Rasa Nak Muntah Selepas Melakukan Hubungan Seksual? Ini Bukan Tanda Hamil Tapi Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Biasanya, orang akan bercakap mengenai rasa sakit selepas seks. Namun, pernahkah anda mendengar atau mengalami kejadian muntah selepas melakukan seks? Agaknya, apa penyebab muntah ya?

Cuba bayangkan jika anda rasa loya sejurus selepas bersenggama. Pasti rosak mood malam tersebut bukan?

Namun, jangan ambil ringan kejadian muntah atau rasa loya ketika bersama pasangan. Ia mungkin tanda penyakit lain yang lebih serius!

Muntah selepas melakukan hubungan seks?

Selalunya, setelah bersenggama, ramai yang akan rasa seronok, bahagia, penat ataupun lebih kerap lagi – lapar.

Namun, pernahkah anda tiba-tiba rasa loya dan nak muntah selepas berasmara?

Walaupun kejadian ini agak lucu, ia merupakan sesuatu yang selalu terjadi kepada wanita selepas melakukan hubungan seks.

Pasti ada dalam kalangan anda yang mungkin menganggap loya ini sebagai salah satu simptom morning sickness yang dialami semasa mengandung.

Tapi, jika anda baru sahaja mengadakan hubungan seksual sejam yang lalu, tak mungkin simptomnya datang sebegitu pantas.

Oleh itu, jangan panik! Ada beberapa sebab yang boleh buatkan anda rasa sakit, mual dan hendak muntah selepas mengadakan hubungan seks.

Anda mengalami vasovagal syncope

sakit ketika seks

Vasovagal syncope, apa tu?

Vasovagal syncope ialah satu keadaan yang terjadi apabila anda rasa mual, pening ataupun mahu pengsan selepas badan anda berhadapan dengan satu keadaan yang membuatkan anda rasa amat stres.

Jantung anda akan berdegup lebih perlahan dan tekanan darah juga akan jatuh. Ini akan menyebabkan anda rasa hendak muntah dan ingin pengsan.

Kadangkala, ketika melakukan hubungan seksual, pasangan anda melakukan penetrasi yang terlalu dalam. Keadaan ini boleh menjadi punca anda mendapat vasovagal syncope.

Kawasan serviks seorang wanita dipenuhi oleh saraf yang amat sensitif.

Jika penetrasi dilakukan terlalu kuat, mungkin secara tidak sengaja pasangan anda boleh ‘terlebih rangsang’ kawasan tersebut sehingga tercetusnya episod vasovagal syncope.

Ini boleh jadi penyebab wanita muntah ketika melakukan hubungan seks!

Jika anda mengalami simptom ini terlalu kerap semasa melakukan seks, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Ia mungkin akan menyebabkan anda rasa kurang puas ataupun takut untuk beraksi di ranjang.

Selain itu, ia juga mungkin petanda anda mengalami masalah jantung.

Vasovagal syncope bukanlah penyakit yang serius. Wanita yang mengalami keadaan ini selepas bersenggama mungkin akan rasa mual selama beberapa minit.

Namun, jaga-jaga, anda juga boleh pengsan jika pasangan anda tidak henti beraksi dengan melakukan penetrasi!

Sebagai alternatif, anda boleh minta si dia untuk melakukannnya dengan perlahan dan elakkan penetrasi yang mengejut atau terlalu dalam.

 Endometriosis mungkin penyebab anda muntah

muntah selepas seks

Selain itu, rasa loya selepas bersenggama juga mungkin tanda anda menghidap endometriosis!

Walau bagaimanapun, simptom endometriosis bukanlah terhad kepada rasa loya atau muntah selepas seks sahaja. Penghidap endometriosis juga akan rasa sakit ketika atau semasa melakukan seks.

Jika anda rasa sakit ketika datang bulan ataupun ketika membuang air kecil, anda patut berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Pesakit endometriosis selalunya sukar untuk mengandung. Selain itu, mereka juga alami pendarahan yang teruk ketika datang bulan.

Lazimnya, bagi mengelakkan penghidap endometriosis rasa sakit ketika melakukan hubungan seks, doktor akan memberikan ubat tahan sakit.

Oleh itu, jika anda rasa sakit selepas seks, jangan risau. Ada caranya untuk anda alami pengalaman tersebut bersama suami dengan tenang dan tanpa kesakitan.

Jika anda risau tentang endometriosis, cuba baca artikel kami di bawah:

Muntah selepas seks, lelaki juga tak terkecuali!

Post orgasmic illness syndrome (POIS) ialah satu keadaan yang amat jarang berlaku.

Lelaki yang menghidap POIS akan mengalami simptom seperti hendak demam dan sedikit loya selepas ejakulasi.

Pakar masih lagi tidak pasti apa yang mengakibatkan lelaki mengalami sindrom ini. Namun, ia mungkin penyakit autoimun yang menyebabkan lelaki tersebut mengalami tindak balas alergi terhadap air maninya sendiri.

Ada juga yang mengaitkan POIS dengan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Oleh itu, pesakit POIS mungkin akan dirawat di bawah pemantauan bahagian psikiatri.

Simptom POIS boleh berlalu dalam masa sesaat, seminit atau sejam selepas lelaki tersebut melakukan hubungan seks dan berkekalan hingga berhari-hari sebelum simptom hilang dengan sendirinya.

Lelaki yang menderita dengan sakit ini menghadapi masalah ketika melakukan hubungan seks. Tambah lagi, muntah selepas seks merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan.

Oleh itu, ada juga yang menjauhkan diri daripada melakukan hubungan seksual kerana tidak mahu berhadapan dengan simptom yang sama setiap kali melakukan hubungan seks.

Selain itu, simptom lain yang mungkin anda alami jika menghidap POIS ialah rasa penat yang amat sangat, demam, hidung tersumbat, mata gatal, lemah otot ataupun tidak mampu untuk fokus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

Rasa mengantuk sebab tak cukup tidur boleh menyebabkan nafsu seks anda kurang. Ini boleh mengganggu kemesraan di antara anda dan pasangan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Suami Minta ‘Bersama’ Selepas Bertengkar? Jangan Tolak, Ini 8 Sebab Hubungan Jadi Lebih Sensasi!

Hubungan seksual selepas bergaduh bukanlah sesuatu yang pelik. Malah, seks boleh merapatkan lagi jurang hubungan di antara suami isteri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

Melakukan hubungan kelamin semasa prosedur IVF mungkin sesuatu yang jarang dibuat kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat. Namun, ia benar-benar berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 24/07/2020 . 3 minit bacaan

Pengsan Lepas Pancut Semasa Senggama? Tolong Waspada Dengan 3 Perkara Ini!

Pernahkah anda atau pasangan pitam namun tidak tahu punca pengsan semasa senggama? Tenang, jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hepatitis b adalah

“Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
urutan yoni

Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan ‘Yoni’ Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
cara hubungan suami isteri

Kenapa Perlu Buat Seks Walau Tiada Mood? Ini Dia Kepentingan ‘Maintenance Sex’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
seks ketika tidur

Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan