10 Cara Menghilangkan Sakit Kepala

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Tanpa mengira waktu, anda mungkin akan diserang sakit kepala. Dan pastinya ia satu keadaan yang cuba anda elakkan apatah lagi apabila terdapat banyak urusan dan tugasan lain yang perlu anda selesaikan. Berikut beberapa cara dan tip mudah untuk meringankan sakit kepala tanpa perlu  berjumpa doktor.

Pek ais

Migrain? Letakkan pek sejuk pada dahi anda. Anda mungkin boleh menggunakan ketulan ais yang dibalut tuala, atau sebungkus kacang pea beku dan pastikan anda menekapnya pada kepala anda selama 15 minit, kemudian berehat selama 15 minit. Anda juga mungkin boleh mendapatkan mandian air sejuk untuk mengurangkan kesakitan.

Pad pemanas

Jika anda mengalami sakit kepala akibat tekanan, letakkan pad pemanas pada leher atau bahagian belakang kepala anda. Untuk sakit kepala sinus, tekapkan kain suam di kawasan yang sakit. Mandian air panas juga dalam mengurangkan kesakitan yang anda hadapi.

Halia

Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan halia, sebagai tambahan kepada ubatan klinikal, dapat mengurangkan kesakitan kepala. Malah ada penemuan yang mengatakan bahawa ia berfungsi hampir sama seperti preskripsi ubatan migrain. Anda boleh mencubanya dengan mendapatkan suplemen atau sebagai tambahan dalam minuman teh anda.

Kafein

Minum sedikit teh, kopi atau apa saja yang mempunyai kandungan kafein yang sedikit. Ia boleh mengurangkan sakit kepala anda. Pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mencetus sakit kepala yang tersendiri.

Elakkan mengunyah

Gula-gula getah boleh menyebabkan kesakitan bukan sahaja pada rahang, tetapi juga pada kepala anda. Malah, mengunyah kuku, bibir, bahagian dalam pipi atau sebarang objek seperti pen, turut boleh menyumbang kepada sakit kepala. Hindari makanan yang rangup dan kenyal, dan pastikan anda hanya mengigit dalam saiz yang kecil. Jika anda mengetap gigi anda pada waktu malam, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pelindung mulut (mouth guard). Ini boleh mengurangkan potensi untuk mendapat sakit kepala pada waktu pagi.

Lampu malap

Cahaya yang terlalu terang, berkelip, walaupun dari skrin komputer, boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain. Jika anda terdedah kepada cahaya ini, tutupkan langsir tingkap anda. Pakai cermin mata jika anda berada di luar. Jika perlu, anda boleh menambah skrin anti-silau untuk komputer anda dan pilih lampu spektrum waktu siang dalam fungsi lampu anda.

Kurangkan tekanan pada kulit kepala

Ikatan rambut yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan sakit kepala. Kesakitan akibat tekanan dari luar seperti memakai topi, ikatan kepala (headband) atau pemakaian goggle yang terlalu ketat juga boleh menyumbang kepada sakit kepala. Atau jika anda bertudung, buka sebentar tudung anda untuk memberikan pengudaraan kepada kepala anda. Kajian menunjukkan, individu wanita yang melonggarkan ikatan rambut mereka akan kehilangan rasa sakit kepala selepas itu.

Urutan

Cuba lakukan dengan sendiri urutan dengan mengurut leher secara perlahan untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul akibat tekanan.

Ketenangan

Tidak kira apa pilihan anda, sama ada regangan badan, yoga, meditasi atau regangan otot progresif, pastikan anda tahu bagaimana untuk kekal bertenang apabila diserang sakit kepala. Anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sekiranya terdapat kekejangan otot pada leher anda.

Ubatan

Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh didapati di farmasi yang dapat meredakan sakit kepala. Pastikan anda mengambil ubatan tersebut mengikut arahan pada label:

  • Pilih cecair berbanding pil. Badan anda menyerapnya lebih pantas.
  • Ambil ubat tahan sakit hanya apabila anda merasa sakit. Pastikan anda hanya mengambilnya dalam dos yang kecil.
  • Jika anda mengalami sakit perut apabila diserang sakit kepala, sila dapatkan bantuan doktor.
  • Dapatkan pendapat doktor tentang apa yang perlu dielakkan untuk mengelakkan sakit kepala dari berulang dalam jangka masa terdekat.

Apa yang penting, anda perlu berbincang dengan doktor tentang simptom sakit kepala yang anda hadapi dan jangan cuba untuk merawat kesakitan anda secara sendiri tanpa nasihat doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 26, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut