Dalam kajian sampel ke atas kanak-kanak umur 5-hingga 17 tahun, kira-kira 60% kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular, dan 25% kanak-kanak berlebihan berat badan mempunyai dua atau lebih faktor risiko penyakit kardiovaskular. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja obes adalah cenderung untuk menjadi obes semasa dewasa.

Selain mengalami kesihatan fizikal yang lemah, kanak-kanak yang obes dan terlebih berat badan juga sering didiskriminasi oleh masyarakat disebabkan berat badan mereka. Perkara ini boleh merendahkan keyakinan diri kanak-kanak dan menyebabkan masalah pada akademik dan sosial mereka sehingga dewasa kelak.

Tidur awal boleh mengelakkan obesiti kanak-kanak

Kanak-kanak prasekolah yang diajar tidur seawal 8 malam kurang berisiko menjadi remaja yang obes, berbanding mereka yang semasa kecilnya tidur lambat di waktu malam, kajian dilakukan di The Ohio State University College of Public Health.

Tidur awal adalah baik untuk anak anda jika diajar sejak kecil lagi. Tabiat ini membolehkan anda merendahkan risiko kesihatan anak dan memberikan impak yang positif kepada aspek sosial serta kelakuan mereka, begitu juga dalam perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak.

Teori ini diuji oleh kajian dalam The Journal of Pediatrics, yang menggunakan data daripada 977 kanak-kanak, merupakan sebahagian daripada Kajian Penjagaan Awal Kanak-kanak dan Perkembangan Belia.

Dalam kajian ini, mereka membahagikan masa tidur kanak-kanak prasekolah kepada tiga kategori: 8 malam atau lebih awal, antara jam 8 malam dan 9 malam, dan selepas jam 9 malam. Kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak dari umur 4 ½ tahun hingga usia remaja. Penemuan daripada kajian tersebut adalah:

  • Hanya 1 dalam 10 kanak-kanak yang tidur awal menjadi obes semasa remaja
  • 16 peratus kanak-kanak dengan waktu tidur pertengahan menjadi obes semasa remaja
  • 23 peratus kanak-kanak yang tidur lewat menjadi obes semasa remaja
  • Separuh kanak-kanak dalam kajian tersebut termasuk dalam kategori pertengahan, sementara suku daripada mereka dalam kategori tidur awal, damn suku lagi dalam kategori tidur lambat

Kajian ini juga mengambil kira “kepekaan ibu”, yang bermaksud iklim emosi di rumah yang boleh menjejaskan masa tidur kanak-kanak. Walaupun selepas penyelidik mengawal faktor lain seperti berat badan semasa lahir, status sosioekonomi, etnik, dan berat ibu, namun kanak-kanak prasekolah yang tidur lewat – selepas jam 9 malam – masih dua kali berkemungkinan untuk mendapat obesiti semasa remaja mereka, berbanding kanak-kanak yang tidur awal.

“Obesiti terus menjadi isu kesihatan yang besar untuk kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat, dan banyak kajian yang menunjukkan masalah pada kualiti tidur dan durasi tidur boleh menyumbang kepada risiko obesiti,” kata Sarah Anderson, Ahli Epidemiologi di Ohio State University dan penulis utama kajian tersebut. Akan tetapi, menurut Anderson, tidak ada banyak kajian yang melihat kepada waktu tidur.

Waktu tidur kanak-kanak adalah faktor penting untuk diperiksa kerana ia adalah sesuatu yang ibu bapa boleh kawal, kata Lisa Medalie, Pengarah Program Insomnia Pediatrik di University of Chicago Medicine, sedangkan kanak-kanak selalunya mempunyai waktu bangun tidur yang tetap kerana mereka perlu bangun pagi untuk ke kem ataupun sekolah.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Early preschool bedtimes cut risk of obesity later on. https://www.sciencedaily.com/releases/2016/07/160714091330.htm. Accessed September 30, 2016.

Early Bedtime For Preschoolers Might Help Reduce Obesity Risk Later. http://www.npr.org/sections/health-shots/2016/07/14/486019084/early-bedtime-for-preschoolers-might-help-reduce-obesity-risk-later. Accessed September 30, 2016.

Health Problems and Childhood Obesity. http://www.letsmove.gov/health-problems-and-childhood-obesity. Accessed September 30, 2016.

Early bedtime for preschoolers may ward off teen obesity. http://www.reuters.com/article/us-health-childobesity-bed-times-idUSKCN1021PE. Accessed September 30, 2016.

Childhood Obesity Facts. https://www.cdc.gov/healthyschools/obesity/facts.htm. Accessed September 30, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 22/10/2018
x