Gangguan Kegelisahan Boleh Jejaskan Hubungan Seks – #4 Paling Perlu Elak!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020

Kegelisahan adalah salah satu dari masalah mental yang sering dialami oleh penduduk dunia. Ia tentu sahaja akan membuat kehidupan menjadi lebih mencabar dalam pelbagai aspek – termasuklah hubungan seks!

Ini kerana kegelisahan itu sendiri akan menjejaskan keinginan dan kemampuan seseorang itu untuk berasmaradana dengan pasangan.

Hakikatnya, ia bukan hanya akan memberi kesan kepada mental malahan fizikal juga.

Persoalannya, bagaimana kegelisahan jejaskan hubungan seks?

Adakah ia akan mengakibatkan masalah seksual seperti mati pucuk?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

Bagaimana kegelisahan jejaskan hubungan seks?

seks sebar virus korona

Tidak dinafikan, memang ramai pasangan suami isteri di luar sana yang sebenarnya menghidapi masalah kegelisahan – sama ada salah seorang atau kedua-duanya.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap beberapa pasangan suami isteri dan diterbitkan dalam laman sesawang huffpost.com, ini adalah bagaimana kegelisahan jejaskan hubungan seks:

#1. Sukar untuk terangsang atau turn on

Perkara paling utama perlu dilakukan sebelum mengajak pasangan melakukan hubungan seks adalah memastikan mereka mempunyai mood.

Jadi, adalah penting untuk pastikan mereka turn on terlebih dahulu.

Pun begitu, ini adalah cabaran yang agak sukar jika anda mempunyai pasangan yang mempunyai masalah kegelisahan.

Ini kerana mereka cenderung untuk berfikir terlalu banyak sehingga sukar untuk menumpukan perhatian terhadap satu perkara yang penting sahaja – seks.

Akibatnya, mereka sangat sukar untuk terangsang. Ini seterusnya akan membuat pasangan menjadi bosan atau penat untuk menggoda pasangan lantas merosakkan kehidupan seks kalian.

#2. Terlalu memikirkan penampilan diri

Seks adalah aktiviti yang memerlukan anda dan pasangan berkongsi tubuh badan dalam usaha memuaskan nafsu syahwat masing-masing.

Namun, apakah yang akan terjadi jika pasangan anda mempunyai masalah kegelisahan?

Mereka mungkin terlalu memikirkan penampilan diri sendiri.

Ini seterusnya akan membuat mereka hilang keyakinan diri kerana berasa tubuh badan mereka tidak menarik di pandangan mata anda.

Hakikatnya, cinta itu bukanlah kepada rupa semata-mata.

Ketahuilah bahawa setiap parut, kedut, gelebeh, selulit atau segala macam cela pada tubuh badan anda itu tidak wajar membuat anda berasa rendah diri.

seks

#3. Apa akan jadi selepas lakukan hubungan seks?

Persoalan ini pasti akan menghantui pemikiran individu yang mempunyai masalah kegelisahan setiap kali diajak untuk bersenggama oleh pasangannya.

Dalam pada itu, mereka juga mungkin akan berfikiran seperti ini:

“Adakah dia benar-benar suka dan sayang pada aku?”

”Adakah dia hanya mahu gunakan aku untuk seks semata-mata?”

”Adakah dia akan tinggalkan aku selepas dapat lakukan hubungan seks?”

Persoalan yang bermain-main di fikiran mereka ini sudah pasti akan membuat sesuatu hubungan seks itu menjadi hambar atau kaku kerana berlaku tanpa kerelaan 100%. Ini adalah perkara yang tidak wajar berlaku.

#4. Tidak menikmati saat berjimak dengan pasangan

Cuba anda bayangkan, di saat anda sedang seronok mendayung pasangan, tiba-tiba sahaja si dia meminta anda berhenti kerana perasaan gelisah yang dialaminya. Sudah pasti ia akan membunuh mood anda bukan?

Namun, itulah perkara yang biasa terjadi kepada individu yang mengalami masalah kegelisahan.

Mereka secara tiba-tiba sahaja boleh meminta kalian berhenti melakukan apa-apa kerana berasa tidak senang dengannya.

Ia mungkin disebabkan mereka tidak mampu fokus atau menikmati saat kalian sedang melakukan sesuatu – contohnya berjimak.

Jika ini terjadi kepada anda mahupun pasangan, segera dapatkan rawatan pakar okay!

Apa yang individu dengan masalah kegelisahan perlu buat?

gangguan kegelisahan

Sekarang, kita sudah tahu bagaimana kegelisahan jejaskan hubungan seks.

Persoalannya, apa yang boleh dibuat untuk mengelakkan perkara ini dari terus terjadi atau berulang?

Pertama sekali, sudah semestinya kalian perlu mengambil ubatan dari doktor untuk merawat masalah ini.

Namun, ketahuilah ubatan untuk merawat masalah mental juga boleh mendatangkan banyak kesan negatif.

Oleh itu, sila berbincang dengan doktor anda. Minta mereka tukarkan dos atau jenis ubatan yang sedang anda ambil untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan lain yang tidak diingini.

Selain itu, perkara yang perlu kalian lakukan adalah berjumpa dengan pakar terapi atau kaunseling untuk membincangkan tentang masalah yang anda hadapi.

Jika kurang selesa dengan mereka, jangan malu untuk berkomunikasi dengan pasangan.

Ceritakanlah segala-galanya agar mereka tahu keadaan anda. Ketahuilah bahawa masalah kegelisahan ini boleh dikawal dan dirawat asalkan anda tidak memendamnya seorang diri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Anda tidak tahu mengapa anda tidak lagi minat melakukan hubungan seks bersama pasangan? Ini 11 sebab mengapa keadaan suami isteri romantik itu telah pudar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Bersama suami selepas bersalin pasti menimbulkan bimbang dan takut. Tapi bilakah masa sesuai bersenggama bagi wanita yang melalui proses kelahiran C-sec?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    bahaya seks oral

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    hubungan suami isteri

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020