Penyebab Ketidaksuburan yang Tidak dijangka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 mins read

Kehamilan tidak terjadi secara semula jadi kepada setiap wanita. Percubaan untuk hamil tidaklah semudah yang anda fikirkan. Penyebab ketidaksuburan adalah pelbagai, bermula daripada punca yang kelihatan ketara sehinggalah kepada perkara yang tidak dijangka. Teruskan membaca untuk mengetahui penyebab ketidaksuburan dan cara untuk mengelakkannya.

Wanita dengan jenis darah O mempunyai risiko berganda mengalami ketidaksuburan

Ahli saintis dari Yale University dan Albert Einstein College of Medicine mendapati bahawa dalam kalangan pesakit wanita yang mengambil ujian kesuburan pada usia 30-an, wanita dengan jenis darah O adalah dua kali ganda lebih cenderung mengalami profil hormon, yang membuatkan ovari mereka lebih tua berbanding usia mereka.

Wanita yang mengambil dua atau lebih hidangan tenusu rendah-lemak setiap hari adalah lebih cenderung mengalami ketidaksuburan

Kajian bersekutu-Harvard menunjukkan bahawa wanita yang mengambil banyak produk tenusu rendah-lemak sehari berdepan dengan 85 peratus risiko lebih tinggi mendapat ketidaksuburan berbanding dengan mereka yang makan sedikit atau tiada mengambil produk tenusu rendah-lemak.

Pendedahan matahari menyeimbangkan hormon seks dalam kalangan wanita, meningkatkan peluang untuk hamil

Ahli saintis di University of Graz Austria menjalankan kajian dan menemukan bahawa vitamin D membantu meningkatkan tahap hormon seks wanita, progesteron dan estrogen, masing-masing sebanyak 13 peratus dan 21 peratus. Vitamin D pada cahaya matahari juga membantu mengatur kitaran haid dan menjadikan konsepsi lebih mudah.

Umur

Semakin meningkat umur anda, kuantiti dan kualiti telur anda akan mula menurun. Pada pertengahan 30-an, kualiti telur adalah kurang baik dan bilangannya semakin berkurangan berbanding sebelumnya kerana kadar folikel hilang kelajuan. Ini akan meningkatkan risiko keguguran dan membuatkan konsepsi menjadi semakin sukar.

Merokok

Tabiat merokok bukan sahaja merosakkan serviks dan tiub fallopian anda, tetapi juga meningkatkan risiko mendapat keguguran dan kehamilan ektopik. Ia juga boleh membuatkan penuaan pada ovari anda dan mengurangkan telur anda sebelum ini. Jadi, anda disarankan untuk berhenti merokok sebelum mengambil sebarang rawatan kesuburan.

Sejarah hubungan kelamin

Jangkitan penyakit kelamin seperti chlamydia dan gonorrhea adalah penyebab terbesar kerosakan tiub fallopian. Melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan bersama dengan lain-lain pasangan boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan penyakit kelamin. Ini boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Alkohol

Anda dinasihatkan untuk mengambil alkohol pada jumlah yang sederhana, kira-kira satu minuman sehari untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Semasa kehamilan, anda perlu mengelak pengambilan sebarang bentuk alkohol bagi mencegah komplikasi.

Jika anda sedang mencuba untuk hamil, ingatlah untuk mengelakkan perkara yang boleh mengurangkan peluang anda untuk hamil. Jika anda ada sebarang persoalan atau berdepan dengan sebarang kesukaran, jangan bertangguh untuk berjumpa dengan doktor atau penyedia penjagaan kesihatan untuk nasihat, panduan dan rawatan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Anda mempunyai zakar bengkok dan berhasrat meluruskan ia semula? Jangan buat dulu, jom klik artikel ini untuk tahu ia boleh atau mustahil!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/07/2020 . 3 mins read

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Kepada wanita di luar sana yang mungkin keliru adakah anda boleh hamil dengan melakukan aktiviti hubungan seks yang tertentu, artikel ini akan bantu anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/07/2020 . 3 mins read

    Nak Jaga Miss V, Bukan Hanya Kena Cuci, Tapi Ini Ada 8 Tip Pastikan Faraj Sihat & Tak Berbau!

    Adakah anda pasti selama ini cara menjaga Miss V anda adalah betul? Sebenarnya, ada sains di sebalik cara anda cuci kemaluan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/07/2020 . 3 mins read

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Anda pernah tak terlihat akan rambut halus pada tubuh bayi baru lahir? Itulah rambut lanugo. Bahaya ke rambut ni? Ini penerangannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 07/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    kencing kotor

    Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    penyakit hawar

    Terbaru! Lagi Wabak Hawar Bubonik Muncul Dari China, Punca Akibat Makan Daging Haiwan Marmot!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    hidrosefalus

    Hidrosefalus: Kepala Besar Akibat Lebihan Cecair dalam Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 2 mins read
    Trombofilia

    Trombofilia: Pembekuan Darah yang Lebih Mudah daripada Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 2 mins read