10 Makanan Cegah Rambut Gugur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 2 minit bacaan

Masalah rambut gugur bukanlah asing lagi kepada wanita mahupun lelaki. Walaupun anda akan kehilangan 50-100 helai rambut sehari melalui proses keguguran rambut yang normal, ada kalanya rambut anda gugur lebih daripada biasa disebabkan penambahan usia, masalah kesihatan dan faktor persekitaran. Selain penjagaan rambut yang berkesan, pemakanan anda juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut anda. Ketahui 10 makanan berkhasiat yang bermanfaat untuk mencegah rambut gugur.

1.Bayam

Bayam adalah sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Kekurangan zat besi adalah penyebab utama rambut gugugr dan bayam bukan hanya kaya dengan zat besi, tetapi juga mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut. Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.

2. Lobak dan Keledek

Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut. Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.

3. Telur dan Produk Tenusu

Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega. Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal mencegah rambut gugur.

4. Oat

Tambah semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur. Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.

5. Walnut

Tambah walnut dalam diet anda untuk mencegah rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala. Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.

6. Lentil

Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal. Ia kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin. Selain itu, lentil penuh dengan asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.

7. Daging Ayam

Daging ayam kaya dengan protein berkualiti tinggi yang menguatkan rambut rapuh dan menghalang rambut terputus. Oleh kerana rambut dan kuku terdiri daripada protein, anda harus mendapatkan sumber protein yang mencukupi dalam diet harian anda.

8. Strawberi

Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut. Makanan kaya silika lain termasuk beras, oat, bawang, kubis dan timun.

9. Yogurt

Yogurt penuh dengan Vitamin B5 dan Vitamin D yang dikenali untuk menggalakkan kesihatan folikel rambut. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan yogurt untuk membuat topeng rambut sekali-sekala.

10. Makanan yang kaya dengan Vitamin-C

Vitamin C menyokong penyerapan zat besi dalam tubuh kita, kekurangannya boleh mengakibatkan rambut gugur. Vitamin C juga dikenali dengan sifat antioksidan yang mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membuat rambut anda rapuh dan lemah. Tambah buah-buahan seperti oren, betik, limau dan kiwi untuk diet anda. Vitamin C juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang menguatkan saluran darah yang membekalkan nutrisi kepada rambut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaum Adam, Sebelum Kepala Hampir Botak, Buat & Elak 10 Benda Ini Dulu!

    Masalah rambut gugur bukan lagi sesuatu yang asing pada zaman sekarang. Bahkan lelaki juga mengalami keguguran rambut. Ini 10 benda kena buat dan elak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Tidak dinafikan, pinggan viral mungkin nampak cantik tapi bahaya ekoran terdapat plumbum di dalamnya. Klik artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

    Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut boleh mula beroperasi pada pkp fasa 3 ini. Namun, adakah ia selamat untuk pergi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Dalam perintah kawalan pergerakan ini, mahu tidak mahu, kena masaklah. Hmmm...inginkan resepi mudah dan ringkas? Ada resepi masakan untuk anda cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/03/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan yang dilarang untuk pcos

    Jaga Makan Kalau Tak Nak Cyst Makin Banyak Pada Ovari, Wanita PCOS Jangan Sentuh Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    perut masuk angin

    Kan Dah Pesan JANGAN Tinggal Makan… Ini Akibat Yang Boleh Terjadi Pada Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    rambut lanugo

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    buffet

    AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan