Sudah Kahwin Pun Suami Masih Tengok Video Lucah? Ini 4 Sebabnya, Bukan Salah Isteri!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/05/2020

Dalam kehidupan ini, kita semua pasti mengenali individu yang ketagih menonton pornografi, bukan? Jika ya, ia adalah tidak mengejutkan dan jika tidak, sudah pasti individu di sekeliling anda sebenarnya sedang merahsiakan ‘tabiat kotor’ ini dengan anda.

Ataupun, anda sendiri yang menyimpan sisi gelap itu dengan diri anda sendiri? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenai ketagihan video lucah dan kesannya terhadap anda!

Apa itu video lucah?

Video lucah atau pornografi adalah bahan lucah berbentuk visual bergerak yang boleh merangsang nafsu syahwat. Ia turut dikenali dengan nama ‘porn’, ‘smut’ dan sebagainya.

Malangnya, pornografi telahpun dianggap sebagai sesuatu yang normal dalam kalangan masyarakat kita kini yang kononnya berfikiran terbuka.

Paling menakutkan, mungkin ramai yang masih tidak tahu akan kemudaratannya terhadap kehidupan individu.

Kebanyakan orang yang menonton pornografi, baik lelaki atau wanita cenderung menggunakan alasan bahawa ia dapat mengembangkan fantasi seksual lalu menguatkan rangsangan seksual ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan mereka.

Maka tidak hairanlah ada pasangan yang sudah berkahwin menonton video lucah bersama-sama di rumah untuk tujuan mempelajari skil atau posisi seks yang baru.

Persoalannya, mengapa pornografi sudah dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat kita? Jawapannya, internet.

Secara umumnya, video lucah ditonton oleh majoriti individu yang hidup di muka bumi ini terutamanya golongan lelaki. Mereka gemar menonton video yang tidak berfaedah ini kerana lelaki lebih mudah terangsang secara visual.

Punca Golongan Lelaki Gemar Menonton Video lucah

lelaki-dan-video-lucah

Antara punca utama mengapa golongan lelaki gemar menonton pornografi adalah ia sangat mudah, murah serta tidak berisiko tinggi.

Anda hanya memerlukan talian internet untuk melayari laman sesawang lucah yang memang mudah diakses di mana-mana sahaja baik pada komputer riba atau pada telefon pintar.

Selain itu, ada beberapa lagi punca yang lain, seperti:

1. Ia jauh lebih selamat berbanding seks bebas

Ini hanya benar jika ia dilakukan oleh lelaki yang belum berkahwin. Seks bebas sememangnya mempunyai risiko tinggi menghadirkan penyakit seperti STD dan STI.

Disebabkan itu, mereka menggunakan alternatif menonton video lucah untuk memuaskan keperluan seksual mereka.

2. Lelaki mudah terangsang dengan visual

Otak lelaki mudah terangsang dengan seks terutamanya melalui visual. 

Selain itu, lelaki juga sangat gemar menonton video lucah sambil merelakskan diri di atas sofa. Jadi, pornografi adalah pilihan yang terbaik buat mereka.

3. Lelaki gemar berimaginasi

Kebanyakan individu akan mengaitkan perkara yang mereka lihat dengan diri mereka sendiri terutamanya lelaki.

Disebabkan itu, mereka sangat gemar dengan video lucah yang membenarkan mereka untuk berimaginasi lelaki yang ditonton dalam pornografi sebagai diri mereka sendiri.

4. Ia adalah salah satu cara untuk relaks

Kebanyakan lelaki akan menggunakan video lucah sebagai pendorong untuk mereka beronani secara cepat – dan ini juga boleh berlaku walaupun mereka sedang menjalani kehidupan seksual yang sihat bersama pasangan.

Kesan menonton video lucah

golongan lelaki

Tabiat menonton pornografi sememangnya akan menjejaskan kesihatan otak individu. Berikut adalah kesan yang dimaksudkan:

#1. Mati pucuk

Ya, anda tidak salah membacanya. Lelaki yang ketagihan menonton pornografi akan lebih berisiko tinggi mengalami disfungsi ereksi atau mati pucuk.

Berdasarkan kajian, lebih 70% lelaki yang mencari bantuan klinikal untuk masalah seksual adalah disebabkan oleh masalah ketagihan pornografi. Jadi, anda masih mahu meneruskan hobi gila anda ini?

#2. Tidak tertarik melakukan hubungan seks di dunia sebenar

Menurut kajian lain, ketagihan menonton pornografi mampu membuatkan seseorang lelaki menjadi tidak tertarik melakukan seks di dunia sebenar.

Kajian ini juga mendapati bahawa video lucah boleh membuat lelaki tidak berasa gembira atau puas dengan hubungan seksual yang sebenar dengan pasangannya.

#3. Kehilangan keghairahan seksual

Berdasarkan kajian, kebanyakan lelaki mula menonton pornografi seawal usia remaja mereka lagi, iaitu sekitar usia 14 – 20 tahun.

Kesan daripada tabiat ini, mereka menderita anoreksia seksual dan tidak mampu mengalami ereksi kerana terlalu kerap melayari laman sesawang bahan-bahan lucah yang sudah menjadi tabiat ketika usia remaja lagi.

#4. Buat diri rasa keseorangan

Menurut seorang pakar seks,  semakin kerap seseorang itu menonton pornografi, semakin dia akan rasa keseorangan.

Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan fakta bahawa manusia akan merembeskan hormon dopamin ketika berfantasi sewaktu menonton video lucah. Hormon ini seterusnya akan membuat seseorang itu berasa khayal, sunyi dan keseorangan.

Konklusi

Kesimpulannya, perbuatan menonton pornografi sememangnya tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan. Ia adalah perbuatan yang tidak bermoral dan seharusnya ditegah dari dilakukan. Ia juga sebenarnya dilarang dari aspek kerohanian.

Bagi individu yang beragama Islam misalnya, perbuatan ini adalah berdosa. Namun, segalanya terletak di tangan anda. Hello Doktor amat berharap artikel ini dapat membantu anda menangani masalah rahsia gelap anda itu yang disimpan selama ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

kondom bocor

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
hubungan seks

Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/06/2020
cara-pakai-kondom-wanita

Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/05/2020