Zat Besi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Zat Besi?

Zat besi adalah sejenis mineral. Kebanyakan mineral besi di dalam badan terdapat dalam hemoglobin sel darah merah dan di dalam sel otot myoglobin. Zat besi diperlukan untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida. Ia juga mempunyai peranan penting yang lain dalam badan.

Orang mengambil suplemen zat besi untuk mencegah dan merawat kekurangan zat besi  contohnya anemia iaitu keadaan seseorang apabila kekurangan zat besi.

Zat besi juga digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan dan merawat attention deficit-hyperactivity disorder(ADHD) serta ulser canker.

Sesetengah orang juga menggunakan zat besi untuk penyakit Crohn, kemurungan, keletihan, dan kesukaran untuk hamil.

Wanita kadang-kadang mengambil suplemen zat besi untuk menggantikan zat besi yang hilang disebabkan haid yang banyak.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana zat besi berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa zat besi membantu sel darah merah menghantar oksigen dari paru-paru ke sel-sel di seluruh badan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Zat Besi?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan zat besi atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil zat besi mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Zat Besi selamat digunakan?

Zat besi mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang sesuai. Terdapat banyak bentuk produk zat besi seperti ferrous sulfate,  ferrous gluconate, ferrous fumarate, dan lain-lain. Sesetengah produk, seperti yang mengandungi kompleks zat besi-polysaccharide (Niferex-150, dll), mendakwa menyebabkan kesan sampingan yang lebih sedikit daripada yang lain. Tetapi tidak ada bukti yang boleh dipercayai untuk menyokong tuntutan ini.

Sesetengah produk zat besi pelepasan terlanjut mungkin dapat mengurangkan loya bagi sesetengah orang; Walau bagaimanapun, produk ini juga kurang diserap dalam badan.

Suplemen zat besi cecair boleh meninggalkan kesan pada gigi.

Dos zat besi yang tinggi mungkin tidak selamat, terutamanya untuk kanak-kanak. Zat besi berlebihan adalah punca keracunan yang paling biasa berlaku pada kanak-kanak. Dos serendah 60 mg / kg boleh membawa maut. Keracunan zat besi boleh menyebabkan banyak masalah serius termasuk kanser perut dan kanser usus, kegagalan hati, tekanan darah rendah, dan kematian.

Terdapat beberapa kebimbangan bahawa pengambilan zat besi yang tinggi mungkin meningkatkan peluang untuk penyakit jantung. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa orang dengan pengambilan zat besi yang tinggi, terutama dari sumber makanan seperti daging merah, lebih cenderung mempunyai penyakit jantung. Hal ini mungkin benar terutamanya bagi pesakit diabetes jenis 2. Tetapi ini satu kontroversi. Kajian-kajian lain pula tidak menunjukkan bahawa zat besi meningkatkan peluang penyakit jantung. Adalah terlalu awal untuk memberitahu dengan pasti jika zat besi meningkatkan peluang penyakit jantung.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Zat besi mungkin selamat untuk wanita hamil dan menyusu yang mempunyai zat besi mencukupi yang disimpan di dalam badan mereka, apabila diambil dalam dos di bawah paras pengambilan atas yang boleh diterima (UL); 45 mg sehari. UL adalah tahap pengambilan tertinggi di mana tidak ada kesan sampingan yang berbahaya. Walau bagaimanapun, zat besi mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam dos yang tinggi. Sekiranya anda tidak mempunyai kekurangan zat besi, jangan ambil lebih daripada 45 mg zat besi setiap hari. Dos yang lebih tinggi sering menyebabkan kesan sampingan pada perut dan usus seperti mual dan muntah. Tahap hemoglobin yang tinggi pada masa kelahiran dikaitkan dengan hasil kehamilan yang tidak baik. Hemoglobin adalah molekul dalam sel darah merah yang mengandungi zat besi.

Diabetes: Terdapat kebimbangan bahawa diet yang tinggi dengan zat besi mungkin meningkatkan risiko penyakit jantung pada wanita dengan diabetes jenis 2, walaupun ini belum terbukti. Jika anda menghidap diabetes, bincangkan pengambilan zat besi anda dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.

Ulser perut atau usus: Zat besi mungkin menyebabkan kerengsaan dan menjadikan keadaan ini lebih teruk. Oleh itu, gunakan zat besi dengan berhati-hati.

Keradangan usus, seperti ulcerative colitis atau penyakit Crohn: Zat besi mungkin menyebabkan kerengsaan dan membuat keadaan ini menjadi lebih buruk. Oleh itu, gunakan zat besi dengan berhati-hati.

Penyakit hemoglobin, seperti thalassemia: Mengambil zat besi mungkin akan menyaratkan kandungan zat besi pada orang dengan penyakit ini. Jika anda mempunyai penyakit hemoglobin, jangan mengambil zat besi kecuali jika diarahkan untuk melakukannya oleh penyedia penjagaan kesihatan anda.

Bayi pramatang: Memberi zat besi kepada bayi pramatang dengan kadar vitamin E yang rendah dalam darah boleh menyebabkan masalah yang serius. Kekurangan vitamin E perlu ditanganilkan sebelum memberi zat besi. Sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum memberikan zat besi kepada bayi yang belum matang.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Zat Besi?

Zat besi boleh menyebabkan kesan sampingan termasuk sakit perut, sembelit atau cirit-birit, loya, dan muntah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Zat Besi?

Zat Besi mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan zat besi termasuk:

  • Antibiotik

Zat besi mungkin mengurangkan kandungan antibiotik yang diserap oleh badan. Pengambilan zat besi bersama dengan antibiotik mungkin mengurangkan keberkesanan beberapa antibiotik. Untuk mengelakkan  tindak balas ini, ambil zat besi dua jam sebelum atau dua jam selepas mengambil antibiotik.

Antara antibiotik yang mungkin bertindak balas dengan quercetin termasuklah Ciprofloxacin (Cipro), enoxacin (Penetrex), norfloxacin (Chibroxin, Noroxin), sparfloxacin (Zagam), trovafloxacin (Trovan), dan grepafloxacin (Raxar).

  • Antibiotik

Zat besi boleh mengikat pada antibiotik tetracycline dalam perut dan mengurangkan kandungan antibiotik tetracycline yang dapat diserap oleh badan. Pengambilan zat besi bersama dengan antibiotik tetracycline mungkin mengurangkan keberkesanan antibiotik tetracycline. Untuk mengelakkan tindak balas ini, ambil zat besi dua jam sebelum atau empat jam selepas mengambil tetracycline.

Beberapa antibiotik tetracycline termasuk demeclocycline (Declomycin), minocycline (Minocin), dan tetracycline (Achromycin).

  • Bisphosphonates

Zat besi boleh mengurangkan kandungan bisphosphate yang diserap oleh badan. Pengambilan zat besi bersama-sama dengan bisphosphates dapat mengurangkan keberkesanan bisphosphates. Untuk mengelakkan tindak balas ini ambil bisphosphonate sekurang-kurangnya dua jam sebelum zat besi atau pada kemudian hari itu.

Beberapa bisphosphonate termasuk alendronate (Fosamax), etidronate (Didronel), risedronate (Actonel), tiludronate (Skelid), dan lain-lain.

  • Levodopa

Zat besi mungkin mengurangkan kandungan levodopa yang diserap oleh badan. Mengambil zat besi bersama dengan levodopa mungkin mengurangkan keberkesanan levodopa. Oleh itu, jangan mengambil zat besi dan levodopa pada masa yang sama.

  • Levothyroxine

Levothyroxine digunakan untuk fungsi tiroid yang rendah. Zat besi boleh mengurangkan kandungan levothyroxine yang diserap oleh badan. Pengambilan zat besi bersama dengan levothyroxin mungkin mengurangkan keberkesanan levothyroxine.

Sesetengah jenama yang mengandungi levothyroxine termasuk Armor Thyroid, Eltroxin, Estre, Euthyrox, Levo-T, Levothroid, Levoxyl, Synthroid, Unithroid, dan lain-lain.

  • Methyldopa

Zat besi boleh mengurangkan kandungan Methyldopa (Aldomet) yang diserap oleh badan. Pengambilan zat besi bersama methyldopa (Aldomet) mungkin mengurangkan keberkesanan methyldopa (Aldomet). Untuk mengelakkan interaksi ini ambil zat besi sekurang-kurangnya dua jam sebelum atau selepas mengambil methyldopa (Aldomet).

  • Mycophenolate Mofetil

Zat besi mungkin mengurangkan kandungan mikofenolat mofetil (CellCept) yang diserap oleh badan. Pengambilan zat besi bersama mikofenolat mofetil (CellCept) mungkin mengurangkan keberkesanan mycophenolate mofetil (CellCept). Untuk mengelakkan interaksi ini ambil zat besi sekurang-kurangnya dua jam selepas mycophenolate mofetil (CellCept).

  • Penicillamine

Penicillamine digunakan untuk penyakit Wilson dan rheumatoid arthritis. Zat besi mungkin mengurangkan kandungan penicillamine yang diserap oleh badan anda dan seterusnya mengurangkan keberkesanan penicillamine. Untuk mengelakkan interaksi ini ambil zat besi dua jam sebelum atau dua jam selepas mengambil penicillamine.

  • Chloramphenicol

Zat besi adalah penting untuk menghasilkan sel-sel darah baru. Chloramphenicol mungkin mengurangkan sel darah baru. Mengambil chloramphenicol untuk masa yang lama mungkin mengurangkan kesan zat besi pada sel darah baru. Tetapi kebanyakan orang hanya mengambil chloramphenicol untuk masa yang singkat jadi interaksi ini bukanlah satu masalah besar.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Zat Besi yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

MELALUI MULUT:

Kekurangan zat besi pada orang dewasa: 50-100 mg zat besi tiga kali sehari. Dos antara 30-120 mg secara mingguan telah digunakan dalam kalangan wanita dewasa. Untuk merawat kanak-kanak dengan anemia kekurangan zat besi: Dos adalah 4-6 mg / kg sehari dibahagikan kepada tiga dos. Bagi kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak, rawatan 2-3 bulan boleh membalikkan anemia tetapi mungkin tidak mengisi semula bekalan zat besi yang disimpan. Oleh itu, rawatan biasanya berterusan selama enam (6) bulan lagi untuk mengisi semula rizab zat besi badan.

Untuk mencegah kekurangan zat besi pada kanak-kanak, American Academy of Pediatrics mengesyorkan suplemen zat besi untuk sesetengah kumpulan kanak-kanak. Untuk bayi yang menyusu badan, zat besi 1 mg / kg / hari dicadangkan dari umur 4-6 bulan. Bayi dari 6-12 bulan harus mendapat 11 mg / hari dari makanan atau makanan tambahan. Bagi bayi pramatang, 2 mg / kg / hari untuk tahun pertama adalah disyorkan. Ini perlu diteruskan sehingga bayi ditukar kepada formula atau mendapat cukup zat dari sumber makanan. Anak-anak yang diberi makan susu formula mendapat cukup zat dari formula bayi. Kanak-kanak berusia 1-3 tahun biasanya mendapat cukup zat dari makanan untuk memenuhi jumlah harian yang disyorkan sebanyak 7 mg / hari; Walau bagaimanapun, suplemen boleh ditambah jika perlu.

Untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran dan pemikiran dalam kalangan remaja yang kurang zat besi: 650 mg ferrous sulfate dua kali sehari.

Untuk batuk yang disebabkan oleh ACE inhibitor: 256 mg ferrous sulfate setiap hari.

Pengambilan yang mencukupi (AI) zat besi bagi bayi 6 bulan dan kurang adalah 0.27 mg / hari. Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih tua, pengambilan harian yang disyorkan (RDA) untuk zat besi adalah: Bayi 7 hingga 12 bulan, 11 mg / hari; kanak-kanak 1 hingga 3 tahun, 7 mg / hari; 4 hingga 8 tahun, 10 mg / hari; 9 hingga 13 tahun, 8 mg / hari; kanak lelaki 14 hingga 18 tahun, 11 mg / hari; kanak perempuan 14 hingga 18 tahun, 15 mg / hari. Bagi orang dewasa, RDA untuk zat besi adalah 8 mg / hari untuk lelaki berumur 19 tahun dan lebih tua, dan wanita berumur 51 tahun ke atas. Bagi wanita 19 hingga 50 tahun, RDA adalah 18 mg / hari. Bagi wanita hamil, RDA adalah 27 mg / hari. Bagi wanita yang menyusukan bayi, RDA adalah 10 mg / hari untuk umur 14 hingga 18 tahun, dan 9 mg / hari untuk umur 19 hingga 50 tahun.

Tahap Pengambilan Atas Toleransi (UL),iaitu pengambilan tertinggi di mana tidak ada kesan sampingan yang tidak diingini, untuk zat besi adalah: bayi dan kanak-kanak kelahiran hingga umur 13, 40 mg / hari; orang berumur 14 tahun ke atas (termasuk kehamilan dan penyusuan), 45 mg / hari. Cadangan UL tidak terpakai kepada orang di bawah pengawasan penyedia perubatan untuk kekurangan zat besi.

Terdapat banyak bentuk suplemen zat besi yang mengandungi jumlah zat besi yang berbeza: 1 gram ferrous gluconate  = 120 gram besi unsur (12% zat besi); 1 gram ferrous sulfat = 200 mg unsur besi (20% besi); 1 gram ferous fumarate = 330 mg unsur besi (33% besi). Keberkesanan dan kesan sampingan adalah serupa untuk bentuk-bentuk yang berbeza ini apabila digunakan dalam kadar zat besi yang sama.

Dos untuk zat besi mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahan pula, suplemen tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Zat Besi?

Iron boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Tablet zat besi 28mg.
  • Cecair zat besi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 27, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut