Bolehkah Percaya pada Ujian Kehamilan di Rumah?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Apabila bercakap mengenai ujian kehamilan, wanita selalunya mempunyai dua pilihan; sama ada mereka pergi ke klinik berjumpa dengan doktor, ataupun melakukan ujian kehamilan di rumah. Walau bagaimanapun, adakah ujian kehamilan di rumah benar-benar berkesan, dan bagaimana untuk mengetahui jika keputusan tersebut betul ataupun tidak?

Adakah ujian kehamilan di rumah tepat? 

Kebanyakan ujian kehamilan di rumah menjamin ketepatan 99 peratus. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan ujian kehamilan di rumah tidak cukup sensitif untuk menentukan sama ada seseorang wanita yang baru terlepas haid hamil ataupun tidak. Bagi mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai, adalah disarankan untuk seseorang wanita itu mengambil ujian seminggu selepas mereka terlepas tarikh haid.

Bagaimana ujian kehamilan di rumah berfungsi? 

Ujian kehamilan di rumah menentukan sama ada anda hamil ataupun tidak berdasarkan kehadiran hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotropin (hCG) dalam urin anda.

HCG dihasilkan oleh sel yang akhirnya akan membentuk ke dalam plasenta. Buat permulaan, hCG masuk ke aliran darah apabila telur yang telah tersenyawa mula untuk menempel pada lapisan uterus anda. Ini terjadi seawal enam hari selepas persenyawaan.

Selepas beberapa minggu seterusnya, jumlah hCG dalam tubuh anda akan meningkat dengan drastik, biasanya berganda pada setiap dua hari atau selepasnya. Apabila ujian kehamilan mengesan hormon dalam urin anda, ia akan memberikan keputusan yang positif.

Apakah perbezaan antara ujian kehamilan di rumah dan ujian perubatan? 

Majoriti doktor atau penyedia penjagaan kesihatan akan meminta anda melakukan ujian urin, yang lebih kurang sama dengan apa yang anda lakukan di rumah. Namun, terdapat kemungkinan mereka akan juga mengambil sampel darah anda untuk mengenal pasti tahap ketepatan hCG pada tubuh anda. Selepas mengambil ujian darah, ia biasanya akan mengambil masa daripada satu jam sehingga sehari untuk anda mendapatkan keputusan.

Adakah terdapat pelbagai jenis ujian kehamilan rumah? 

Bagi majoriti ujian kehamilan, anda akan meletakkan urin anda pada penghujung kit ujian, atau meletakkannya di dalam bekas untuk pengumpulan urin. Beberapa minit kemudian, kit penguji akan memberikan anda keputusan, seperti negatif (jika tanda tolak) atau positif (jika tanda tambah). Petunjuk lain keputusan adalah dengan menunjukkan satu garisan (tidak hamil) atau dua garisan (hamil).

Ingatlah untuk memeriksa tarikh luput sebelum menggunakan kit ujian tersebut untuk memastikan bahawa keputusan adalah lebih tepat.

Perubatan

Perubatan tertentu boleh mempengaruhi keputusan ujian kehamilan, termasuklah:

  • Promethazine, yang digunakan untuk alahan
  • Ubat untuk penyakit Parkinson
  • Hypnotics (tablet tidur)
  • Ubat penenang
  • Diuretik, digunakan untuk keadaan seperti kegagalan jantung
  • Anticonvulsants
  • Ubat digunakan untuk merawat ketidaksuburan

Semasa menguji kehamilan di rumah, pelbagai faktor boleh mempengaruhi keputusan. Lebih-lebih lagi, ketepatan ujian itu sendiri tidak boleh disahkan. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda pergi ke hospital atau klinik melakukan temujanji dengan doktor bagi mengenal pasti sama ada anda hamil ataupun tidak.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Mei 3, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 14, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut