backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

Makan Morning After Pill Kalau 'Terbabas' Dengan Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    Makan Morning After Pill Kalau 'Terbabas' Dengan Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

    Selain kondom, pengambilan ubat perancang kehamilan sama ada yang kecemasan atau tidak adalah antara cara untuk elak dari mengandung yang paling popular digunakan.

    Sekiranya terlupa atau terlepas untuk mengambil pil ini sebelum beraksi bersama pasangan, usah khuatir.

    Ini kerana anda boleh mengambil ubat perancang kecemasan (morning after pill) selepas bersama suami.

    Persoalannya, berapa kali kita boleh ambil pil morning after ini? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu ubat perancang kecemasan?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita belajar serba sedikit mengenai pil ini.

    Untuk pengetahuan anda, ubat perancang kecemasan adalah sejenis pil yang digunakan selepas hubungan seks tanpa perlindungan bertujuan mengelakkan kehamilan luar jangkaan.

    Namanya iaitu morning after pill mungkin agak mengelirukan kerana ia tidak semestinya diambil pada keesokan hari namun boleh juga diambil 3 ke 5 hari selepas projek asmara berlangsung.

    Di pasaran negara kita, terdapat 2 jenis pil morning after yang utama iaitu:

    • Pil yang mengandungi progesterone – sesuai diambil 72 jam selepas seks tanpa perlindungan
    • Pil yang mengandungi ulipristal – sesuai diambil 120 jam selepas seks tanpa perlindungan
    ubat perancang
    Fungsi pil perancang kehamilan.

    Jika kalian hendak mencarinya di farmasi, pil ini dikenali dengan nama Postinor atau Postinor-2.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Family Planning Victoria (FPV), pil ini dikatakan berkesan mencegah kehamilan sehingga 85%.

    Pun begitu, adalah disarankan untuk kalian tidak bertangguh dari mengambil pil ini untuk memastikan ia dapat memberikan kesan yang paling efektif.

    Ini kerana pil morning after juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak membuahkan hasil lantas menyebabkan kehamilan luar jangkaan.

    Terdapat beberapa faktor yang boleh membuat fungsinya kurang berkesan termasuklah:

    • Terlalu lambat mengambilnya
    • Muntah selepas 2 ke 3 jam mengambilnya
    • Mengambil ubatan tertentu

    Maka adalah sangat penting untuk anda mengambil jenis ubat perancang ini tepat pada waktunya.

    Jika kalian masih ragu-ragu tentangnya, sila berjumpa doktor untuk konsultasi.

    Apa kesan sampingan ubat perancang kecemasan?

    cara makan pil perancang
    Jenis pil perancang kehamilan.

    Tidak dinafikan, pil morning after ini sangat efektif dalam usaha mencegah kehamilan luar jangkaan sekiranya ‘terbabas’ melakukan hubungan kelamin tidak selamat bersama pasangan.

    Pun begitu, ia mungkin boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan termasuklah:

    • Pening kepala
    • Muntah-muntah
    • Cirit-birit
    • Kekejangan perut
    • Perut terasa mual
    • Kembung perut
    • Badan terasa penat
    • Tidak balas negatif pada kulit
    • Buah dada menjadi sensitif
    • Pendarahan pada faraj

    Dalam pada itu, ubat perancang jenis ini adalah lebih berisiko jika diambil oleh golongan berikut:

    • Obesiti
    • Ibu hamil
    • Pesakit kanser payudara
    • Mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya
    • Mempunyai alahan terhadap ramuan pil
    • Mengambil ubatan tertentu seperti St. John’s Wort

    Oleh itu, sila berbincang dengan pakar terlebih dahulu sebelum mengambil pil perancang kecemasan ini bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan anda!

    Berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

    morning after pill
    Kesan sampingan pil perancang kehamilan.

    Baiklah, sekarang kita pergi pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu berapa kali kita boleh ambil pil perancang jenis ini?

    Secara umumnya, anda boleh mengambil pil ini lebih daripada sekali dalam masa sebulan.

    Pun begitu, ia tidak disarankan ekoran kos yang agak mahal serta boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain.

    Menurut Dr Mohd Ramzdhan yang merupakan panel perubatan laman web doctoroncall.com.my, anda tidak boleh mengambil pil ini lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid.

    Ini kerana ia boleh mengganggu kitaran haid sekali gus menjadikannya tidak normal.

    Ketahuilah bahawa pil perancang jenis ini bukan salah satu dari kaedah kontraseptif yang biasa seperti penggunaan kondom, pembedahan vasektomi, pemasangan IUD dan lain-lain.

    Rumusan

    Sesuai dengan namanya, pil ini hanya perlu diambil dalam keadaan kecemasan sahaja iaitu apabila anda terlupa atau terlepas untuk menggunakan kaedah kontraseptif yang biasa.
    Jenis ubat perancang ini hanya boleh digunakan di waktu kecemasan sahaja.
    Oleh itu, cuba elak dari terus mengambilnya sama seperti pil perancang kehamilan yang biasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan