backup og meta

Kulit Asia Dengan Melasma

Kulit Asia Dengan Melasma

Pernahkah anda memikirkan mengapa kulit Asia mempunyai lebih melasma berbanding daripada wanita dari negara lain di dunia? Dan terdapat cara untuk menyembuhkan simptom kulit ini?

Keadaan melasma dengan wanita Asia

Asia secara umumnya lebih mudah menghadapi masalah ini berbanding kaum lain. Ia lebih halus dan lebih mudah berparut. Salah satu masalah terbesar adalah dengan pigmentasi kulit, terutama dengan melasma. Melasma sangat biasa dalam kalangan wanita Asia.

Apabila anda mempunyai warna coklat di muka, pipi, dagu, dahi, ini bermakna anda mempunyai melasma. Ia biasanya berlaku semasa kehamilan dan selepas bersalin. Disebabkan itu, didapati banyak bahan pencerah dalam kosmetik Asia.

Kenapa ramai wanita Asia mempunyai melasma?

Mengikut beberapa kajian, ini mungkin disebabkan pengeluaran melanin di Asia. Melanin adalah pigmen kulit semula jadi yang melindungi kulit kita daripada kerosakan cahaya UV. Orang berkulit gelap menghasilkan lebih banyak melanin daripada orang kulit berkulit cerah. Apabila pengeluaran melanin meningkat (kerana ketidakseimbangan hormon), ini akan membawa kepada simptom melasma. Sudah tentu, dengan cuaca di Asia, kulit wanita Asia sebenarnya mempunyai lebih banyak masalah dengan gangguan pigmentasi seperti melasma dan hiperpigmentasi.

Bagaimanakah melasma dirawat?

Pada masa ini, masih tiada ubat untuk merawat melasma. Tetapi kita boleh mengurangkan simptom ini dengan menggunakan beberapa cara dengan penggunaan ubat-ubatan topikal tertentu yang berfungsi mencerahkan kulit.

Prosedur untuk melasma termasuk chemical peel, microdermabrasion dan dermabrasion. Sekiranya tidak berkesan dalam ubat topikal, prosedur mungkin berjaya.

Petua berikut mungkin membantu anda menghadapi kesihatan melasma:

  • Makan makanan yang sihat: Ia penting untuk menyediakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk tubuh anda, kerana ia bukan sahaja mengekalkan keseluruhan kesihatan tetapi juga menjaga kulit, rambut dan kuku yang sihat.
  • Minum air yang mencukupi setiap hari untuk menyegarkan dan membuang toksin daripada tubuh anda.
  • Memakai pelindung matahari (SPF 30+ atau lebih), topi lebar dengan kemeja lengan panjang akan melindungi kulit anda dengan sempurna, tetapi ingat untuk hadkan aktiviti luar dari jam 10 pagi – 12 tengah hari.
  • Buatkan topeng (mask) dengan makanan boleh membantu kulit anda mengurangkan simptom melasma.
  • Cuba untuk berehat dan jangan stres kerana stres juga merupakan salah satu punca utama melasma dan penyakit lain.
  • Anda boleh menggunakan beberapa produk penjagaan kulit untuk memperbaiki keadaan kulit anda, tetapi minta nasihat dermatologi untuk untuk memastikan beberapa bahannya selamat untuk anda.
  • Tidak waxing: Ia boleh melegakan melasma oleh keradangan kulit. Pastikan anda berbincang dengan pakar dermatologi mengenai jenis penghapusan rambut lain yang mungkin sesuai untuk anda.

Kulit Asia lebih sensitif daripada kumpulan etnik lain. Untuk hidup dengannya, kita harus mempunyai pengetahuan asas mengenainya, berhati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit dan sentiasa tenang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Six Things To Know About Our Asian Skin. http://www.vivawoman.net/2010/10/six-things-to-know-about-our-asian-skin/.  Accessed July 26, 2016.

Melasma. http://www.dermnetnz.org/topics/melasma/. Accessed August 3,2016.

Melasma on Asian Skin. http://www.melasma.org.uk/melasma-on-asian-skin.htm. Accessed July 26, 2016.

Melasma: Tips For Managing. https://www.aad.org/public/diseases/color-problems/melasma. Accessed August 3, 2016.

What Makes Asian Skin Different? http://www.skininc.com/skinscience/physiology/What-Makes-Asian-Skin-Different-329837481.html Accessed July 26, 2016.

Versi Terbaru

06/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Perlindungan Kulit, Bukan Boleh Pakai Sebarang Skincare!

Penat Asyik Garu Badan Sebab Gatal, Jangan Risau Ikut 5 Petua Berkesan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan