backup og meta

Bagaimana Ingin Memastikan Bilik Tidur Sentiasa Kemas?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 24/07/2023

    Bagaimana Ingin Memastikan Bilik Tidur Sentiasa Kemas?

    Siapa yang suka tidur dalam bilik bersepah? Sudah tentu tiada seorang pun akan menyukainya. Jom ketahui 2 cara kemas bilik tidur yang boleh anda amalkan, confirm selesa nanti.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Cara kemas bilik tidur

    Bilik tidur ialah ruang peribadi bagi setiap individu. Di sinilah tempat anda tidur dan berehat.

    Selepas penat bekerja, anda tentu ingin mendapatkan suasana yang kondusif untuk merehatkan otot.

    Baca juga:

    Tetapi kalau katil tidak teratur, lantai penuh dengan kain, dan semuanya tunggang-langgang, keletihan bakal berubah menjadi tekanan.

    Bagaimana ingin menjadikan bilik cantik dan kemas? Cuba dua langkah mudah ini.

    1. Kurangkan barang di dalam bilik

    Anda tahu mengapa bilik anda menjadi sempit dan sentiasa bersepah? Antara sebabnya ialah barang yang terlalu banyak.

    Cuba lihat almari baju, berapa banyak pakaian lama yang sudah tidak dipakai?

    Sebahagiannya mungkin sudah rosak dan sepatutnya dibuang tapi kerana terlalu “sayang”, ia terus disimpan. Akhirnya hanya akan membuatkan almari penuh.

    cara kemas bilik tidur

    Katil pula, anda tidak perlu terlalu banyak bantal. Satu untuk kepala, satu bantal peluk, dan selimut. Itu sudah cukup. Lagi banyak bantal, lagi banyak barang yang perlu dikemas.

    Tandas, buang semua berus gigi, ubat gigi, pisau cukur, dan botol sabun lama yang sudah tidak digunakan. Tinggalkan barang yang anda sedang guna sahaja. Selebihnya, buang atau simpan di tempat khas.

    Contohi budaya “minimalis” masyarakat Jepun yang hanya membeli barang mengikut keperluan.

    Berhenti membeli barang hanya kerana ada promosi sedangkan belum tentu akan menggunakannya. Apabila ada keperluan, baru cari dan beli. Jika ada promosi, itu bonus!

    2. Buat rutin, antara cara kemas bilik tidur

    Rutin sangat membantu bagi sesetengah individu. Anda tidak semestinya perlu buat jadual bertulis, simpan dalam minda sahaja sudah cukup baik.

    cara kemas bilik tidur

    Contoh rutin ialah:

    • Kemas katil setiap pagi selepas bangun dari tidur.
    • Basuh dan lipat baju dua hari dalam seminggu.
    • Sapu dan mop bilik seminggu sekali.
    • Tukar cadar tilam dan bantal setiap dua minggu.
    • Lakukan pembersihan atau clearance pada barang-barang lama yang sudah tidak dipakai.

    Mungkin agak susah pada awalnya tetapi lama kelamaan, ia akan menjadi satu kebiasaannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 24/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan