Apa Rasa Orgasma Ketika Hamil? Ini Jawapan Buat Mak Buyung! (Mengikut Trimester)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 18/05/2020

Kehamilan sememangnya akan merubah segalanya. Ketika ini, tubuh badan wanita pasti akan mengalami perubahan yang agak drastik dari aspek fizikal serta mental.

Pun begitu, kesemua ini adalah sesuatu yang normal dan perlu dilalui oleh setiap ibu hamil.

Ada lagi satu aspek yang akan berubah mendadak semasa seorang wanita itu mengandung iaitu kehidupan seksual mereka bersama pasangan.

Ada pasangan suami isteri yang masih meneruskan main masa mengandung seperti biasa namun ada juga yang takut untuk melakukannya.

Persoalannya, adakah selamat untuk main masa mengandung? Selain itu, apa rasa orgasma ketika hamil buat wanita?

Jangan risau, artikel ini akan buat segala persoalan anda terjawab!

Main masa mengandung, selamat atau tidak?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.

Sebenarnya, seks semasa mengandung adalah selamat dan tidak akan mengakibatkan sebarang implikasi kepada si ibu, si bapa dan bayi dalam kandungan.

Namun, ada beberapa keadaan yang menyebabkan anda dan pasangan perlu berhenti dari melakukannya, iaitu:

  • Berlaku pendarahan luar biasa pada faraj
  • Didiagnosis dengan kondisi rahim lemah atau uri di bawah
  • Air ketuban sudah pecah
  • Hamil anak kembar
  • Tinggi risiko kelahiran bayi pramatang

Jadi, sila dapatkan pengesahan doktor sebelum memutuskan untuk meneruskan aksi di ranjang kalian ya?

Apa rasa orgasma ketika hamil mengikut trimester?

ibu

Ramai orang percaya bahawa klimaks ketika mengandung ini adalah lebih kuat atau hebat rasanya berbanding waktu sebelum hamil. Adakah ia benar?

Sebenarnya, ia adalah tidak sama mengikut trimester dan akan berubah-ubah!

Trimester pertama

Ini adalah trimester yang paling kurang menyelesakan buat seorang wanita. Ketika inilah biasa berlaku mual-mual atau muntah-muntah (morning sickness).

Selain itu, akan berlaku banyak perubahan pada fizikal wanita pada trimester pertama ini.

Sebagai contoh, tubuh badan akan menjadi lebih sensitif – buah dada, faraj dan setiap inci tubuh badan wanita akan lebih mudah dirangsang secara seksual.

Bukan itu sahaja, tahap libido wanita juga akan meningkat. Kesannya, wanita akan lebih cepat mencapai orgasma ketika hamil trimester pertama.

Trimester kedua

Mengikut ibu-ibu berpengalaman, ketika inilah seks ketika mengandung berada pada tahap paling nikmat. Kenapa?

Ini kerana kebanyakan wanita sudah tidak lagi mengalami morning sickness seperti pada trimester pertama dan belum lagi mencapai tahap ketidakselesaan pada trimester ketiga kelak.

Berikut merupakan perkara tentang orgasma semasa hamil trimester kedua yang kalian perlu tahu:

#1. Orgasma akan rasa lebih nikmat

Ini disebabkan oleh pengaliran darah dalam tubuh badan wanita akan menjadi lebih lancar terutamanya bahagian sulit.

Ia seterusnya akan menyebabkan bahagian tersebut membengkak lalu menjadi lebih sensitif.

Kesannya, klimaks akan rasa lebih nikmat.

#2. Berlaku kontraksi selepas klimaks

Anda akan terasa seperti berlaku koyakan bukaan atau kekejangan yang kurang selesa pada faraj selepas sahaja mengalami orgasma.

Untuk pengetahuan anda, rasa inilah yang dinamakan sebagai kontraksi.

Jangan risau, perkara ini adalah normal.

posisi seks ketika hamil

#3. Perut terasa sangat keras

Sebenarnya, keadaan ini tetap akan berlaku ketika klimaks walaupun kalian tidak hamil. Pun begitu, wanita mungkin akan terasa perut sangat keras disebabkan oleh kehamilan itu sendiri.

Perkara ini juga adalah normal. Jadi, jangan risau tentangnya.

#4. Hormon ‘cinta’ dirembeskan

Ketika kehamilan, hormon oksitoksin – yang memberikan rasa seronok, suka dan gembira dirembeskan pada tubuh badan. Ia juga akan bertambah sekiranya wanita mengalami orgasma.

Disebabkan itu, seks ketika trimester kedua terasa sangat nikmat dan bahagia.

Trimester ketiga

Ketika trimester ketiga, seks adalah sesuatu yang sukar dilakukan.

Ini kerana perut wanita sudah terlalu memboyot menjadikan sukar untuk bergerak dan beraktiviti (termasuk projek di ranjang).

Akan tetapi, kalian masih boleh melakukannya dengan sedikit kreativiti.

Pun begitu, wanita mungkin agak sukar mencapai orgasma ketika hamil trimester ketiga. Ini kerana bayi dalam kandungan sudah memakan banyak ruang di dalam rahim.

Jadi, terjawablah sudah persoalan tentang rasa orgasma ketika hamil mengikut trimester.

Jika anda berhasrat untuk melakukan seks dengan pasangan ketika mengandung, pastikan berbincang dengan doktor terlebih dahulu ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

Ada isteri yang akan mengadu sakit ketika melakukan seks dengan kondom. Apa sebabnya? Apa yang suami perlu buat? Klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Masih hamil walaupun beraksi di ranjang menggunakan kondom? Ia mungkin disebabkan kondom bocor! Klik artikel untuk tahu 7 sebab sebenar ia terjadi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

Pernah tak anda berasa lapar selepas melakukan hubungan seks? Sebab apa ya? Adakah seks bakar banyak kalori sehingga buat perut anda berkeroncong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Artikel lain untuk anda

wanita-klimaks-tinggi-peluang-hamil

Wanita Yang Alami Klimaks Lebih Tinggi Peluang Untuk Mengandung, Benar Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020
masalah air mani cepat keluar

”Belum Puas Lagi Tapi Suami Dah Terpancut” – Minta Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
sindrom carpal tunnel semasa hamil

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
kanser prostat

6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020