Takut Tengok Muka Sendiri Semasa Hamil? Ini 5 Perubahan Fizikal Ibu Mengandung Lalui, #4 Tak Disangka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 12/05/2020

Ketika mengandung, banyak perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan seorang wanita. Tentu sekali, perut akan mula ‘membuncit’ seiring dengan perjalanan bulan dan trimester.

Pun begitu, bukan bahagian perut sahaja yang wajar diberikan perhatian. Bahkan ada yang percaya wajah berubah semasa hamil itu adalah perkara yang betul boleh terjadi.

Persoalannya, adakah ia fakta atau auta? Jika ya, apakah jenis perubahan yang dikatakan itu?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Wajah berubah semasa hamil – fakta atau auta?

orang melayu

Pernahkah anda semua terbaca atau terdengar mengenai seri ibu mengandung? Buat anda yang belum tahu, ada orang percaya, wanita itu secara semula jadinya akan berubah menjadi cantik semasa hamil.

Ya, tidak dinafikan ada wanita yang mukanya akan berseri ketika mengandung.

Pun begitu, bukan itu keadaan yang sebenar terjadi. Kebanyakan wanita hamil akan mengalami perubahan pada wajah yang agak kurang menyenangkan.

Untuk menjawab persoalan di atas, jawapannya adalah ya. Wanita mungkin boleh mengalami perubahan pada wajah semasa hamil. Kenapa?

Ini disebabkan oleh perubahan pada tubuh badan secara umumnya tidak kira pada pengeluaran hormon, perjalanan darah dan bermacam lagi faktor.

Jadi, usah khuatir sekiranya wajah anda sedikit berbeza ketika mengandung ya?

Apa yang akan berlaku pada wajah semasa hamil?

orang melayu

Baiklah, sekarang kita tahu bahawa perkara ini adalah fakta. Pun begitu, perubahan apa yang dimaksudkan?

Adakah ia terlalu kecil sehingga tidak dapat dilihat atau terlalu besar sehingga kita takut untuk melihat diri sendiri di cermin?

Tenang. Ini perubahan yang akan terjadi pada wajah ketika mengandung:

#1. Muka membengkak

Bagi ibu hamil, pembengkakan pada tangan dan kaki itu adalah sesuatu yang normal. Pun begitu, bahagian muka juga akan mendapat kesan lantas menjadi lebih bulat dan tembam.

Ia adalah normal dan akan hilang sendiri selepas bersalin. Namun jika muka anda membengkak dan terasa sakit, ia mungkin tanda pre-eklampsia. Jadi, segera berjumpa dengan doktor.

#2. Tumbuh jerawat

Ramai yang sangka bahawa wanita hanya akan tumbuh jerawat semasa usia remaja. Pun begitu, ketahuilah bahawa ada satu lagi waktu di mana jerawat akan tumbuh banyak di muka iaitu semasa kehamilan.

Ini disebabkan oleh tubuh badan banyak mengeluarkan hormon untuk penghasilan sebum (peluh). Namun, ia juga adalah keadaan yang normal dan anda tidak perlu terlalu risau tentangnya.

#3. Kulit berubah kemerahan

Tidak, ia bukan disebabkan oleh perasaan malu atau suasana panas.

Kondisi ini terjadi disebabkan oleh peningkatan tekanan darah dalam tubuh badan wanita.

Ada juga yang percaya kulit wanita mengandung akan berubah kemerahan disebabkan si ibu terpaksa menanggung berat bayi dalam kandungan mereka.

Ia juga adalah kondisi normal yang tidak memerlukan sebarang rawatan lanjut. Jadi usah khuatir!

ibu mengandung, 35 tahun

#4. Keguguran kening dan bulu mata

Tidak menjangkakan ini akan terjadi bukan?

Hakikatnya, wanita mungkin akan mengalami keguguran kening dan bulu mata akibat kekurangan nutrien atau vitamin dalam diet pemakanan.

Selain itu, ia juga mungkin kegagalan fungsi tiroid. Paling penting, segera dapatkan rawatan doktor dan elakkan dari memakai sebarang alat solek seperti maskara.

#5. Melasma

Ibu hamil tahu akan melasma? Ia adalah satu kondisi yang akan menyebabkan wajah anda timbul tompok atau bintik berwarna seakan kecoklatan.

Ia adalah disebabkan oleh pengeluaran hormon yang menyebabkan hiperpigmentasi pada kulit muka.

Antara kawasan yang mudah terjejas adalah dahi, pipi dan dagu.

Kondisi ini juga akan hilang sendiri selepas bersalin. Namun jika ia masih kekal buat beberapa bulan, dapatkan nasihat dari pakar dermatologi.

Hakikatnya, akan berlaku banyak perubahan pada tubuh badan wanita ketika mengandung.

Kondisi wajah berubah semasa hamil ini adalah normal. Begitu juga dengan perubahan pada tubuh badan yang lain.

Namun, encik suami masih perlu berhati-hati ya? Emosi isteri juga tidak wajar diganggu semasa saat-saat getir ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Apa Yang Terjadi Bila Doktor Cakap Masih Hidup Tapi Mati Otak? Ia Bukan Koma, Tahu!

Jangan terkeliru dengan mati otak dan koma, kedua-duanya berbeza. Namun, persamaannya ialah pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah

Jika Tidak Dirawat, Katarak Boleh Menyebabkan Buta! Buat 6 Langkah Ini Untuk Elak

Penyakit katarak pada mata adalah berbahaya dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat. Jadi, sila buat 6 langkah ini untuk elak ia berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Hormon Testosteron Rendah Punca Sperma Kurang? Ini Rawatan Kaum Adam Boleh Cuba!

Ramai yang percaya bahawa hormon testosteron rendah adalah punca sperma kurang dan ketidaksuburan. Adakah ia benar? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

Kita tahu tentang rawatan barah, tapi jarang untuk kita bercakap mengenai kesan kesihatan selepas rawatan. Jom kita ambil tahu mengenainya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

cara pakai kondom

Jangan Main Sarung Saja! Ini Cara Betul Guna Kondom, Baru Enjoy Masa Beraksi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020
bunuh diri

Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 05/06/2020
pimple-patch-atasi-masalah-jerawat

Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020
berjemur di pantai

Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020