Ramai pasangan suami isteri di luar sana yang memandang rendah terhadap teknik dry humping (gesel kemaluan) dalam hubungan seksual.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ramai pasangan suami isteri di luar sana yang memandang rendah terhadap teknik dry humping (gesel kemaluan) dalam hubungan seksual.
Hakikatnya, ia adalah satu tindakan yang selamat dan boleh dikira sebahagian daripada aksi foreplay.
Berbeza dengan seks, dry humping hanya melibatkan aktiviti gesel kemaluan tanpa melakukan sebarang bentuk penetrasi.
Mungkin ramai pasangan suami isteri yang beranggapan bahawa perkara ini remeh.
Namun, ketika isteri sedang dalam keadaan berpantang atau dalam kitaran haid, hubungan seksual tidak sepatutnya dilakukan melalui faraj wanita.
Maka aktiviti ‘gesel kemaluan’ boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda melampiaskan keinginan seksual.
Mungkin ada yang akan menyarankan onani sebagai alternatif, namun kesannya tidak sama dengan dry humping.
Artikel ini akan menerangkan kelebihan dry humping berbanding aktiviti seks lain menurut pakar kesihatan seksual.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.
Sebelum memberikan apa-apa maklumat, penulis ingin menegaskan, aksi gesel kemaluan ini hanya sesuai dilakukan oleh mereka yang sudah berpasangan.
Tindakan melakukan dry humping dengan mereka yang tidak rela atau kanak-kanak adalah salah di sisi undang-undang.
Kelakuan dry humping tidak hanya tertumpu kepada mereka yang inginkan hubungan seksual.
Terdapat pasangan yang ingin merasakan keseronokan yang cuma boleh dicapai melalui teknik tersebut.
Perkara ini ditekankan oleh pakar kesihatan seksual terkemuka Dr Jill McDevitt.
Hubungan seks yang melibatkan penetrasi bukanlah satu interaksi bagi memenuhi keperluan dan naluri manusia. Ia juga melibatkan emosi.
Kebanyakan pasangan, pada awalnya tidak rela untuk membuat sebarang hubungan seksual.
Perkara ini benar terutamanya jika perkahwinan itu dirancang oleh keluarga atau mereka masih dalam fasa berkenalan.
Artikel berkaitan:
Setiap individu mempunyai keinginan seksual, namun penting untuk interaksi tersebut disertakan dengan hubungan emosi yang kuat.
Jika anda belum bersedia untuk memenuhi kehendak tersebut, anda akan lebih selesa melakukan dry humping.
Terdapat beberapa jenis teknik dry humping yang boleh memenuhi kehendak seksual individu.
Ada yang suka gesel kemaluan mereka dengan kemaluan pasangan, lutut, paha atau betis.
Ada juga yang suka gesel kemaluan mereka dengan objek seperti bantal, kusyen dan sebagainya.
Objektifnya sama, untuk mencapai orgasme. Apa yang perlu anda beri perhatian adalah kehendak pasangan anda yang juga penting untuk dituruti.
Percaya atau tidak, kedudukan anda ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan boleh mempengaruhi tahap kepuasan anda.
Oleh sebab setiap individu mempunyai kehendak seksual yang berbeza, anda perlu melakukan sedikit eksperimen untuk mengenal pasti posisi mana yang anda selesa.
Antara kedudukan yang boleh dilakukan bersama dengan pasangan adalah seperti berikut:
Dalam mengekalkan keseronokan hubungan seksual dengan pasangan, kadangkala tidak salah untuk kita menjadi lebih kreatif.
Jika anda atau pasangan tidak menggemari suatu posisi semasa melakukan hubungan seks, tukar posisi tersebut.
Terdapat lebih daripada 100 posisi yang boleh membantu anda mencapai orgasme.
Jika tindakan gesel kemaluan dibuat untuk meningkatkan syahwat sebelum melakukan seks penetrasi, pastikan anda dan pasangan berasa puas.
Ingat, kepuasan seksual adalah hak kedua-dua pasangan suami isteri.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen