backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Cara Hilangkan Sakit Lutut. Ketahui Bagaimana Anda Boleh Cegahnya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/11/2023

    5 Cara Hilangkan Sakit Lutut. Ketahui Bagaimana Anda Boleh Cegahnya!

    Sakit lutut adalah gangguan yang biasa berlaku bukan sahaja kepada warga emas, tetapi juga mereka yang masih muda. Anda tahu sebarang tip atau cara hilangkan sakit lutut? Lihat kaedah yang akan kami kongsikan di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Otot dan Tulang, sila dapatkannya di sini.

    Punca sakit lutut

    Sakit lutut merupakan masalah kesihatan umum yang boleh dialami oleh individu daripada pelbagai peringkat umur. 

    Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti kecederaan, penyakit sendi, atau kehausan sendi yang berkaitan dengan usia.

    Sakit lutut tidak hanya mengganggu aktiviti harian, tetapi juga boleh menjejaskan kualiti hidup kita. 

    Oleh sebab itu, amat penting untuk memahami cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat bagi menjaga kesihatan dan keselesaan sendi lutut anda.

    Cara hilangkan sakit lutut

    Sakit lutut yang ringan hingga sederhana boleh sahaja dirawat di rumah 1 2

    Namun, jika ia berlaku pada tahap yang teruk sehingga anda tidak mampu untuk berdiri dengan baik, bantuan perubatan mungkin diperlukan.

    Sesetengah sakit lutut memerlukan ubat-ubatan tertentu atau bahkan pembedahan.

    Walau bagaimanapun, jika sakit lutut tersebut hanya bersifat ringan, ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan tersebut. 

    Berikut adalah antara cara hilangkan sakit lutut yang anda boleh cuba di rumah:

    1. Ubat sakit lutut paling mujarab: Guna teknik ‘RICE’

    teknik RICE

    Salah satu cara hilangkan sakit lutut adalah dengan menggunakan teknik RICE 3

    RICE adalah singkatan bagi kaedah berikut:

  • Rest. Rehatkan lutut anda dan hentikan pergerakan serta aktiviti buat sementara waktu
  • Ice. Letakkan ais pada lutut anda untuk mengurangkan keradangan dan bengkak
  • Compression. Balut lutut dengan menggunakan kain pembalut. Langkah ini dapat mengurangkan bengkak dan rasa sakit
  • Elevation. Angkat kaki ke atas untuk mengurangkan aliran darah. Ia akan menyebabkan bengkak surut dengan lebih cepat
  • 2. Bersenam dan kurangkan berat badan

    Untuk pesakit artritis, membiarkan lutut anda tidak bergerak dalam jangka masa lama bukanlah idea yang baik. Ia boleh membuatkan sendi menjadi lebih kaku dan sukar untuk digerakkan 4

    Senaman secara berkala mungkin membantu anda dalam masalah ini 5

    Selain itu, berat badan berlebihan juga memberikan kesan terhadap lutut. 

    Lebih tinggi berat badan, maka lebih banyak tekanan yang diberikan ke atas lutut. 

    Oleh itu, cuba kurangkan berat badan anda bagi melegakan sakit lutut untuk jangka masa panjang.

    3. Cara hilangkan sakit lutut: Guna pad panas dan sejuk

    pad panas untuk sakit lutut

    Penggunaan pad panas membantu mengurangkan kekejangan pada sendi 6

    Pad sejuk pula boleh mengurangkan rasa sakit dan bengkak 6

    Cuba gunakan kedua-duanya berselang-seli. Lebihkan penggunaan pad sejuk pada 24 jam pertama selepas mengalami kecederaan pada lutut.

    4. Cara hilangkan sakit lutut: Salap herba

    Dalam satu kajian yang diterbitkan menerusi Pakistan Journal of Biological Science, pengkaji membuat kajian tentang salap yang dihasilkan daripada kayu manis, gam Arab, halia dan minyak bijan

    Kajian ini mendapati, salap tersebut mempunyai keberkesanan yang sama seperti krim artritis dengan salisilat yang dijual di farmasi 7

    Oleh itu, salap herba juga boleh digunakan dalam mengurangkan sakit lutut anda.

    Cara ini mungkin digemari oleh warga emas yang biasanya suka menggunakan krim yang bersifat panas sebagai cara hilangkan sakit lutut orang tua.

    5. Ekstrak halia

    Halia sememangnya terkenal dengan khasiatnya dalam merawat pelbagai penyakit. 

    Ia merupakan herba tradisional yang telah digunakan sejak sekian lama.

    Antara khasiatnya termasuklah mengurangkan masalah perut, mual serta mengurangkan sakit dalam banyak keadaan. 

    Kajian melibatkan pesakit artritis menemui bahawa, halia membantu mengurangkan sakit jika digabungkan bersama pengambilan ubat-ubatan 8

    Minum susu yang diperkaya bantu kuatkan tulang

    Tahukah anda? Pengambilan diet seimbang yang mengandungi susu yang diperkaya dapat menyokong kesihatan keseluruhan tubuh, termasuklah sendi seperti lutut. 

    Susu adalah antara minuman yang penting dalam menyokong sendi lutut anda 9. Anda boleh mengambil susu yang diperkaya kerana ia mengandungi nutrisi-nutrisi penting bagi membantu anda dalam perkara ini.

    kalsium

    Anlene Total 10 merupakan pilihan makanan dalam diet seimbang untuk individu berusia 19 tahun ke atas yang ingin menjaga kesihatan sendi, tulang, dan otot mereka. 

    Produk ini dirumus secara saintifik yang mengandungi 28 jenis ramuan bermanfaat. 

    Antaranya ialah: 

    • 100% kalsium dan vitamin D untuk menyokong kekuatan tulang 10
    • Protein tinggi untuk menyokong tisu badan termasuk otot (protein daripada whey, kasein & soya) 
    • MFGM Active™ untuk menyokong fleksibiliti 
    • Kolagen dan vitamin C untuk menyokong  sendi 11 12
    • Vitamin B2, B6, dan B12 untuk membantu membebaskan tenaga dari makanan 13
    • Prebiotik Inulin untuk menyokong persekitaran usus yang baik 
    • Vitamin A, Antioksidan & Zat Besi + Zink

    Susu Anlene Total 10 juga rendah laktosa dan tiada penambahan sukrosa, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan keseluruhan tubuh. 

    Bagi mereka yang berusia 45 tahun ke atas, adalah penting untuk mengetahui bahawa penurunan fungsi tubuh akan berlaku seiring dengan peningkatan usia anda. 

    Anlene Total 10 yang dirumus secara saintifik, menawarkan nutrisi penting untuk diambil dalam diet seimbang bersama gaya hidup aktif dan senaman kerap.

    Kami menggalakkan anda yang ingin menjaga kesihatan keseluruhan termasuk menyokong sendi untuk mengambil susu ini. 

    Anlene, jenama susu dewasa nombor satu yang disyorkan oleh profesional kesihatan14

    Jagalah kesihatan tulang, sendi dan otot anda, bagi memastikan pergerakan yang lebih baik untuk kualiti hidup yang lebih tinggi. 

    Bagi mereka yang tinggal bersama ibu bapa atau datuk dan nenek, anda boleh memberikan mereka susu seperti ini kerana ia minuman yang dilengkapi dengan nutrisi yang diperlukan untuk menyokong aktiviti harian mereka. Buatlah perubahan dalam 4 minggu*!

    BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

    Kesimpulan 

    Kini anda telah mengetahui lima kaedah atau cara hilangkan sakit lutut yang boleh anda lakukan! 

    Cuba amalkan petua-petua di atas sekiranya anda mengalami sakit lutut dan alami kesan positifnya. Jangan lupa, pengambilan diet seimbang yang kaya dengan nutrien juga penting!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan