Posisi tersebut bukan sahaja memerlukan wanita untuk membelakangi lelaki, malah ia tidak memerlukan mereka untuk bersemuka. Ini bermakna ketinggian bukanlah faktor yang dianggap penting.
Jika anda berasa bosan melakukan posisi tersebut dalam keadaan merangkak, anda boleh cuba melakukannya dalam keadaan berdiri. Pegang pada mana-mana objek seperti meja dinding bagi memastikan anda dan pasangan anda selesa.
Posisi ini boleh dilakukan selama mana pun cuma bagi mengekalkan kehangatan hubungan seksual, sekali-sekala kena bertentang mata juga ya.
3. Spooning bersama pasangan tinggi

Kehangatan semasa melakukan hubungan seks kebiasaannya dicapai melalui susunan rentak yang betul.
Kebanyakan pasangan akan mula bercium, berpelukan, melakukan aktiviti foreplay yang lain sebelum melakukan hubungan seks sehingga sampai kemuncaknya.
Namun, bagi mereka yang suka menggunakan kaedah spooning, aktiviti foreplay dan penetrasi seks boleh dijalankan secara serentak. Posisi ini memerlukan kedua-dua pasangan untuk baring mengiring ke arah yang sama.
Pasangan lelaki akan berada di belakang wanita.
Dalam posisi ini, kadangkala, pasangan wanita boleh menoleh ke belakang untuk mencium pasangan sebelum atau semasa penetrasi sedang berlangsung.
Jika dibandingkan dengan posisi lain, spooning agak terkenal memandangkan ia memudahkan wanita untuk mencapai klimaks dan rentak hubungan seksual tidaklah terlalu cepat. Seperti posisi doggy style, pasangan tidak bersemuka maka ia sangat sesuai buat mereka yang mempunyai perbezaan ketinggian yang ketara.
Jika hubungan seks dilakukan bersemuka, jarak ketinggian yang berbeza tersebut akan menyebabkan anda berada pada paras dada atau leher pasangan.
Mungkin ada lelaki yang suka dengan keadaan tersebut, namun ramai pasangan yang hendak bertentang muka jika mereka melakukan hubungan seks pada posisi sedemikian.
4. Missionary di tepi katil, kaedah klasik yang tiada tandingannya

Bagi mereka yang gemarkan posisi missionary, usah risau. Ketinggian yang berbeza tidak menghalang anda daripada melakukan hubungan seks dalam posisi tersebut. Anda cuma perlu melakukan pengubahsuaian sedikit bagi mencapai keselesaan dan kenikmatan seksual.
Bagi mereka yang mempunyai beza tinggi yang ketara, anda boleh melakukan posisi seks ini di tepi katil. Pasangan lelaki berdiri dan punggung wanita berada betul-betul di sisi katil dengan kaki mereka tergantung ke bawah.
Sebelum melakukan penetrasi, anda perlu mengangkat kedua-dua kaki pasangan anda, rapatkannya sedikit dan mula mendayung. Kerapatan kaki tersebut akan membuatkan faraj terasa lebih ketat dan mampu merangsang anda berdua untuk mencapai orgasme.
Pastikan anda menuruti rentak pasangan anda. Hubungan seks yang menyeronokkan adalah apabila kedua-dua pasangan dapat menikmati posisi seksual yang dipraktikkan.
Konklusi
Jika anda dan pasangan mempunyai perbezaan ketinggian yang ketara, tiada alasan untuk anda tidak menikmati hubungan seks. Terdapat pelbagai teknik yang boleh memudahkan penetrasi serta dapat memberikan kenikmatan kepada kedua-dua pasangan.
Apa yang perlu anda buat adalah untuk mencuba posisi-posisi tersebut dan pilih teknik yang bersesuaian dengan rentak anda dan pasangan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.