Adakah Anda Berbadan Dua? Kenal Pasti Tanda-Tanda Mengandung Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 21/05/2020

Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda berbadan dua atau tidak? Berikut dikongsikan 12 tanda tanda mengandung untuk anda semak.

Tanda Tanda Mengandung

Menyedari anda mungkin berbadan dua adalah pengalaman yang cukup mengujakan dan menggembirakan hati khususnya jika anda telah sekian lama mencuba untuk menimang cahaya mata.

Lebih manis adalah sekiranya anda sebelum ini menghidap keadaan-keadaan kesihatan tertentu yang menyebabkan peluang anda untuk mengandung atau membawa kandungan ke tempoh bersalin adalah rendah.

Keadaan-keadaan kesihatan seperti endometriosis, penyakit keradangan pelvis (PID) dan juga polycystic ovarian syndrome adalah contoh penyakit-penyakit yang mengganggu fungsi reproduktif normal wanita dan juga peluang untuk mereka mengandung.

Tidak terhad kepada wanita, faktor lelaki juga turut memainkan peranan dalam menghasilkan zuriat. Keadaan seperti disfungsi ereksi, kemurungan dan juga masalah berkaitan dengan penghasilan sperma boleh mempengaruhi peluang untuk isteri mengandung.

tanda-tanda-mengandung

Jadi, bagaimanakah untuk anda mengesyaki bahawa anda sedang berbadan dua?

Tanda tanda mengandung paling biasa

1. Haid tidak datang

Anda tidak mempunyai sebarang masalah kitaran haid dan perasan bahawa seminggu telah berlalu tanpa anda datang bulan (daripada waktu sepatutnya), kemungkinan besar anda sedang hamil.

Ini merupakan tanda pertama dalam senarai tanda tanda mengandung kerana ianya adalah yang paling utama.

2. Buah dada menjadi bengkak dan sensitif

Apabila anda mengandung, terdapat perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Perubahan hormon-hormon ini adalah penting bagi menyokong perkembangan proses kehamilan tersebut.

Namun yang demikian, kesan daripada perubahan hormon-hormon ini, anda mungkin akan perasan bahawa buah dada anda akan menjadi sedikit bengkak dan lebih sensitif.

3. Rasa mual (boleh berlaku tanpa muntah)

Tanda yang mecadangkan bahawa anda mengandung yang seterusnya adalah rasa mual khususnya di waktu pagi atau waktu berjaga, fenomena yang dikenali sebagai morning sickness. Sungguhpun begitu, rasa mual ini turut boleh berlaku ketika waktu malam.

Rasa mual ini lazimnya diikuti oleh muntah-muntah namun dalam sesetengah orang, rasa ingin muntah ini tidak berlaku. Ini adalah tanda mengandung paling lazim berlaku sebulan selepas anda mengandung.

4. Kerap membuang air kecil

Anda akan mula perasan bahawa anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil.

Hal ini kerana apabila anda mengandung, kandungan darah dalam badan anda meningkat, menyebabkan buah pinggang akan menapis lebih banyak darah dan akhirnya membentuk lebih banyak air kencing. 

5.Rasa letih dan lesu

Merasa letih dan lesu merupakan antara simptom kehamilan yang lazim berlaku.

Tanda ini dikatakan berpunca daripada peningkatan paras hormon progesteron yang tinggi pada peringkat awal kehamilan. Hormon progesteron menyebabkan anda berasa lebih penat dan mengantuk.

6. Gangguan mood

Perubahan hormon ketika trimester pertama ini mampu untuk mempengaruhi emosi dan mood anda. Hasilnya, anda atau pasangan anda mungkin akan perasan bahawa emosi anda sedikit sensitif ketika tempoh ini. 

berbadan dua

7. Kembung perut

Seperti kebanyakan tanda tanda mengandung dalam artikel ini, perubahan hormon turut berupaya untuk menyebabkan anda merasa kembung perut sedikit. Rasa kembung perut ini boleh diperincikan sebagai mirip rasa kembung perut ketika permulaan datang bulan. 

8. Kewujudan sedikit tompokan darah pada tuala wanita

Kewujudan tompokan darah pada pad adalah disebabkan satu fenomena yang disebut sebagai implantation bleeding.

Proses penampalan atau implantasi ini berlaku dalam tempoh 10 hingga 14 hari setelah persenyawaan berlaku dan ianya akan menyebabkan pembentukan bekalan salur darah bagi membekalkan nutrien penting kepada janin yang sedang berkembang tersebut. 

9.Rasa kejang pada bahagian abdomen

Sesetengah wanita akan mengalami rasa kejang sedikit pada bahagian abdomen mereka. Rasa kejang ini sebenarnya merujuk kepada kekejangan rahim. 

10. Sembelit

Salah satu contoh bagaimana perubahan hormon ketika mengandung mempengaruhi badan anda adalah dengan menyebabkan sembelit. Peningkatan hormon tertentu akan menyebabkan pergerakan sistem penghadaman menjadi perlahan.

Kesannya, pergerakan makanan dan tinja dalam usus besar tidak selancar dulu, menyebabkan terjadinya sembelit.

11. Mengelak sesetengah makanan

Apabila anda mengandung, anda mungkin akan perasan bahawa anda menjadi lebih sensitif kepada sesetengah bau dan rasa makanan.

Untuk sesetengah wanita mengandung, hanya bau makanan tersebut sudah cukup untuk menyebabkan mereka menjadi mual dan loya. Tambahan lagi, anda juga mungkin akan perasan bahawa anda lebih cenderung untuk memakan sesetengah makanan sahaja.

12.Hidung tersumbat

Peningkatan paras hormon tertentu boleh menyebabkan membran mukosa pada sekitar hidung anda untuk membengkak. Dalam sesetengah kes, ianya turut boleh berdarah.

Pembengkakan ini, khususnya jika dicampur dengan penghasilan cecair mukus yang banyak, akan menyebabkan hidung anda tersumbat.

Sekiranya anda menyedari kewujudan tanda tanda mengandung di atas serta ingin mendapatkan kepastian tentang status kehamilan anda, segeralah berjumpa dengan doktor. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

Kita sedar risiko jangkitan coronavirus kepada individu. Tetapi bagaimana pula jika seorang ibu hamil positif COVID-19, adakah kesannya lebih bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

Jika anda ingin hamil, perkara wajib yang perlu anda tahu adalah cara anggar waktu subur selepas period. Mudah sahaja, tidak perlu guna kalkulator ovulasi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

waktu-pagi-masa-sesuai-buat-ujian-kehamilan

Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020
kondom bocor

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
23-perkara-penting-untuk-wanita-hamil-mandi

Ibu Hamil, Nak Mandi Pun Kena Berjaga-jaga Juga Tau, Ini 23 Benda PENTING Perlu Ambil Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/06/2020
pendarahan dalaman

Jangan Ambil Mudah, Pendarahan Dalaman Jika Dibiarkan Boleh Ancam Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 02/06/2020