home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Alami Masalah Rambut Gugur Semasa Hamil? Ini Cara Atasinya!

Alami Masalah Rambut Gugur Semasa Hamil? Ini Cara Atasinya!

Anda mengalami masalah rambut gugur semasa hamil yang teruk? Ini cara penjagaan rambut ketika mengandung yang boleh anda cuba. Semoga dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut anda.

Masalah rambut gugur semasa hamil

Perubahan yang berlaku pada tubuh badan ibu semasa hamil adalah normal. Ada perubahan yang positif seperti seri kehamilan dan banyak juga perubahan yang kurang digemari semasa hamil, antaranya adalah perubahan pada rambut.

Rambut merupakan mahkota bagi wanita, justeru sudah pasti ibu hamil akan memberikan perhatian khusus pada penjagaan rambut mereka. Beruntung bagi sesetengah wanita yang mengalami perubahan rambut lebat semasa hamil.

Ini kerana, hormon tambahan yang mengalir pada tubuh ibu hamil akan beralih ke kitaran rambut menjadikan rambut ibu bertumbuh dengan lebih cepat dan kurang gugur.

Walau bagaimanapun, bukan semua wanita hamil bernasib baik mendapat rambut yang diimpikan semasa hamil. Tidak mustahil juga ibu hamil akan mengalami masalah rambut gugur dan rambut kering.

Oleh itu, penjagaan rambut yang betul adalah perlu bagi memastikan ibu menjalani alam kehamilan yang lancar.

masalah-rambut-gugur-hamil-cara-jaga-rambut

Kenapa berlaku masalah rambut gugur semasa hamil?

Terdapat tiga peringkat pertumbuhan rambut iaitu;

  • Fasa pertumbuhan aktif
  • Fasa berehat
  • Fasa rambut gugur

Lazimnya, ibu hamil akan melalui fasa aktif di mana rambutnya akan terus bertumbuh atau kekal pada kulit kepala serta menjadi lebih lebat berbanding kebiasaan.

Pun begitu, bukan semua wanita akan mengalami rambut lebat semasa hamil. Ada yang mengalami masalah rambut kering kepada rambut berminyak, rambut keriting menjadi lurus dan sebaliknya.

Juga, tidak terkecuali, masalah keguguran rambut berlaku semasa tempoh kehamilan. Hal ini terjadi kerana hormon progesteron yang tinggi semasa hamil menyebabkan rambut kehilangan lembapan dan menjadi kering.

Rambut yang kering pula akan mudah bercabang di hujunggnya, sekali gus menyebabkan rambut mudah rapuh dan gugur.

penjagaan rambut ketika mengandung

Penjagaan rambut ketika mengandung

Jika anda mengalami masalah rambut semasa hamil, lakukan cara-cara di bawah:

  1. Elakkan daripada melakukan rawatan rambut seperti mewarna, mengeriting ataupun meluruskan rambut semasa hamil.
  2. Ada yang mengatakan kerap bersyampu boleh menambahkan tekanan kepada rambut sekali gus menyebabkan rambut banyak gugur. Bagi mengurangkan keguguran rambut, anda digalakkan untuk menggunakan perapi bagi mengurangkan keguguran rambut semasa anda ingin menguraikan rambut. Walau bagaimanapun, pilihlah syampu dan perapi yang mengandungi biotin dan silika.
  3. Elakkan mengikat rambut dengan ketat seperti gaya ponytail dan elakkan juga mengikat rambut menggunakan gelang getah, yang mana boleh menarik dan menegangkan rambut anda.
  4. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, yang mengandungi flavonoids dan antioksidan bagi menyediakan perlindungan untuk folikel rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut.
  5. Gunakan sikat yang bergigi luas semasa menyikat rambut yang basah, kerana struktur rambut adalah rapuh semasa berkeadaan basah.
  6. Amalkan pemakanan atau suplemen yang mengandungi vitamin B kompleks, biotin, vitamin C, vitamin E dan zink.

Pemeriksaan doktor

Jika masalah yang anda alami semakin serius dan kritikal, sebaiknya anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan rawatan yang lebih bersesuaian.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://americanpregnancy.org/pregnancy-health/hair-loss-during-pregnancy/

https://health.clevelandclinic.org/how-to-deal-with-hair-loss-after-pregnancy/

10 Things That Might Surprise You About Being Pregnant – KidsHealth

 

https://kidshealth.org/en/parents/pregnancy.html

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x