5 Cara Hadapi Stigma Perceraian – Nombor 4 Paling Menarik Untuk Dicuba

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/03/2020
Share now

Stigma perceraian kesan perkahwinan yang berakhir sukar dielakkan, walaupun pada hakikatnya tiada pasangan mahukan perpisahan.

Jom ketahui 5 cara menghadapinya.

Impian musnah

Bagi setiap pasangan yang berkahwin, sudah tentu berharapkan agar hubungan itu akan kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Namun siapa yang mampu menduga apa yang bakal berlaku, bukan?

Menempuhi fasa perpisahan, pastinya sesuatu tempoh yang mencabar. Rasa malu dan segan dengan kisah perceraian itu bersama stigma perceraian daripada individu lain, membuatkan kebanyakan pasangan, khususnya wanita, tidak gemar membicarakan soal ini.

Terdapat banyak faktor yang mendorong berlakunya perpisahan pada sesebuah hubungan perkahwinan, antaranya:

  • Tiada persefahaman

Biasanya masa bercinta semuanya indah belaka, bukan? Kononnya susah senang, sentiasa bersama. Namun apabila mula duduk serumah, tidur sebantal, segala perkara menjadi tidak menyenangkan hati. Maka berantakanlah hubungan.

Hubungan suami isteri yang tidak mempunyai persefahaman terutamanya berkaitan peranan dan tugasan sering kali dinoktahkan dengan perpisahan. Perbezaan status juga boleh menjadi antara punca perceraian berlaku.

Ketidaksefahaman antara pasangan bersama masalah perbezaan status boleh menyebabkan jurang hubungan antara suami isteri semakin membesar. Lebih memburukkan keadaan apabila kedua-duanya mempunyai ego tinggi dan tidak mahu beralah.

Akhirnya, jalan terakhir yang sering menjadi pilihan adalah dengan menamatkan hubungan perkahwinan tersebut. Siapa yang menjadi mangsa perceraian? Sudah tentulah anak-anak.

  • Tidak matang

Tiada salahnya untuk berkahwin pada usia muda, jika anda mampu, teruskan niat untuk melangsungkan perkahwinan. Namun yang menimbulkan masalah apabila tiada kematangan dalam diri individu yang berkahwin.

Ketiadaan pekerjaan yang stabil dan mata pencarian yang kukuh juga menyebabkan perkahwinan di usia muda ini sering berakhir di tengah jalan.

stigma perceraian, kesan perkahwinan yang berakhir

  • Tidak bertanggungjawab

Rasa tanggungjawab akan hadir apabila setiap pasangan memahami peranan masing-masing dalam menjayakan ikatan sesebuah perkahwinan. Sesungguhnya ia memerlukan sikap saling bertolak-ansur antara 1 sama lain.

Namun apabila mula timbul masalah atau perselisihan faham berulang kali dan tidak pernah cuba diselesaikan, ia akhirnya akan menyebabkan wujud rasa bosan dalam hubungan. 

Keadaan ini cenderung mengakibatkan pasangan suami isteri mula mengabaikan tanggungjawab masing-masing dan mencari perhatian daripada individu lain. Dalam erti kata yang mudah, individu ke-3. Akhirnya, perkahwinan pun tidak dapat diselamatkan.

  • Campur tangan keluarga

Sebaiknya selepas berkahwin, setiap pasangan digalakkan untuk tinggal sendiri jauh daripada keluarga. Ia adalah demi menjaga hubungan suami isteri yang baru dibina agar keserasian antara pasangan dapat dicapai.

Namun, tidak dinafikan, atas sebab tanggungjawab seperti untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua, ada sesetengah pasangan memilih untuk tinggal bersama keluarga. Walau bagaimanapun, keputusan ini selalunya menjadi faktor kepada perpisahan.

Ini kerana apabila tinggal bersama keluarga, sudah tentu adakalanya ibu bapa akan mencampuri keputusan yang dibuat. Lebih malang lagi, apabila segala keputusan yang dibuat oleh menantu, khususnya, sering dibantah mentua. 

Semakin lama ia terjadi, pasti akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati yang akhirnya akan mengakibatkan berlakunya perceraian.

  • Curang

Adakalanya pasangan yang berkahwin itu tidak langsung mempunyai masalah. Tetapi apabila hati terlalu mudah memberi kasih sayang kepada individu lain dan wujud rasa tidak cukup dengan seorang, maka akan timbulnya masalah kecurangan.

Ia bukan sahaja wujud dalam kalangan individu lelaki yang bergelar suami, tetapi individu wanita juga boleh berlaku curang. Isu ini seolah-olah menjadi 1 trend dalam masyarakat kita. Apabila kecurangan mula terbongkar, perceraian menjadi pilihan utama.

Menempuhi stigma perceraian

Malu untuk berdepan dengan stigma perceraian daripada individu sekeliling, antara isu yang perlu dihadapi selepas perpisahan terjadi. Namun, pastinya ada cara untuk anda yang mungkin baru melalui perpisahan, menghadapi situasi tersebut. 

  1. Menjaga diri sendiri

Mementingkan penjagaan diri sendiri merupakan cara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda selepas bercerai. Ia pastinya dapat membantu meningkatkan keyakinan diri terutamanya untuk berhadapan dengan stigma perceraian daripada individu sekeliling anda.

Fokus kepada diri juga dapat membantu anda untuk lebih menghargai diri sendiri, lebih-lebih lagi apabila anda memulakan 1 fasa hidup baru. Beri peluang kepada diri anda dengan bercuti atau paling tidak kunjungilah spa.

  1. Menyertai kumpulan sokongan

Jika anda malu untuk berkongsi dengan rakan baik atau keluarga tentang apa yang anda lalui, anda boleh mendapatkan sokongan daripada individu yang pernah melalui situasi sama seperti anda.

Terdapat banyak kumpulan sokongan yang boleh anda temui secara atas talian. Jika anda rasa tidak yakin, anda boleh mendapatkan kaunseling. Paling penting, jangan malu dengan apa yang anda lalui.

  1. Mengetahui kekuatan sendiri

Perceraian bukan mudah untuk dilalui. Namun, percayalah dugaan yang anda hadapi ini akan menguatkan lagi diri anda. Jangan pernah berasa malu dengan perpisahan tersebut. 

Tiada individu yang mahukan perkahwinan itu berakhir, namun sudah suratan takdir, bukan? Laluinya dengan tabah. Apatah lagi jika anda mempunyai zuriat. Kuatkan diri anda untuk si kecil.

  1. Berkahwin sekali lagi

Berakhirnya sesuatu perkahwinan tidak bermakna anda tidak boleh berkahwin lagi. Bukankah kebahagiaan adalah milik setiap individu? Maka anda juga berhak mencari kebahagiaan buat diri anda.

Jika anda menemui pasangan yang boleh menerima dan menyayangi diri dan anak (jika ada), tiada salahnya untuk anda kembali berkahwin. Mungkin ia adalah sebuah perkahwinan yang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat anda. Jangan berputus asa, okay?

stigma perceraian, kesan perkahwinan yang berakhir

  1. Mengabaikannya

Mulut tempayan tidak boleh ditutup. Jadi sekiranya ada yang bercakap di belakang mengenai perpisahan anda, abaikan sahaja. Mereka tidak mengetahui kisah sebenar yang perlu anda tempuhi sepanjang perkahwinan anda.

Kesimpulannya

Stigma perceraian, adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tetapi anda tidak perlu malu untuk menghadapinya. Teruskan hidup anda seperti biasa dan percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Si Dia Masih Tidak Bersedia? Ini 5 Cara Memujuk Pasangan Yang Belum Mahu Anak!

    Anda mahu memiliki anak tetapi pasangan belum bersedia? Usah khuatir, ada banyak cara memujuk pasangan yang boleh kalian berdua amalkan serta praktikkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Desakan Berkahwin Punca Prestasi Safawi Merudum? Sebelum Ajak Si Dia Kahwin, Lihat Perkara Ini Dulu!

    Adakah anda sedang alami situasi pasangan desak ajak kahwin? Jika ya, jangan tertekan. Perhatikan perkara ini terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    3 Perbezaan Antara Nak Jadi ‘Kuli’ Atau Bidadari Suami #RoadToJannah

    Syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami. Jadi untuk bergelar bidadari suami, adakah semua kerja perlu dilakukan si isteri semata-mata?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kenapa Wujudnya Orang Ketiga Dalam Perhubungan? Ini Penjelasan Psikologi!

    Memang banyak kes cinta tiga segi berlaku di dunia ketika ini. Persoalannya, kenapa wujudnya orang ketiga ini? Apa penjelasan dari segi psikologinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    Co-Parenting Semasa COVID-19, Bagaimana Pasangan Bercerai Urus Penjagaan Anak

    Co-Parenting Semasa COVID-19, Bagaimana Pasangan Bercerai Urus Penjagaan Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/04/2020
    Ingin Berkahwin Ketika Pandemik Coronavirus? Cuba Pertimbangkan Perkara Ini…

    Ingin Berkahwin Ketika Pandemik Coronavirus? Cuba Pertimbangkan Perkara Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/04/2020
    Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

    Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/04/2020
    Sering Kering Bila Tengah Bulan? Ini 5 Tip Menabung Suami Isteri WAJIB Buat!

    Sering Kering Bila Tengah Bulan? Ini 5 Tip Menabung Suami Isteri WAJIB Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/03/2020