backup og meta

Gemar Makan Makanan Pedas Semasa Hamil? Fahami Risiko Pada Ibu Dan Bayi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/11/2021

    Gemar Makan Makanan Pedas Semasa Hamil? Fahami Risiko Pada Ibu Dan Bayi!

    Mengidam adalah 1 perkara biasa semasa mengandung, namun bagaimana jika anda tiba-tiba sukakan makanan pedas ketika hamil?

    Adakah terdapat kesan kepada kandungan?

    Mengidam makanan pedas ketika hamil

    Perubahan hormon sepanjang kehamilan mungkin akan memberi kesan kepada kehidupan anda, terutamanya melibatkan selera makan.

    Jadi apakah kesan pengambilan makanan yang pedas dan berempah semasa mengandung? Adakah ia selamat kepada ibu dan kandungan?

    Selamat atau tidak makanan pedas ketika hamil?

    makanan pedas ketika hamil

    Ya, makanan pedas yang diambil semasa mengandung adalah selamat sama ada untuk ibu atau kandungan.

    Cuma ia mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan, terutamanya jika anda tidak biasa dengannya.

    Pakar perubatan bersetuju, makanan yang pedas adalah selamat diambil ketika sedang hamil, bahkan ia mungkin membantu bayi mengembangkan deria untuk sesetengah rempah. 

    Walaupun kebanyakan hidangan makanan pedas dan berempah adalah selamat untuk dimakan ketika mengandung, namun anda dinasihatkan untuk mengelakkan hidangan daging yang tidak masak sepenuhnya serta makanan laut mentah.

    Ikan yang tinggi kandungan merkuri juga harus dihindari kerana ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran. 

    Manakala berkaitan jumlahnya pula, anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan.

    Elakkan juga membeli masakan panas dari luar.

    Baca juga:

  • Mengidam Nak Makan Lemon Masam Masa Mengandung? – Ini Pro & Kontra Bakal Ibu Kena Tahu!
  • Opsss Isteri Mengandung Tapi Suami Yang Mengidam? Haaa, Itulah Petanda…
  • Makanan pedas ketika trimester pertama

    Walaupun risiko untuk mengalami keguguran adalah tinggi pada bulan-bulan pertama kehamilan, namun memakan makanan pedas ketika hamil tidak menjejaskan perkembangan kandungan. 

    Makanan pedas ketika trimester kedua & ketiga

    Pengambilan makanan pedas sewaktu trimester kedua mahupun ketiga boleh meningkatkan risiko mengalami pedih ulu hati serta asid refluks. 

    Pada trimester ketiga, janin yang sedang membesar boleh menyebabkan asid perut kembali naik ke kerongkong.

    Sudah tentu makanan yang pedas boleh memburukkan lagi keadaan.

    Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.

    Kesan pengambilan makanan pedas ketika hamil

    Memakan makanan yang pedas dan berempah sewaktu mengandung boleh menyebabkan masalah pencernaan.

    Ia boleh mencetuskan ketidakselesaan bagi wanita yang sedang berbadan dua.

    Berikut merupakan antara 5 kesan pengambilan makanan yang berempah dan pedas:

    1. Mabuk pagi

    Mabuk pagi seperti loya dan muntah adalah 1 perkara biasa yang dilalui oleh wanita yang sedang hamil.

    Ini khususnya pada peringkat awal kehamilan yang disebabkan oleh perubahan tahap hormon.

    Walau bagaimanapun, masalah tersebut mungkin boleh menjadi lebih teruk dan kronik kesan daripada pengambilan makanan yang pedas.

    Jadi mungkin untuk trimester pertama anda boleh mengehadkan pengambilannya atau mengelakkan makanan pedas dan berempah untuk sementara waktu.

    makanan pedas ketika hamil

    1. Alahan

    Pengambilan makanan berlada seperti cili boleh menyebabkan simptom alahan kepada sesetengah ibu yang mengandung. 

    Sekiranya anda pernah mengalami simptom alahan tersebut sebelum hamil, mengambilnya ketika mengandung bukanlah 1 pilihan yang bijak.

    Walaupun makanan pedas bukanlah 1 jenis makanan yang perlu dihindari sepanjang berbadan dua, namun terdapat sebab mengapa anda mungkin perlu mengelakkannya.

    Ini disebabkan kepekaan makanan (food sensitivity).

    Ketika trimester ke-3, sesetengah jenis makanan boleh meningkatkan tahap kepekaan seperti makanan pedas, minuman berkarbonat dan sesetengah makanan biasa yang menyukarkan proses pencernaan.

    1. Kerengsaan rahim

    Makanan pedas walaupun selamat untuk dimakan ketika mengandung, namun pengambilan rempah yang berlebihan atau sistem pencernaan yang sensitif boleh memberikan kesan kepada wanita hamil.

    Bagi sesetengah wanita, masakan pedas boleh menyebabkan kerengsaan pada rahim atau usus.

    Simptom utama berkaitan kerengsaan rahim adalah masalah kekejangan tidak terkawal pada otot rahim atau pada bahagian abdomen bawah.

    Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan kontraksi pada serviks.

    Jika kandungan anda berusia kurang daripada 37 minggu dan mengalami simptom ini, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

    Sekiranya ibu hamil menyedari mengalami keasidan, kembung atau kekejangan apabila makan makanan pedas, elakkan daripada terus mengambilnya.

    makanan pedas ketika hamil

    1. Pedih ulu hati

    Risiko untuk mengalami masalah pedih ulu hati atau masalah pencernaan lain adalah tinggi semasa mengandung. 

    Makanan yang pedas akan meningkatkan asid refluks dan boleh menjadi pencetus kepada masalah pedih ulu hati, terutamanya pada lewat tempoh kehamilan. 

    Seandainya anda masih ingin mengambil makanan pedas ketika hamil, pastikan anda menyediakan segelas susu bagi mengurangkan pedih ulu hati. Madu juga boleh mencegah risiko ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan