Jalani ujian darah awal periksa kolesterol

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019

Tiada cara lain untuk mengesan tanda awal paras kolesterol tinggi melainkan dengan hanya menjalani ujian darah.

Pakar Runding Kardiologi Institut Jantung Negara, Datuk Dr Ahmad Khairuddin Mohamed Yusof berkata, masalah kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang simptom awal seperti sesetengah penyakit lain.

“Jika paras kolesterol tinggi, kita takkan rasa apa-apa. Selepas 10 hingga 20 tahun barulah muncul masalah seperti serangan jantung.

“Anda tidak akan tahu paras kolesterol dalam darah jika tidak melakukan ujian darah,” katanya.

Menurut Dr Ahmad Khairuddin, secara umumnya, kesedaran tentang bahaya kolesterol dalam kalangan rakyat Malaysia memang ada, namun mereka tidak akan tahu paras kolesterol mereka tanpa menjalani ujian darah.

Beliau berkata, kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah juga bukan bergantung pada usia, saiz badan ataupun gaya hidup seseorang.

Malah, katanya, tidak mustahil untuk golongan muda, kurus ataupun yang sering melakukan aktiviti fizikal untuk mendapat paras kolesterol yang tinggi.

Tanda lain bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi adalah timbul bintik-bintik putih (mendapan lemak) pada kawasan mata dan beberapa bahagian sendi.

Mengikut kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, kira-kira 47.7 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi (hiperkolesterolemia). Pengumpulan kolesterol di dalam arteri darah menyebabkan aterosklerosis yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Selain itu, kajian NHMS tahun 2015 juga mencatatkan bahawa penyakit tidak berjangkit (NCD) menyumbang kira-kira 73 peratus kematian di negara ini, dengan sebahagian besarnya adalah penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular, termasuk jantung dan strok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Keluarga Sihat & Bahagia? Jaga 5 Aspek Persekitaran Penting Ini: Hari Alam Sekitar Sedunia -5 Jun

    Bagaimana tahap kesihatan persekitaran memberi impak kepada kualiti hidup? Apa kaitannya persekitaran dengan kesihatan manusia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anak Dah Masuk Usia 6 Minggu? Apa Yang Sudah Boleh Si Comel Buat?

    Pastinya aspek penjagaan anak adalah perkara paling penting yang perlu diberikan perhatian. Jom semak perkembangan bayi 6 minggu, setiap ibu bapa kena tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

    Sindrom carpal tunnel semasa hamil adalah normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita mengandung. Buat 7 perkara ini untuk kurangkan simptomnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Orang Kencing Manis Banyak Pantang-Larang, Tapi Makanan Apa Yang Boleh Diambil? Ini Dia!

    Anda seorang pesakit diabetes dan tidak tahu apakah jenis makanan yang boleh dimakan? Ini contoh menu makanan untuk diabetes yang boleh anda amalkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    wanita-klimaks-tinggi-peluang-hamil

    Wanita Yang Alami Klimaks Lebih Tinggi Peluang Untuk Mengandung, Benar Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020
    vitamin-ibu-mengandung

    Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020
    masalah air mani cepat keluar

    ”Belum Puas Lagi Tapi Suami Dah Terpancut” – Minta Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020
    susah-tidur-malam-kesan-wajib-anda-tahu

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020