Adakah Kolesterol Tinggi Menyebabkan Pembekuan Darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan

Kolesterol adalah sejenis lipid. Ia adalah sejenis bahan lilin (waxy), lemak seperti yang dihasilkan oleh hati secara semula jadi. Ia penting untuk membentukan membran sel, hormon tertentu dan vitamin D.

Kolesterol tidak latur di dalam air. Jadi ia tidak dapat beredar melalui darah anda. Bagi membantu mengangkut kolesterol, hati perlu menghasilkan lipoprotein iaitu partikel yang dihasilkan daripada lemak dan protein.

Ia membawa kolesterol dan trigliserida (jenis lipid lain) melalui aliran darah anda. Dua bentuk utama lipoprotein adalah lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL).

Kolesterol tinggi dan keadaan kesihatan

Jika anda sering melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan, sudah pasti anda tahu bahawa pemeriksaan kolesterol ini penting dalam menilai tahap kesihatan jantung.

Kolesterol tinggi telah dikaitkan dengan keadaan kesihatan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Tetapi kebanyakan orang tidak menyedari bahawa thrombosis adalah istilah perubatan bagi pembentukan bekuan darah yang menjadi punca kepada serangan jantung dan strok.

Tahap kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama aterosklerosis, yang dikenali sebagai pengerasan arteri. Keadaan ini adalah pembentukan plak lemak di arteri yang membekalkan darah ke jantung atau otak. 

Menurut American Heart Association (AHA), plak adalah gabungan kolesterol, lemak, produk sisa sel, kalsium dan fibrin (yang menyebabkan pembekuan darah). Sebahi plak lemak yang terus berkembang, ia boleh menyempitkan arteri dan mengehadkan bekalan darah ke organ penting.

Pengurangan bekalan darah ke jantung boleh mengakibatkan angina dan mengurangkan bekalan darah ke kaki (claudication).

Bagaimana kolesterol tinggi menyebabkan pembekuan darah?

Kepingan plak aterosklerotik boleh merosot atau pecah yang mana mendedahkan bahan lemak di dalam plak ke darah. Bahan lemak ini mencertuskan pembentukan bekuan darah di atas plak, dan bekuan itu berkembang dengan cepat sehingga menghalang arteri dan menghalang aliran darah normal.

Penyumbatan arteri jantung membawa kepada serangan jantung, manakala  penyumbatan arteri otak membawa kepada strok. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa penyakit kardiovaskular kini bertanggungjawab untuk kira-kira 30 peratus daripada kematian global menjelang 2030.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Anda alami degupan jantung yang kadangkala laju atau perlahan tidak seperti kebiasaan? Hati-hati, ia mungkin jenis penyakit jantung ini; penyakit aritmia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Ada yang mengatakan marjerin lebih baik daripada mentega. Ada pula yang mengatakan kedua-dua mentega dan marjerin berkhasiat. Mana satu patut anda pilih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Resipi Sihat 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    strok

    Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
    Trombofilia

    Trombofilia: Pembekuan Darah yang Lebih Mudah daripada Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 2 minit bacaan
    pentingkah-hubungan-asmara-kepada-setiap-pasangan

    Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    risiko-masalah-kesihatan-lelaki

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan