backup og meta

Awas! Minuman Bergula Mungkin Punca Anak Anda Haid Awal

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/12/2019

    Awas! Minuman Bergula Mungkin Punca Anak Anda Haid Awal

    Minuman ringan ialah salah satu daripada minuman kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Anda sudah tentu pernah mendengar akan kesan negatif minuman ringan terhadap kenaikan berat badan dan juga paras gula darah. Kini, kajian terbaharu daripada Harvard T.H. Chan School of Public Health menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan yang minum terlalu banyak minuman ringan adalah berisiko untuk baligh atau haid awal.

    Kaitan minuman ringan dengan haid awal

    Umur kanak-kanak baligh semakin mendadak awal sejak beberapa dekad ini. Di Amerika Syarikat dan negara membangun lain, ramai kanak-kanak perempuan di bawah usia 10 tahun menunjukkan tanda-tanda pembesaran payudara. Pengkaji percaya bahawa pemanis buatan dalam minuman adalah penyebab utama perkara ini. Penyedia penjagaan kesihatan turut menyediakan bukti kebanyakan kes obesiti yang dikaitkan dengan pengambilan minuman manis seperti soda, punc buah, lemonad, minuman tenaga dan sukan.

    Tujuan kajian adalah untuk menyatakan kebimbangan tentang pengambilan tinggi minuman ringan yang ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di banyak negara. Pada mulanya, kajian menjangkau tentang kaitan antara obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan minuman manis. Bagaimanapun, selepas itu, saintis menemukan bahawa terdapat kaitan antara usia pada menstruasi pertama dengan pengambilan tinggi minuman manis dengan gula.

    Alasan di sebaliknya

    Bagi menerangkan kaitan antara awal baligh dan minuman manis, para penyelidik menyediakan beberapa conteks. Menurut kajian, minuman manis berpotensi menggandakan atau meningkat tiga kali ganda indeks glisemik berbanding minuman manis semula jadi lain seperti jus buah. Makanan glisemik tinggi menyebabkan peningkatan pesat dalam kepekatan insulin pada tubuh kanak-kanak. Berikutan itu, seseorang individu yang mempunyai kepekatan insulin tinggi adalah berkemungkinan mendapat paras hormon lebih tinggi dan peredaran hormon ini dikaitkan kepada permulaan awal haid.

    Pengkaji terus memperluaskan kajian mereka kepada lebih daripada 5,000 anak gadis remaja di Amerika Syarikat yang belum mengalami haid pertama mereka semasa kajian bermula. Pakar mengumpulkan maklumat mengenai pemakanan kanak-kanak perempuan ini, yang turut memasukkan data kekerapan mereka mengambil minuman ringan dan minuman manis tiruan lain. Bukan sahaja soda boleh membahayakan, malahan teh ais dan minuman buah-buahan juga boleh mendatangkan masalah. Pengkaji memantau kanak-kanak ini selama lima tahun untuk menyelidik keputusan. Menurut statistik, kanak-kanak perempuan yang minum lebih daripada satu setengah hidangan minuman ringan setiap hari akan mula datang haid kira-kira tiga bulan lebih awal berbanding mereka yang minum sedikit minuman manis dalam tempoh seminggu.  

    Penemuan kaitan antara minuman manis dan haid awal bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai obesiti dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga menunjukkan potensi risiko mendapat kanser payudara. Disebabkan punca kepada kesimpulan ini masih tidak diketahui, penemuan ini memainkan peranan penting dalam konteks haid awal dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Oleh itu, ibu bapa perlulah mempunyai hala tuju yang jelas dalam membimbing anak mereka memilih minuman yang berkhasiat. Pada kebanyakan masa, memanglah minuman manis memberikan kesedapan lidah, namun tidak pada keseluruhan badan. 

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan