backup og meta

Penyakit Buah Pinggang, Keperluan Ambil Vitamin & Mineral Yang Penting!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/08/2022

    Penyakit Buah Pinggang, Keperluan Ambil Vitamin & Mineral Yang Penting!

    Menurut Institut Perubatan, tubuh badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya lebih dari sedozen vitamin dan mineral bagi membolehkannya berfungsi dengan baik terutama jika mereka adalah pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD)! Kenapa?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Urologi, sila dapatkannya di sini.

    Adakah ia begitu penting untuk buah pinggang?

    Pesakit CKD mempunyai keperluan yang lebih besar untuk beberapa vitamin dan mineral.

    Antara contoh vitamin yang diperlukan adalah B1, B2, B6, B12, asid folik, niacin, asid pantotenik, biotin dan vitamin C, manakala mineral adalah zink, zat besi dan kuprum.

    Vitamin dan mineral ini akan membantu tubuh badan anda menggunakan makanan yang anda makan.

    Ia diperlukan untuk membuat tenaga untuk sel-sel dan menggalakkan pertumbuhan dan memperbaiki tisu-tisu badan.

    penyakit buah pinggang

    Dan, pesakit penyakit buah pinggang kronik mengubah keperluan tubuh badan anda untuk vitamin dan mineral tertentu disebabkan oleh:

    • Produk sisa yang terhasil dalam tubuh setiap hari boleh mengubah cara tubuh menggunakan vitamin dan mineral.
    • Sesetengah ubat yang anda ambil boleh mengubah cara tubuh menggunakan vitamin dan mineral tertentu.
    • Beberapa vitamin hilang semasa rawatan dialisis.
    • Akibat diet CKD, anda boleh merosakkan beberapa vitamin dan mineral tertentu daripada beberapa kumpulan makanan.
    • Pada hari yang anda berasa tidak cukup baik untuk makan makanan biasa, anda mungkin tidak mendapat cukup vitamin dan mineral setiap hari.
    • Penyakit buah pinggang mengubah keupayaan tubuh anda untuk membuat beberapa vitamin, contohnya ialah Vitamin D.

    Peranan vitamineral jika ada penyakit buah pinggang

    Larut lemak

    • Vitamin A: Menggalakkan pertumbuhan sel dan tisu, serta membantu melindungi daripada jangkitan.
    • Vitamin D: Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus, menyimpan mineral ini dalam tulang dan gigi, dan mengawal hormon paratiroid (PTH).
    • Vitamin E: Membantu melindungi sel daripada pengoksidaan dan radikal bebas untuk melindungi daripada penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
    • Vitamin K: Membantu darah membekukan protein, penting untuk pembentukan tulang yang sihat.

    penyakit buah pinggang

    Larut air

  • Vitamin B1 (thiamin): Membantu sel menghasilkan tenaga daripada karbohidrat dan membantu sistem saraf berfungsi dengan baik.
  • Vitamin B2 (riboflavin): Membantu sel menghasilkan tenaga, menyokong penglihatan normal dan kulit yang sihat.
  • Vitamin B6: Membantu menghasilkan protein, yang mana kemudiannya digunakan untuk menghasilkan sel, dan juga membantu menghasilkan sel darah merah.
  • Vitamin B12: Membantu membuat sel baru, mengekalkan sel saraf dan berfungsi dengan folat untuk membuat sel darah merah.
  • Niacin: Membantu tubuh menggunakan gula dan asid lemak, membantu sel menghasilkan tenaga dan membantu fungsi enzim dalam tubuh.
  • Biotin: Membantu sel menghasilkan tenaga dan memetabolisme protein, lemak dan karbohidrat.
  • Folat: Membantu membuat DNA untuk sel baru dan berfungsi dengan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah.
  • Vitamin CMembantu tubuh menyerap zat besi, membuat kolagen, membentuk dan memperbaiki sel darah merah, tulang dan tisu lain, mengekalkan gusi yang sihat dan menyembuhkan luka, serta mengekalkan sistem imun yang sihat.
  • Asid pantotenik: Membantu tubuh menghasilkan tenaga dan memetabolisme protein, lemak dan karbohidrat.
  • Adakah pengambilan vitamineral lebih penting daripada suplemen?

    penyakit buah pinggang

    Hampir semua vitamin dan mineral boleh didapati daripada makanan kerana tubuh badan tidak menghasilkan bahan-bahan ini.

    Bagi mereka dengan buah pinggang yang sihat dan makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan akan mendapat banyak vitamin dan mineral.

    Namun, bagi pesakit buah pinggang, mereka perlu mengehadkan beberapa kumpulan makanan.

    Ini menyebabkan mereka mungkin tidak mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan setiap hari.

    Oleh itu, mungkin penting bagi mereka mendapatkan suplemen vitamin dan mineral tertentu.

    Bagaimanapun, pesakit penyakit buah pinggang perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan