Suami TERPANCUT Semasa Seks Oral, Apa Kesan Pada Isteri?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan

Seks adalah antara aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan oleh suami isteri. Untuk pengetahuan anda, ia boleh dilakukan dalam pelbagai posisi termasuklah seks oral. Pun begitu, kebanyakan pasangan terutamanya para isteri takut untuk melakukannya kerana ragu-ragu untuk menelan air mani suami.

Persoalannya, adakah perbuatan menelan air mani pasangan akan mendatangkan mudarat atau tidak? Untuk tahu jawapannya, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Boleh atau tidak menelan air mani?

Sebenarnya, perkara ini boleh dilakukan dan ia adalah normal untuk dilakukan oleh pasangan suami isteri! Pun begitu, anda diingatkan untuk melakukan ujian air mani terlebih dahulu bagi memastikan anda benar-benar bebas daripada sebarang kondisi kesihatan berkaitan sistem reproduktif anda.

Jika belum melakukan ujian air mani, sang suami disarankan untuk menggunakan kondom saat melakukan seks oral bagi mengelakkan si isteri menelan air mani.

Jadi, perbuatan menelan air mani semasa seks oral ini boleh dan selamat dilakukan sekiranya pakar sudah mengesahkan anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Apa rasa sebenar air mani?

menelan air mani

Tidak ramai yang tahu mengenainya kerana ia adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ia sudah pasti akan berbeza bergantung kepada individu. Pun begitu, ada beberapa faktor yang mungkin akan mendalangi rasanya.

Hakikatnya, rasa air mani ini sangat bergantung kepada apa yang wujud di dalamnya. Antara elemen utama yang terkandung di dalamnya adalah cecair dengan sebanyak 96%. Bakinya, 2% adalah dikandungi oleh sperma dan 2% lagi terdiri daripada elemen seperti berikut:

  • Gula fruktosa yang membekalkan tenaga kepada sperma
  • Sodium bikarbonat yang melindungi sperma dari persekitaran berasid dalam faraj
  • Vitamin C yang memastikan sperma sentiasa kekal sihat
  • Beberapa mineral lain seperti fosforus, zink, magnesium dan potasium

Disebabkan protein, enzim dan mineral ini, rasa asas air mani akan menjadi sedikit suam dan masin. Namun, ada yang berpendapat rasanya adalah sedikit manis atau tawar.

Apa yang menyebabkan variasi pada rasa air mani ini? Sebenarnya, faktor yang paling penting dalam mempengaruhi rasanya adalah diet pemakanan kita.

Sebagai contoh, perbuatan merokok dan pengambilan arak serta dadah boleh menyebabkan ejakulasi seseorang itu berasa pahit. Daging dan khinzir pula dikatakan menyebabkan rasa sperma yang pahit dan tidak enak. Punca perisa tidak enak yang lain adalah kafein yang mampu menyebabkan cecair ejakulasi anda berasa pahit.

Sekiranya tubuh badan anda sihat, kemungkinan besar air mani anda akan berasa normal. Jadi, pastikan keadaan kesihatan anda semuanya baik dan dapatkan rawatan optimum.

Tambahan lagi, sesetengah ubat-ubatan juga mungkin akan mempengaruhi rasa ejakulasi anda menjadi rasa pahit atau masin. Walaupun tidak banyak yang boleh anda lakukan jika anda terpaksa mengambil ubat tersebut, anda boleh cuba untuk memperbaikinya dengan meminum banyak jus dan juga air putih.

Apa mudarat jika menelan air mani?

menelan air mani

#1. Menyebarkan penyakit kelamin

Jika diteliti, kandungan komponen yang terdapat dalam sperma kelihatan seperti boleh ditelan dan dihadam dalam perut sama seperti makanan lain.

Namun begitu, sperma yang berasal daripada individu yang telah dijangkiti penyakit kelamin seperti HIV, hepatitis B dan C, herpes, syphilis dan chlamydia berisiko terjangkiti dengan virus yang sedia ada.

Risiko penyakit tersebut dijangkiti individu yang menelan air mani ketika melakukan seks oral juga akan meningkat jika terdapat luka pada mulut, lidah, atau gusi.

#2. Membangkitkan rasa loya dan muntah

Air mani yang mempunyai kandungan protein yang tinggi sebenarnya mempunyai bau yang agak busuk dan memualkan. Oleh itu, cuba anda bayangkan bagaimana pasangan anda mahu menelan sesuatu yang mempunyai bau yang teruk?

Ia cuma akan membangkitkan rasa loya dan kemudian muntah lalu merosakkan mood seks anda dan pasangan.

#3. Mendatangkan sakit kepala dan selesema

Selain daripada loya dan muntah, perbuatan menelan air mani juga akan menyebabkan individu itu mengalami sakit kepala. Ini berlaku akibat gejala psikosomatis buat mereka yang sebenarnya jijik terhadap sperma.

Bukan itu sahaja, menelan air mani pasangan juga sebenarnya akan mendatangkan jangkitan selesema akibat reaksi alahan mereka terhadap protein yang terkandung dalam sperma.

#4. Mengakibatkan trauma

Bagi pasangan yang sudah cuba menelan air mani atau tertelannya secara tidak sengaja, ia akan mengakibatkan trauma kepada mereka. Ini berlaku ekoran daripada bau dan rasa air mani yang tidak sama dengan jangkaannya. Jika perbuatan ini dilakukan berulang-ulang kali, ia akan mengakibatkan trauma.

Konklusi

Kesimpulannya, menelan air mani adalah perbuatan yang boleh dilakukan. Namun, anda perlu memastikan terlebih dahulu pasangan anda tidak mempunyai sebarang kondisi kesihatan berkaitan sistem reproduktif mereka terlebih dahulu bagi mengelakkan penularannya.

Dalam pada itu, ketahuilah bahawa air mani sebenarnya bukanlah air yang bersih untuk ditelan. Namun, pilihan adalah terletak di tangan anda!

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

    Menurut kajian terkini, didapati bahawa golongan belia sudah kurang buat seks. Jom ikuti artikel ini untuk tahu apa itu jimak dan kenapa ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/07/2020 . 3 minit bacaan

    Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

    Ada aksi seks baharu yang dikenali sebagai stealthing. Tapi tahukah anda, ia dianggap sebagai serangan seksual? Ini penjelasan yang perlu anda fahami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/07/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Kepada wanita di luar sana yang mungkin keliru adakah anda boleh hamil dengan melakukan aktiviti hubungan seks yang tertentu, artikel ini akan bantu anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/07/2020 . 3 minit bacaan

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Anda sering sakit ketika bersama suami? Mungkin itu kerana masalah seksual dikenali sebagai vaginismus. Ikuti tip ketika melakukan seks. Sure berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara melayan suami ketika haid

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan senggama

    Kenapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan? Bukan Sebab HIV Sahaja Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    banyak air ketika bersama suami

    Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    gila seks

    Gila Seks Bukan Gelaran Tetapi Penyakit! Ini 5 Kriteria Jika Anda Salah Seorang Daripadanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan