Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Masalah misai atau janggut gatal sememangnya tidak asing buat lelaki. Malahan, lokaliti kegatalan tersebut tidak spesifik.

Secara amnya, mana-mana kawasan yang mempunyai rambut berisiko untuk mengalami kegatalan.

Ada juga yang terbangun daripada tidur hanya kerana mereka berasa gatal atau tidak boleh memberikan perhatian semasa melakukan aktiviti rutin.

Berbeza dengan rambut yang tumbuh di kepala, janggut/jambang/misai lelaki tidak mempunyai karakter yang sama.

Ia tumbuh disebabkan oleh hormon testosteron. Ini bermakna, semakin tinggi testosteron seseorang itu, semakin tebal misai yang tumbuh.

Oleh yang demikian, aspek penjagaan janggut dan seumpamanya tidak sama dengan aspek penjagaan rambut.

Pelbagai jenis faktor boleh menyebabkan kawasan yang tumbuh janggut terasa gatal.

Teruskan membaca jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut.

#1 Kulit kering punca misai lelaki terasa gatal

janggut

Kegatalan yang dialami boleh berpunca daripada keadaan kulit kering yang turut dikenali sebagai xerosis.

Setiap individu mempunyai kulit yang berbeza. Ini bermakna, punca kepada kulit kering tidak semestinya sama.

Ada yang alami kulit kering ketika musim sejuk, ada yang setelah mandi air panas dan ada juga yang alami kulit kering setelah menggunakan produk kulit tertentu.

Masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis boleh menyumbang kepada permasalahan ini seterusnya menyebabkan kulit terutamanya di kawasan janggut atau misai terasa gatal.

#2 Terasa gatal selepas cukur misai atau janggut

Penggunaan pisau cukur boleh meninggalkan bucu tajam pada rambut yang tertinggal di dalam folikel.

Apabila ia mula tumbuh, geselan boleh berlaku di antara bucu tersebut dengan dinding folikel menyebabkan rasa gatal.

Bayangkan jika anda cukur kesemua janggut, misai dan jambang.

Ia akan memberikan rasa gatal di keseluruhan kawasan terbabit menyebabkan kadangkala rasa terganggu semasa melakukan aktiviti harian.

#3 Rambut tumbuh ke dalam dan bukannya keluar

misai lelaki

Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika anda mempunyai rambut kerinting.

Rambut yang anda cukur tumbuh masuk ke dalam, bergesel dengan dinding folikel.

Keadaan ini boleh menyebabkan kawasan yang dicukur menjadi merah dan terasa gatal.

Kadangkala, ia boleh meninggalkan kesan bengkak dan terasa sakit namun ia akan sembuh dengan sendirinya.

#4 Jangkitan kuman pada folikel rambut

Pelbagai jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada folikel rambut.

Keadaan ini boleh menyebabkan simptom seperti:

  1. Gatal
  2. Rasa sakit
  3. Gelembung bernanah

Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana kawasan yang tumbuh rambut termasuklah kulit kepala.

Namun, ia lebih lazim berlaku pada kawasan yang mengalami geseran seperti paha, punggung dan ketiak.

Mereka yang mempunyai masalah obes juga berisiko untuk mengalami masalah ini.

#5 Kulat tumbuh di kawasan misai dan janggut

Seperti jangkitan kuman (bakteria dan virus), jangkitan kulat juga boleh menyebabkan kawasan misai/janggut menjadi gatal.

Keadaannya sama seperti kurap yang dikenali sebagai tinea kapitis.

Antara jangkitan kulat pada misai/janggut yang lazim dialami adalah:

  • Tinea mentagrophytes var.s equinum – boleh tersebar melalui hubungan langsung dengan kuda
  • Tinea verrucosum – boleh tersebar melalui hubungan langsung dengan lembu atau haiwan tenusu

Bagaimana cara untuk atasi masalah misai/janggut gatal

misai lelaki

Walaupun keadaan ini tidaklah serius, tapi ia boleh mengganggu produktiviti harian individu terutamanya jika masalah gatal yang dialami agak serius.

Kunci kepada langkah pencegahan untuk elak janggut/misai gatal terletak pada aspek kebersihan.

  1. Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari.
  2. Jika anda tidak mandi secara kerap, pastikan anda membasuh janggut anda dengan air suam setiap hari.
  3. Gunakan produk penjagaan yang khusus untuk janggut atau misai. Pastikan ia mempunyai sebahagian besar bahan semula jadi dan bukannya sintetik.
  4. Jangan gunakan air pada suhu yang panas ketika mandi. 
  5. Jika anda mengalami jangkitan kuman/kulat, dapatkan pemeriksaan dan preskripsi ubat daripada doktor perubatan sekiranya perlu.
  6. Gunakan krim pelembab bagi menangani masalah kulit kering.
  7. Jika masalah gatal agak serius, doktor mungkin menyarankan terapi pembuangan rambut menggunakan laser.
  8. Masalah pernanahan kulit seperti bisul perlu dirawat agar jangkitan yang berlaku tidak menjadi semakin teruk.

Konklusi

Masalah misai lelaki gatal, walaupun kelihatan tidak serius dan lazim dialami, namun ia perlu diatasi atau dielakkan melalui penjagaan aspek kebersihan yang betul.

Jika produktiviti anda terganggu akibat daripada masalah ini, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Betul Ke Orang Gemuk Punya Saiz Zakar Kecil? Kena Kuruskan Badan Nampaknya Ni!

Ada mitos yang mengatakan orang gemuk punya saiz zakar kecil. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu jawapan yang tepat lagi sahih ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Pelik Sebab Ada Banyak Jenis Zakar & Semua Normal! Anda Yang Mana Satu?

Di dunia ini, terdapat banyak jenis zakar yang wujud. Namun, kalian tidak perlu risau kerana kesemuanya adalah normal. Klik untuk tahu anda yang mana satu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 19/06/2020 . 3 minit bacaan

Penis Naik Susah Nak Turun, Adakah Tanda Penyakit? Buat 5 Perkara Ini Jika Ia Berlaku!

Pernahkah anda sebagai seorang lelaki mengalami ereksi selama 4 jam tanpa henti? Penyebab ereksi sukar kendur ini mungkin petanda penyakit! Klik untuk baca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 16/06/2020 . 3 minit bacaan

Jika Hormon Ini Kurang, Kaum Adam Bakal Dapat 5 Masalah, Termasuk Tumbuh Payudara!

Hormon testosteron penting buat kaum lelaki. Jika rendah, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah fisiologi termasuklah sukar untuk alami ereksi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bahaya onani

Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
kenapa harus sunat

Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
seks semasa menopaus

Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
mati pucuk

Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan