Aspirin dan Ibuprofen, Bolehkah Diambil Bersama?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019
Share now

Seperti yang diketahui umum, aspirin dan ibuprofen digunakan untuk merawat kesakitan kecil. Walau bagaimanapun, tidak semua ubat melegakan kesakitan adalah sama.

Bilakah perlu menggunakan aspirin?

Anda boleh menggunakan aspirin untuk merawat kesakitan kecil. Doktor anda juga boleh menetapkan aspirin untuk membantu mencegah serangan jantung atau strok. Serangan jantung dan strok boleh disebabkan oleh pembekuan darah pada saluran darah anda. Menurut Persatuan Jantung Amerika, aspirin harian yang berdos rendah boleh membantu mencegah serangan jantung.

Aspirin mencairkan darah anda dan membantu mengelakkan pembentukan bekuan darah. Oleh itu, jika anda mempunyai serangan jantung atau angin ahmar, doktor anda mungkin memberitahu anda untuk mengambil aspirin. Kadang-kadang, doktor anda akan mula menetapkan aspirin jika anda mempunyai beberapa faktor risiko untuk serangan strok atau jantung.

Bilakah perlu menggunakan ibuprofen?

Kesan ibuprofen pada sel darah atau platelet adalah kurang penting, menjadikannya pilihan untuk kelegaan kesakitan yang peribadi. Ia boleh merawat kesakitan kecil seperti sakit kepala, sakit gigi, sakit belakang, kekejangan haid, sakit otot dan kesakitan akibat artritis.

Ia juga boleh membantu meredakan demam. Anda harus cuba mengambil jumlah yang paling rendah. Jangan sekali-kali mengambil lebih daripada enam tablet ibuprofen dalam satu hari.

Bolehkan aspirin dan ibuprofen diambil bersama?

Jangan campurkan pengambilan aspirin dan ibuprofen. Jika seseorang sudah mengambil aspirin, pengambilan ibuprofen boleh meningkatkan peluang untuk kesan sampingan.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), ibuprofen boleh mengganggu kesan anti-pembekuan aspirin berdos rendah (81 mg sehari), yang berpotensi membuat aspirin kurang berkesan apabila digunakan untuk melindungi jantung dan membantu mengelakkan angin ahmar.

FDA mengesyorkan bahawa anda perlu mempertimbangkan perkara berikut:

  • Sekiranya anda menggunakan ibuprofen sesekali, hanya terdapat sedikit risiko ibuprofen akan mengganggu kesan aspirin berdos rendah.
  • Jika anda hanya memerlukan satu dos ibuprofen, ambil 8 jam sebelum atau 30 minit selepas mengambil aspirin berdos rendah.
  • Sekiranya anda perlu mengambil ibuprofen lebih kerap, berbincang dengan doktor tentang alternatif ubat. Doktor anda boleh mencadangkan ubat penahan sakit yang tidak mengganggu kesan aspirin berdos rendah.

Untuk kekal selamat dan mengelakkan tindak balas ubat yang tidak diingini, anda harus berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang ubat bukan preskripsi (OTC) jika anda menggunakan aspirin dalam sebarang bentuk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Know the Difference Between Your Pain Relievers https://www.utmedicalcenter.org/healthy-tips/106/know-the-difference-between-your-pain-relievers/ Accessed on Feb 19, 2019.

    Is it safe to mix aspirin and ibuprofen? https://www.medicalnewstoday.com/articles/322793.php Accessed on Feb 19, 2019.

    The Real Difference Between Aspirin and Ibuprofen—and When to Take Them https://www.msn.com/en-us/health/pain-management/the-real-difference-between-aspirin-and-ibuprofen%E2%80%94and-when-to-take-them/ar-BBPHPfk#page=2 Accessed on Feb 19, 2019.

    Is It Safe to Take Aspirin and Ibuprofen Together? https://www.healthline.com/health/pain-relief/aspirin-ibuprofen Accessed on Feb 19, 2019.

    Can I Take Aspirin and Ibuprofen Together? https://www.verywellhealth.com/can-i-take-aspirin-and-ibuprofen-together-1124016 Accessed on Feb 19, 2019.

    Artikel lain untuk anda

    Norco

    Norco

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim
    Diterbitkan pada 31/05/2018
    Ultram

    Ultram

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Akalili Sukor
    Diterbitkan pada 23/05/2018
    Uphamol

    Uphamol

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Akalili Sukor
    Diterbitkan pada 23/05/2018
    Hawaiian Baby Woodrose

    Hawaiian Baby Woodrose

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Diterbitkan pada 22/05/2018