backup og meta

Ibu Lepas Bersalin, Ikut 8 Syarat Ini Kalau Nak Mandi (Klu: Ibu Czer Tak Boleh Mandi SEBULAN!)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/05/2022

    Ibu Lepas Bersalin, Ikut 8 Syarat Ini Kalau Nak Mandi (Klu: Ibu Czer Tak Boleh Mandi SEBULAN!)

    Selesai proses kelahiran anak, pastinya ibu-ibu mahukan keselesaan. Tetapi boleh ke mandi selepas bersalin?

    Ikuti penjelasan Hello Doktor mengenai penjagaan ibu selepas melahirkan anak. 

    Penjagaan ibu selepas melahirkan anak

    Sesudah selesai proses melahirkan anak, pastinya para ibu mahu berasa selesa. Apatah lagi ibu-ibu perlu berdepan dengan darah dan cecair yang keluar semasa dan selepas bersalin.

    Pastinya mandi boleh memberikan keselesaan yang ibu inginkan, tetapi adakah dibenarkan mandi selepas bersalin? 

    Atau terdapat tempoh tertentu yang perlu ditunggu sebelum boleh untuk ibu-ibu membersihkan diri dan mandi?

    Bolehkah mandi selepas bersalin?

    Proses kelahiran secara normal pastinya keadaan yang boleh mewujudkan tekanan dan ketegangan pada faraj, bahkan boleh mengakibatkan koyakan.

    Manakala kaedah melahirkan anak yang lain seperti pembedahan caesarean atau C-Sec akan menyebabkan luka atau jahitan yang memerlukan ia untuk sembuh dengan sebaiknya.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor akan menyarankan untuk ibu-ibu mandi setelah prosedur bersalin kerana ia melibatkan aspek penjagaan ibu selepas melahirkan. Kenapa pula?

    Ini disebabkan ia turut membantu mendorong badan untuk memulakan proses pemulihan dan penyembuhan dengan segera.

    Mandi secara biasa jarang mencetuskan bahaya. Tetapi mandi menggunakan tab mandi adalah sesuatu yang amat perlu dihindari kerana ia meningkatkan risiko jangkitan bakteria.

    Bila waktu sesuai mandi selepas bersalin?

    Bagi ibu yang melalui proses kelahiran normal atau melalui faraj, anda akan disarankan doktor untuk mandi apabila ada masa untuk anda mandi.

    Walau bagaimanapun, mandi menggunakan tab masih perlu dielakkan.

    Namun, keadaan ini berbeza sedikit jika area perineum perlu dijahit selepas anda selesai melahirkan anak.

    mandi selepas bersalin

    Situasi yang sama turut melibatkan wanita yang melalui proses kelahiran C-Sec.

    Keadaan ini berikutan jahitan serta luka pada badan masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor tidak mahu mendedahkan ia kepada risiko jangkitan.

    Disebabkan itu, anda mungkin perlu mengelakkan diri daripada mandi untuk tempoh selama 4 hingga 6 minggu.

    Manfaat mandi selepas bersalin

    Mandi secara umumnya dapat memberikan kesegaran kepada badan. 

    Tetapi manfaat mandi selepas bersalin dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak turut melibatkan faktor emosi dan fizikal.

    • Dapat mandi dengan sempurna memberikan ibu rasa bersih, mengembalikan kesegaran dan lebih bertenaga untuk menjaga anak
    • Mandi pancuran air suam pastinya dapat membantu merangsang peredaran darah di dalam badan
    • Kesakitan dan ketidakselesaan pada faraj sewaktu proses melahirkan anak secara normal dapat diredakan dengan mandi
    • Keletihan dan kesakitan kesan mengandung dapat dikurangkan dengan mandi
    • Bagi kes tertentu, doktor akan menyarankan ibu untuk mandi bagi membersihkan jahitan dengan betul dan menghindari elemen luar yang boleh mengakibatkan jangkitan
    • Bersihkan badan khususnya payudara adalah penting kerana bayi akan menyusu
    • Wanita yang mengalami pembengkakan payudara mendapati mandi air suam dapat mengurangkan kesakitan

    Mandi: Aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak

    Untuk pertama kalinya mandi setelah selesai proses kelahiran, pastinya anda perlu berhati-hati. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan fizikal dan juga jangkitan.

    Anda bukan sahaja perlu menjaga diri demi diri sendiri tetapi ia juga adalah untuk kesejahteraan bayi.

    Sebaiknya pastikan tempat mandi adalah bersih dan gunakan air dengan suhu yang sesuai, elakkan terlalu sejuk atau terlalu panas.

    Anda disyorkan untuk tidak menggunakan sebarang sabun atau bahan dengan pewangi kerana ia boleh memberikan tindak balas kepada kulit atau luka jahitan.

    Setelah selesai mandi, pastikan anda mengeringkan badan sebaiknya dan lebih berhati-hati terutamanya pada bahagian jahitan. Ini untuk mengelakkan sebarang kelembapan padanya. 

    Langkah penjagaan untuk mandi

    Sebelum mandi, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan bagi menghindari wujudnya sebarang masalah, seperti:

    • Jangan buat keputusan mandi sendiri. Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor terlebih dahulu
    • Jika anda sudah mengalami jangkitan pada luka atau sebarang penyakit lain, disarankan untuk menghindari daripada mandi
    • Ketika mandi, pastikan suhu air adalah bersesuaian. Suhu yang berlebihan boleh menyebabkan anda pening. Ini berikutan anda telah kehilangan banyak darah semasa prosedur bersalin
    • Pastikan anda boleh berdiri dan mandi dengan sebaiknya, jika tidak mungkin anda perlu elakkan daripada mandi
    • Penggunaan tandas duduk atau kerusi semasa mandi bagi wanita yang bersalin C-Sec mungkin pilihan terbaik
    • Mandi apabila selesai bersalin mungkin akan menyebabkan keluarnya keputihan. Ini adalah normal dan tidak perlu dirisaukan
    • Penting untuk pastikan anda telah mengeringkan kulit dengan sebaiknya bagi mengelakkan kelembapan pada jahitan bersalin

    mandi selepas bersalin

    Utamakan kesihatan

    Mandi selepas bersalin pastinya dapat memberikan keselesaan dan kesegaran. 

    Malahan pasti ada ibu yang membayangkan untuk mandi dan berendam di dalam tab mandian, bukan?

    Walaupun boleh memberikan ketenangan tetapi ia bukan pilihan yang baik terutamanya dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak. Jadi kena elakkan ya, ibu-ibu?

    Keutamaan anda kini adalah untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri dan bayi.

    Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor sebelum anda membuat keputusan mandi setelah selesai prosedur kelahiran.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan