Menarche adalah istilah yang digunakan untuk menggelar haid pertama perempuan. Sebaik sahaja seseorang perempuan itu mengalami akil baligh atau didatangi haid pertamanya, dia sudah boleh menjadi ibu pada bila-bila masa walaupun tubuhnya masih belum berkembang sepenuhnya. Di usia 10 atau 11 tahun, kebanyakan anak gadis sudah dilaporkan hamil. Bagaimanapun, seseorang gadis itu juga boleh hamil dalam bulan sebelum kitaran haid pertamanya bermula.
Bagaimana seseorang gadis itu boleh hamil sebelum haid pertamanya?
Soalan ini dibangkitkan berikutan terdapat beberapa salah faham mengenai ovulasi wanita. Kehamilan berlaku apabila telur wanita disenyawakan dengan sperma. Ovulasi boleh berlaku sebelum datang haid anda. Jadi, jika anda melakukan hubungan seks sebelum kedatangan haid pertama, anda boleh hamil. Sebagai tambahan, anda juga perlu tahu bahawa sel sperma mampu hidup sehingga seminggu dalam badan wanita. Memandangkan kebanyakan sel sperma lelaki terkandung dalam air mani mereka, selepas ejakulasi, air mani yang dikeluarkan mengandungi kira-kira 500 juta sel sperma. Lebih penting lagi, kehamilan bukan hanya disebabkan oleh penghantaran terus air mani ke dalam faraj wanita. Malahan, seseorang wanita itu boleh hamil apabila sedikit air mani diletakkan menggunakan jari ke dalam faraj mereka. Selain itu, cecair yang menitis daripada zakar sebelum orgasma berlaku juga boleh mengandungi sel sperma. Jika cecair itu memasuki faraj wanita, kebarangkalian untuk hamil juga adalah tinggi.