Ketidaksuburan wanita – Gangguan Ovulasi
Keadaan ini berkait dengan masalah kitaran haid sama ada lebih panjang atau pendek berbanding biasa dan boleh juga tidak menentu atau lebih teruk di mana tiada ovulasi berlaku.
Sekitar 25% daripada wanita mengalami masalah ini. Terdapat beberapa faktor yang berkait dengan masalah tersebut antaranya:
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS): Keadaan ini adalah masalah disfungsi ovulasi berasal daripada ovari yang membawa kepada ketidakseimbangan hormon. Simptomnya adalah rumit dan berbeza-beza mengikut individu. Antara gejala yang boleh muncul seperti kekurangan ovulasi, kitaran haid yang tidak normal, penambahan berat badan,jerawat, tumbuh bulu di bahagian muka atau ketidaksuburan.
- Disfungsi Hipothalamus: Keadaan ini adalah sejenis abnormaliti ovulasi disebabkan oleh stress emosi, berat badan berlebihan atau pengurangan berat badan secara mendadak yang baharu berlaku.
- Kelemahan Ovari Pramatang: Keadaan ini menyebabkan bilangan telur dalam rahim tidak mencukupi akibat ralat dalam sistem badan yang menyerang tisu-tisu ovari atau disebabkan oleh masalah genetik.
- Kandungan Prolactin yang tinggi: Penghasilan Prolactin berlebihan (hiperprolactinemia) dihasilkan oleh kelenjar pituitari ini menekan rembesan estrogen lantas membawa kepada ketidaksuburan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen