Telinga Gatal? Mungkin ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/04/2019

Telinga gatal? Tidak boleh berhenti menggaru telinga?

Telinga gatal boleh berlaku pada semua orang tanpa mengira umur. Banyak perkara boleh meyebabkan telinga anda gatal. Apa pun sebabnya, elakkan daripada memasukkan sesuatu ke dalam telinga. Anda boleh mencederakan bahagian dalam telinga termasuk tulang kecil di dalamnya yang penting untuk pendengaran anda.

Antara sebab biasa telinga gatal ialah:

1. Tahi telinga terkumpul

Tahi telinga (earwax) ialah cara badan membersihkan sel kulit mati dan mengeluarkannya dari telinga. Namun, jika ia terlalu banyak, telinga boleh menjadi gatal.

Anda mungkin rasa geram untuk mengorek telinga menggunakan pengorek telinga kapas tetapi ia tidak terlalu membantu anda membuang tahi telinga tersebut. Sebaliknya, pengorek telinga kapas akan menolaknya ke dalam sehingga tersumbat.

Secara normal, tahi telinga tersebut akan keluar dengan sendiri. Jika ingin membuangnya, gunakan penitis telinga dari farmasi dan berjumpa doktor. Jangan pula membuangnya terlalu banyak kerana tahi telinga yang terlalu sedikit juga boleh membuat rasa gatal.

2. Jangkitan telinga

Telinga gatal kadangkala boleh disebabkan oleh jangkitan. Bakteria dan virus mungkin menjadi punca dan kebiasaannya anda akan mengalami demam, selesema, atau alergi.

Jangkitan tersebut perlu dirawat untuk menghilangkan rasa gatal. Kadangkala, jangkitan akan hilang sendiri tetapi doktor mungkin akan mempreskrip penitis telinga yang diambil selama seminggu. Sesetengah jangkitan memerlukan antibiotik.

3. Alahan

Tindak balas alergi boleh membuatkan telinga anda gatal. Produk seperti pemyembur rambut atau syampu mungkin menjadi pencetusnya. Begitu juga benda seperti subang, fon telinga, atau alat bantu mendengar yang boleh menyebabkan alahan kulit dermatitis.

Kenal pasti pencetus alahan tersebut dan elakkan daripada menggunakannya. Sementera itu, krim steroid boleh membantu mengawal simptom.

4. Ekzema atau psoriasis

Keadaan kulit ini mendedahkan seseorang kepada telinga gatal. Penitis telinga kebiasaannya boleh membantu tetapi steroid mungkin diperlukan dalam kes yang lebih teruk.

5. Alahan makanan

Salah satu daripada simptom alahan makanan di samping ruam dan gatal kulit ialah gatal telinga. Sesetengah sayur, buah, atau makanan laut boleh menyebabkan telinga gatal. Dalam kebanyakan kes, tiada rawatan diperlukan tetapi anda mungkin mahu berjumpa doktor untuk melihat tahap alahan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tindak Balas Alahan

    Tindak balas alahan berlaku apabila sistem imun semula jadi anda bertindak menghalang bahan-bahan berbahaya. Bahan-bahan ini dipanggil "alergen".

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Alahan Rinitis

    Alahan rinitis merupakan satu keadaan di mana sistem imun bertindak balas terhadap zarah dalam udara terutamanya debu. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    AWAS! Anda Perlu Berhenti Korek Tahi Telinga Anda Mulai Sekarang

    “Ahh, sedapnya korek telinga ni…”, bisik Wazir sambil menguis-nguis telinganya dengan menggunakan putik kapas. Adakah selamat untuk korek tahi telinga?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Makanan Laut: Bagaimanakah Ia Menyebabkan Alahan?

    Ada individu yang tidak menyukainya atau mengalami alahan terhadap makanan laut. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    12-simptom-alahan-telur-pada-si-manja

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020

    Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/04/2020
    alahan kulit

    JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/02/2020