backup og meta

Baguskah Lemak Untuk Anak Anda?

Baguskah Lemak Untuk Anak Anda?

Sejak dari dahulu, makanan lemak telah dianggap sebagai sesuatu yang tidak sihat sihat disebabkan fakta bahawa ia sering berkaitan dengan masalah berat badan berlebihan, obesiti, penyakit jantung dan strok.

Walau bagaimanapun, pengambilan lemak pada jumlah yang berpatutan boleh memberikan manfaat yang penting untuk pertumbuhan dan kesejahteraan anak anda.

Fakta tentang makanan lemak

Lemak adalah nutrien dalam makanan yang digunakan oleh tubuh untuk membina tisu saraf (termasuk otak dan saraf) dan hormon. Lemak juga digunakan sebagai bahan bakar dan blok bangunan dalam badan.

Jika lemak yang berada dalam badan tidak dibakar untuk dijadikan tenaga, ia akan kekal di dalam badan sebagai sel lemak.

Ini sebenarnya cara badan berfungsi, ia akan menyimpan lemak dan akan menggunakannya sekiranya terdapat kekurangan makanan pada masa hadapan.

Unsur lemak adalah penyumbang kepada rasa dan tekstur setiap hidangan.

Walau bagaimanapun, oleh kerana ia sangat berkalori tinggi, pengambilan lemak secara berlebihan boleh membawa kepada masalah kesihatan.

makanan lemak

Kebiasaannya, apabila melibatkan anak-anak dan remaja, lemak yang dimakan biasanya dalam bentuk pencuci mulut dan makanan ringan, termasuk kerepek kentang, coklat, kek, donat, pastri dan biskut.

Lemak juga memasuki badan kanak-kanak melalui produk tenusu seperti susu, daging seperti sosej, pengambilan makanan segera, hidangan restoran seperti hidangan goreng cenderung mengandungi kandungan lemak yang tinggi.

Lemak juga biasanya tersembunyi dalam bentuk sos berkrim dan berkeju.

Walau bagaimanapun, lemak masih merupakan antara bahagian penting dalam diet sihat selagi dimakan dalam jumlah yang disyorkan dan jenis lemak yang menyihatkan.

Kenapa badan kita perlukan lemak?

Pengambilan lemak dalam jumlah yang mencukupi, terutamanya untuk kanak-kanak, adalah baik untuk perkembangan kerana mereka memerlukan nutrien dan mineral yang cukup untuk memastikan sistem otak dan saraf berfungsi dengan baik.

Selain berperanan sebagai bahan bakar untuk digunakan oleh badan, makanan lemak turut berfungsi untuk:

  • Membenarkan badan menyerap vitamin (vitamin A, D, E, dan K adalah lemak larut, bermakna ia hanya boleh diserap jika terdapat lemak diet pemakanan individu).
  • Berfungsi sebagai blok bangunan untuk pelbagai jenis hormon.
  • Mengasingkan semua tisu sistem saraf dalam tubuh.
  • Perlu dimakan dalam kuantiti yang sewajarnya kerana ia akan membuatkan individu berasa kenyang.

Makanan lemak sihat?

Lemak tak tepu merupakan lemak paling sihat dan ia terbahagi kepada dua, iaitu: lemak tak tepu poli (polyunsaturated fats) dan lemak tak tepu mono (monounsaturated fats).

Makanan lemak penting untuk perkembangan otak, saraf dan mata untuk bayi, malah lemak juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok kerana ia meningkatkan kolestrol HDL “baik” dalam darah.

Sumber kaya lemak tak tepu, termasuk:

makanan lemak

  • Minyak ikan termasuk salmon, sardin, makarel dan tuna biru.
  • Kekacang
  • Minyak canola, zaiton, kacang tanah, bijan dan soya.
  • Margarin lembut bukan hidrogenasi.
  • Avocado

Memilih jenis, kuantiti dan kualiti makanan yang tepat untuk keluarga anda, terutamanya untuk kanak-kanak adalah tugas yang sukar.

Ketahui tentang manfaat makanan lemak supaya anak anda dapat membesar dengan sihat dari aspek fizikal dan mental.

Tetapi berhati-hati dengan jumlah pengambilan lemak untuk mengelakkan sebarang  komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.healthykids.nsw.gov.au/recipes/facts-about-fats.aspx
  2. https://kidshealth.org/en/parents/fat.html
  3. https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/What-About-Fat-And-Cholesterol.aspx
  4. https://raisingchildren.net.au/toddlers/nutrition-fitness/nutrients/fats
  5. https://www.eatright.org/health/wellness/your-overall-health/safe-weight-gain-tips-for-underweight-kids

Versi Terbaru

31/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Info Lengkap Mengenai Obesiti: Punca, Komplikasi Dan Langkah Pencegahan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan