backup og meta

Hari-Hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat 'Projek', Tak Sangka Ini Manfaatnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2023

    Hari-Hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat 'Projek', Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Dalam kehidupan rumah tangga, seks adalah antara perkara yang paling utama selain kewangan dan kerjaya. Tanpanya, maka hubungan pasangan suami isteri itu akan hambar. Jadi, adakah jimak setiap hari akan beri kesan kepada suami isteri? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Disebabkan itu, tiada alasan bagi kalian berdua untuk menolak hasrat pasangan yang ingin berasmaradana. Persoalannya, berapa kerap ia perlu dilakukan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Adakah jimak setiap hari bagus untuk suami isteri?

    jimak setiap hari

    Sebenarnya, tiada masalah untuk pasangan suami isteri yang ingin bersenggama setiap hari. Malah ia juga adalah berita baik buat kalian berdua kerana mempunyai libido yang sangat kuat!

    Buat pasangan yang baru berkahwin juga, ia adalah normal untuk kerap berintiman. Namun, ketahuilah bahawa api asmara yang giat menyala ini lama-kelamaan akan mengecil dan padam jua akhirnya.

    Ini kerana faktor umur memainkan peranan yang sangat penting dalam kemampuan seksual. Semakin tua anda, semakin lemah libido anda. Jadi, hargailah waktu muda ini bersama pasangan.

    Berbalik kepada persoalan adakah jimak setiap hari adalah bagus untuk suami isteri, jawapannya adalah ya. Ia adalah satu perkara yang normal yang sebenarnya mendatangkan banyak manfaat berbanding mudarat.

    Ia mungkin terhalang akibat banyak faktor

    Pun begitu, hasrat untuk anda dan pasangan melakukan jimak setiap hari mungkin terhalang akibat pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan.

    Pertama sekali adalah kitaran haid. Ia sudah tentu menghalang dan menangguh projek asmara kalian berdua.

    Kemudian, terdapat juga faktor pekerjaan dan anak-anak yang sudah tentu akan menjadi halangan.

    Pun begitu, jangan risau jika ia tidak dapat dilakukan kerana ia bukanlah satu kemestian. Ya, mungkin ia adalah bonus untuk pasangan suami isteri yang dapat melakukan seks setiap hari.

    jimak setiap hari

    Jelas Pakar Seks Dr. Logan Levkoff dari New York University, sebenarnya tiada jumlah seks yang normal kerana setiap perhubungan adalah berbeza bergantung kepada individu masing-masing.

    Cuma, pastikan kalian sekurang-kurangnya melakukan seks seminggu sekali kerana ia adalah jumlah yang dipersetujui oleh majoriti pasangan suami isteri melalui sebuah kajian jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017.

    Mengapa jimak setiap hari itu perlu jika boleh?

    jimak setiap hari

    Seperti yang telah kita ketahui, seks seminggu sekali sudah memadai. Namun jika kalian berdua mampu melakukannya setiap hari, apa salahnya?

    Ini manfaat yang anda akan dapat jika kerap melakukan hubungan intim bersama pasangan:

    #1. Mengurangkan kesakitan secara semula jadi

    Seks mempunyai magis untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan seperti migrain secara semula jadi!

    Ini kerana aktiviti di ranjang bersama pasangan tercinta mampu membebaskan endorfin – hormon yang memberi efek suka, gembira dan bahagia.

    #2. Meningkatkan tahap kesihatan jantung

    Kajian terbitan American Journal of Cardiology pada tahun 2010 mengatakan lelaki yang melakukan hubungan intim 2 kali seminggu adalah kurang berisiko menghidapi penyakit jantung berbanding lelaki yang buat seks sebulan sekali.

    Ini mungkin mempunyai kaitan dengan tahap stres dan kegelisahan.

    Secara logiknya, individu yang kerap bersenggama dengan pasangan pasti tidak berniat untuk curang bukan? Kesannya, pasangan sudah tentu tidak perlu lagi berasa risau lantas kesihatan jantung mereka akan terjaga dan selamat!

    #3. Mengharmonikan rumah tangga

    Akhir sekali, ‘bersama’ setiap hari sebenarnya mampu membuat rumah tangga anda dan pasangan lebih harmoni.

    Ini kerana lebih kerap anda beraksi di ranjang, lebih kurang ruang dan peluang untuk kalian berdua bertengkar.

    Oleh itu, cuba untuk berasmara dengan lebih kerap bersama pasangan okay? Jika tidak mampu bersetubuh setiap hari, seminggu sekali juga sudah memadai!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan