Apa Yang Kita Akan Rasa Semasa Klimaks? Lelaki & Wanita Tidak Sama Rupanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan

Bagi setiap pasangan suami isteri, seks adalah antara perkara yang paling utama. Tanpanya, maka hambarlah kehidupan di kamar tidur kalian.

Ini kerana seks boleh membuat kita mencapai satu fasa bernama klimaks. Ia sangat penting bukan sahaja untuk fizikal malahan mental kita juga.

Persoalannya, apakah yang kita akan rasa ketika orgasma? Adakah ia sama sahaja bagi lelaki dan wanita?

Jangan jawab dulu, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut!

Apa maksud klimaks?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar makna perkataan ini terlebih dahulu.

Klimaks atau orgasma adalah satu fasa kemuncak nafsu syahwat tatkala asyik berasmaradana bersama pasangan.

Ketika ini, fizikal manusia akan mengalami perubahan fisiologi manakala mental manusia pula akan mengalami perubahan emosi yang positif.

Antara perubahan yang berlaku adalah pengeluaran air mani serta perembesan hormon dalam tubuh badan bagi menandakan kepuasan seksual.

seks

Apa yang berlaku pada tubuh badan semasa klimaks?

Seperti yang kami telah nyatakan di atas, akan berlaku perubahan pada fizikal dan mental manusia ketika mencapai kemuncak nafsu syahwat ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh William H. Masters dan Virginia Johnson dalam jurnal Human Sexual Response (1986), wujud 4 fasa utama yang akan berlaku semasa seks iaitu:

  • Terangsang
  • Mendatar
  • Orgasma
  • Resolusi

Ketika fasa ketiga iaitu orgasma, inilah waktu lelaki atau wanita itu akan mencapai klimaks di mana individu akan berasa puas.

Ini berlaku ekoran daripada pengeluaran air mani setelah sekian waktu menerima rangsangan serta perembesan hormon dalam tubuh badan.

Antara hormon yang akan dilepaskan adalah melatonin, oksitosin dan endorfin yang dipercayai mampu membuat kita berasa suka, gembira dan bahagia.

Persoalannya, adakah maksud klimaks berbeza bagi lelaki dan wanita?

orgasma

Apa beza orgasma lelaki & wanita?

Ya, memang wujud beberapa perbezaan yang agak ketara di antara lelaki dan wanita ketika mencapai kemuncak nafsu syahwat masing-masing.

Mari kita teliti dengan lebih lanjut mengikut fasa utama seks:

Fasa #1. Terangsang

Lelaki

Ketika lelaki terangsang secara seksual, darah akan mula mengalir laju ke seluruh tubuh badan.

Ini termasuklah pada zakar lantas menyebabkan ereksi dan testis mula menaik ke atas ekoran skrotum mengetat.

Wanita

Ketika wanita terangsang secara seksual, darah akan mula mengalir laju ke seluruh tubuh badan.

Ini termasuklah pada faraj lantas menyebabkan ia membengkak atau mengembang serta mengeluarkan cecair.

Fasa #2. Plateau

Lelaki

Darah akan mula memenuhi zakar dan testis menjadikan pertambahan saiz.

Selain itu, tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan akan menjadi lebih laju.

Wanita

Darah akan mula mengalir ke introitus – bahagian bawah faraj menjadikannya lebih besar.

Buah dada juga akan meningkat saiznya sekitar 25 peratus dan puting mula menegang.

Selain itu, tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan akan menjadi lebih laju.

seks

Fasa #3. Orgasma

Lelaki

Air mani akan mula terhasil dan memasuki saluran zakar, bersedia untuk dilepaskan melalui proses ejakulasi.

Sebelum ia terpancut, lelaki akan mengalami klimaks kira-kira 10 hingga 30 saat.

Wanita

Otot faraj akan mengalami kontraksi beritma sekitar 0.8 saat di samping air mani yang terkeluar dengan banyak.

Inilah ketika di mana wanita klimaks dan ia boleh berlaku sekitar 13 hingga 51 saat.

Berbeza dengan lelaki, wanita boleh mengalami orgasma beberapa kali sekiranya dirangsang secara berterusan.

Fasa #4. Resolusi

Lelaki

Ketika ini, lelaki sudah masuk tempoh pemulihan sementara di mana mustahil untuk mengalami orgasma lagi.

Ia boleh berlaku selama beberapa minit atau beberapa hari, mengikut usia dan kondisi kesihatan individu.

Zakar dan testis akan mula mengendur serta sistem tubuh badan akan mula kembali seperti asal.

Wanita

Tubuh badan termasuklah faraj akan mula kembali seperti asal secara beransur-ansur.

Rasa klimaks adalah sama bagi kedua-dua jantina?

Di sini dapat kita simpulkan maksud klimaks adalah rasa puas yang dialami semasa kemuncak hubungan seks.

Ya, rasa klimaks adalah sama sahaja bagi kedua-dua jantina. Namun, apa yang berbeza adalah perubahan pada tubuh badan seperti yang kami nyatakan di atas.

Sekiranya mengalami masalah tidak mampu atau sangat sukar mencapai orgasma, sila berjumpa pakar untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan lanjutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Perlu Malu? Ada Banyak Manfaat Mandi Bersama Pasangan, Barulah Romantis!

Ramai suami isteri yang sangat jarang melakukan aktiviti mandi bersama pasangan. Kenapa perlu malu? Ada banyak manfaatnya! Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan onani

Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
sakit ketika seks

Rasa Nak Muntah Selepas Melakukan Hubungan Seksual? Ini Bukan Tanda Hamil Tapi Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
seks ganas

Seks Ganas Lebih Menerujakan Pasangan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
nafsu seks

Pil Cegah Hamil Turunkan Nafsu Seks Anda? Ketahui Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan