backup og meta

Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak! Ini 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

    Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak! Ini 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Adakah anak yang mempunyai alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang ibu bapa perlu tahu. Jom periksa si manja sekarang!

    Baca lebih lanjut tentang Keibubapaan di sini.

    Memahami masalah alergi protein telur

    Alahan telur atau alergi protein telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur.

    Badan akan memberi tindak balas seumpama telur adalah bahan berbahaya.

    Situasi ini akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini akan merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia. 

    Keadaan ini pada akhirnya akan mengembangkan tanda anak alergi makanan seperti alahan telur.

    Faktor risiko wujudnya alergi protein telur

    Jika anda atau pasangan mempunyai alahan ini, maka berkemungkinan besar si manja juga akan mengalami keadaan yang sama.

    Terdapat beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk mengembangkan alahan ini, seperti:

    Dermatitis atopik

    Kanak-kanak dengan kulit jenis ini adalah lebih berisiko dan cenderung untuk mengalami alahan makanan berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah kulit.

    Sejarah keluarga

    Anda berisiko tinggi untuk mengalami alergi makanan jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa menghidap asma, alahan makanan atau jenis alahan lain seperti ekzema.

    Usia

    Keadaan alahan ini adalah 1 yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Seiring pertambahan usia, sistem pencernaan akan menjadi matang dan reaksi alahan semakin kurang berlaku.

    Mengenali puncanya

    Reaksi berlebihan sistem imun adalah punca kepada alergi makanan. Alahan telur berlaku kerana sistem pertahanan badan keliru dan menganggap protein telur sebagai berbahaya.

    Jadi, jika anda atau anak bersentuhan dengan protein telur, sel sistem antibodi badan akan mengesan dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan bahan kimia lain. Ia sekali gus menyebabkan wujudnya tanda dan simptom alahan.

    Sama ada putih atau kuning telur, kedua-duanya mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alergi. Tetapi biasanya alahan kepada putih telur paling biasa untuk berlaku.

    Bagi bayi yang menyusu juga cenderung mengalami alahan kepada protein telur ini jika ibu yang menyusu badan memakan telur.

    alergi protein

    12 tanda bayi alergi makanan

    Tanda dan gejala alergi protein telur pada bayi dan kanak-kanak boleh jadi sama seperti penyakit konvensional. Simptom mungkin akan kelihatan selepas beberapa minit hingga sejam.

    1. Kegatalan kulit

    Wujud benjolan, tompokan atau ruam merah yang menyebabkan rasa gatal yang ringan hingga kronik. Komplikasi keadaan ini boleh menyebabkan ekzema.

    1. Bengkak bibir

    Anda mungkin akan menyedari bengkak pada bibir dan juga lidah si kecil.

    1. Mata merah

    Anak dengan alergi makanan mungkin akan mengalami mata yang merah disertai dengan rasa gatal, bengkak serta pengeluaran air mata secara berlebihan.

    1. Hidung tersumbat

    Adakalanya, alahan ini juga boleh menyebabkan hidung menjadi tersumbat. Selain itu akan wujud hingus, kemerahan dan kegatalan pada bahagian hidung.

    1. Bengkak pada tekak

    Keadaan ini mungkin sukar untuk dilihat, tetapi boleh dikenal pasti apabila anak menunjukkan rasa tidak selesa atau kesukaran untuk menelan.

    1. Sakit perut

    Anak yang mengalami alergi makanan mungkin akan berdepan dengan situasi kesakitan pada perut atau mengalami cirit-birit.

    1. Muntah dan loya

    Sesetengah kanak-kanak dan bayi akan kelihatan tidak selesa kerana rasa mual yang berterusan. Keadaan ini cenderung menyebabkan mereka muntah.

    1. Sesak nafas

    Jika si manja mengalami alahan makanan, mereka akan berdehit dan bernafas dengan cepat. Sekiranya berterusan, masalah asma mungkin boleh terjadi.

    1. Denyutan jantung

    Anak yang diserang alergi protein telur akan berdepan situasi denyutan jantung yang lemah, sekali gus menyebabkan rasa pening kepada mereka.

    alergi protein

    1. Kegelisahan

    Anak anda mungkin akan diserang gangguan kegelisahan dan secara tiba-tiba mereka mungkin akan pengsan.

    1. Demam

    Alahan makanan yang dialami boleh menyebabkan si manja mengalami peningkatan suhu badan. Keadaan ini sering disertai dengan simptom lain yang dinyatakan di atas.

  • Anafilaksis
  • Dalam tindak balas alahan yang melampau, anak anda mungkin akan mengalami kejutan anafilaksis. Ia adalah 1 keadaan yang boleh mengancam nyawa.

    Terdapat beberapa gejala yang mungkin berlaku:

    • Kesakitan kronik pada abdomen sehingga berlaku kekejangan otot
    • Pembengkakan otot tekak yang menyekat saluran udara dan menyukarkan pernafasan
    • Peningkatan kadar denyutan jantung dan nadi
    • Peningkatan nadi mendadak secara tiba-tiba diikuti dengan penurunan tekanan darah drastik. Ia boleh menyebabkan anak mengalami pening kerana kekurangan darah yang dipam ke otak dan boleh menyebabkan mereka tidak sedarkan diri

    Anafilaksis boleh menyebabkan kematian dan memerlukan pemerhatian perubatan yang segera!

    Pemeriksaan doktor

    Anda harus memahami alergi protein telur adalah berbeza dengan kepekaan (sensitiviti) atau intoleransi.

    Walaupun tindak balas yang berlaku hampir sama tetapi dalam hal berkaitan kepekaan makanan kesannya lebih perlahan dan lebih ringan.

    Namun yang pasti, alergi atau kepekaan makanan berkait rapat dengan sistem imun. Manakala intoleransi makanan pula berhubung dengan sistem gastrousus

    Jika wujud keraguan atau kebimbangan tentang keadaan anak, sebaiknya lakukan pemeriksaan untuk menentukan keadaan tepat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan