Asap rokok boleh merengsa saluran pernafasan anda termasuk hidung, sinus dan paru-paru. Rengsaan ini akan mencetuskan keradangan. Bukan sahaja asap rokok yang dihisap, asap secondhand daripada orang lain juga perlu dielakkan. Tambahan pula, merokok dimaklumi berisiko menyebabkan banyak penyakit termasuk sakit jantung dan kanser paru-paru.
2. Elakkan jangkitan saluran pernafasan
Cuba elakkan diri daripada terkena jangkitan. Demam, batuk dan sakit tekak adalah antara tanda-tanda anda mendapat jangkitan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri. Tangan haruslah selalu dibasuh dan cuba hindarkan diri daripada mereka yang sedang menghidap selesema untuk mencegah terkena jangkitan.
Anda juga boleh dapatkan vaksin influenza sebagai langkah pencegahan.
3. Jauhi perkara yang boleh mencetus resdung
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen