Hormon kehamilan akan membuatkan kulit anda berminyak, namun ini bukan bermakna anda perlu mengabaikan kelembapan kulit. Gunakan pelembap bebas minyak untuk memastikan kulit kekal lembut dan hidrat. Bagi anda yang berkulit sensitif, pilih produk pelembap yang hypoallergenic.
Anda mungkin menganggap solekan mampu menaikkan seri wajah anda. Memakai solekan boleh membantu anda menutup cela yang ada pada wajah, tetapi solekan juga boleh membuatkan wajah anda kusam. Apatah lagi jika anda kerap menggunakan solekan dan memakai solekan pada tempoh yang panjang. Apa kata jika anda biarkan wajah anda sesekali tanpa solekan bagi membolehkan kulit bernafas. Selain itu, anda perlu memastikan solekan dicuci dengan betul-betul bersih bagi mengelakkan pori tersumbat.
Bagi menaikkan seri kehamilan, anda perlu menjaga pemakanan. Pilihan makanan yang betul menyediakan anda dengan nutrien secukupnya untuk kulit sihat serta bersinar.
Dapatkan tidur malam yang cukup untuk penjagaan kulit wajah yang cantik. Tidur yang cukup bermakna tubuh anda mempunyai cukup masa untuk merawat dan memulih kulit rosak. Walau bagaimanapun, ibu hamil lazimnya mengalami masalah tidur lena terutama semasa trimester ketiga kehamilan. Namun, ingatlah bahawa setiap tidur yang cukup dan lena menyumbang kepada kulit yang berseri-seri.
Seri kehamilan hanya berlangsung semasa anda hamil dan akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan anak. Perkara paling penting yang perlu anda lakukan adalah menjalani amalan penjagaan kulit yang baik, tidak kira jika anda hamil ataupun tidak.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen