Pertama sekali, pastikan anak anda mendapat suntikan vaksin dan vaksinasi sentiasa dikemas kini. Kebiasaannya, kanak-kanak positif HIV boleh menerima vaksin yang sama dengan yang diterima oleh kanak-kanak lain. Jika sistem imun anak anda lemah, anda perlu berunding dengan doktor anak anda. Sistem imun mereka akan berubah, jadi anda perlu sentiasa mengingatkan anak anda untuk menjaga kebersihan diri, membasuh tangan dengan teliti untuk melindungi diri mereka daripada jatuh sakit.
Bantu mereka mengambil ubatan
Adalah penting untuk anak anda mengambil ubatan anti HIV secara konsisten. Sebarang ubatan terapi yang diambil oleh anak anda, anda harus pastikan mereka mengambilnya mengikut waktu yang ditetapkan. Berikan perhatian jika ubatan itu perlu diambil bersama makanan.
Selain membantu mereka mengambil ubatan, anda harus sentiasa ingat bahawa anda sedang melatih anak anda untuk mengambil ubatan ini sendiri bagi seumur hidup. Anda boleh mencapai perkara ini dengan memberikan ganjaran kepada anak anda coklat atau minuman manis. Memberikan anak anda ubatan anti HIV secara teratur bermakna anda membantu menjaga kesihatan anak anda.
Peranan anda sebagai ibu bapa adalah sangat besar dan penting untuk mendidik anak-anak anda tentang HIV dan juga membantu mereka agar tidak dijangkiti. Sekiranya anak anda didiagnosis dengan HIV, anda perlu mengetahui cara terbaik untuk menyokong mereka, dan jadikan mereka faham bahawa anda sentiasa menyayangi mereka melebihi segalanya.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen